Pendidikan Bermula dengan Kesihatan yang Baik: Ddrops® Mengetengahkan Pemakanan Keluarga pada PISF Malaysia Ke-25
KUALA LUMPUR, Malaysia, 17 November 2026 /PRNewswire/ -- Ddrops®, jenama suplemen pemakanan keluarga No. 1 di Kanada yang disyorkan oleh Pakar Pediatrik, telah menyertai Pameran Sekolah Swasta dan Antarabangsa (PISF) Kuala Lumpur Ke-25 yang berlangsung pada 14 hingga 15 November 2026 di Pusat Pameran Mid Valley.
Acara itu menghimpunkan sekolah swasta dan antarabangsa terkemuka, prasekolah serta penyedia pendidikan, sekali gus menarik ibu bapa yang mencari peluang pendidikan untuk anak-anak mereka. Menyedari bahawa perkembangan kanak-kanak melangkaui pencapaian akademik, Ddrops® menekankan bahawa pendidikan berkualiti membuka peluang, kesihatan yang baik menjadi asas untuk kanak-kanak berkembang sepanjang proses pembelajaran mereka.
Sepanjang pameran, Ddrops® berinteraksi dengan keluarga di Malaysia menerusi demonstrasi produk, peluang mencuba produk secara langsung dan pemberian hadiah secara interaktif. Pasukan ini turut menyediakan sesi konsultasi secara individu, menjawab kebimbangan utama ibu bapa tentang pemakanan serta berkongsi maklumat pemakanan berasaskan bukti saintifik bagi membantu keluarga membuat keputusan yang lebih bermaklumat mengenai kesihatan anak-anak. Antara soalan lazim yang dikemukakan termasuk:
1. Mengapakah kanak-kanak cenderung jatuh sakit dengan lebih kerap selepas mula bersekolah?
2. Adakah pemakanan harian mencukupi untuk memastikan fungsi sistem imun yang optimum?
3. Apakah faktor yang boleh menjejaskan perhatian dan tumpuan kanak-kanak di dalam kelas?
4. Adakah ketinggian dan berat badan kanak-kanak berada dalam julat yang bersesuaian dengan umur mereka?
5. Perlukah orang dewasa juga mempertimbangkan pengambilan suplemen vitamin D?
Sebagai jenama dari Kanada yang mengkhusus dalam suplemen vitamin D, Ddrops® turut menawarkan penyelesaian pemakanan yang mengandungi vitamin A dan K2, DHA, probiotik dan kalsium bagi memenuhi pelbagai keperluan pemakanan dan menyokong pertumbuhan serta perkembangan yang sihat.
Bagi meningkatkan keyakinan ibu bapa ketika memilih Ddrops®, jenama ini mengutamakan keselamatan, kualiti dan integriti produk, seperti yang dicerminkan melalui pengiktirafan produk, piawaian kualiti, pendaftaran dan pensijilan yang dimilikinya, termasuk:
Mom's Choice Award
GMP, NPN, NSF, SGS
USDA Organic, NPRA, HMA Halal
Didorong oleh komitmennya untuk membawa penjagaan kesihatan dan pemakanan kepada lebih banyak keluarga, Ddrops® menyertai PISF sebagai sebahagian daripada usaha jangka panjangnya untuk menjalin hubungan yang bermakna dengan keluarga di Malaysia. Dengan mengiktiraf Malaysia sebagai pasaran strategik di Asia Tenggara, jenama ini berhasrat menyumbang kepada penekanan yang semakin meningkat terhadap penjagaan kesihatan pencegahan dan kesejahteraan keluarga di rantau ini. Pada masa hadapan, Ddrops® akan terus berkongsi pengetahuan pemakanan berasaskan bukti saintifik menerusi inisiatif komuniti yang disasarkan dan kerjasama dengan institusi pendidikan serta rakan kongsi penjagaan kesihatan, sekali gus menjadikan pendidikan pemakanan lebih mudah diakses sambil terus memperkukuh kehadirannya di Malaysia dan seluruh Asia Tenggara.
Ddrops® ialah syarikat milik penuh rakyat Kanada dan dikendalikan sepenuhnya di Kanada, yang ditubuhkan dengan misi untuk menjadikan pengambilan suplemen vitamin D mudah dan boleh diakses, daripada peringkat bayi hingga dewasa. Dihasilkan dengan mengambil kira keperluan keluarga anda.
SOURCE Ddrops®


Share this article