Permainan Seram Memburu Harta Karun di Sekolah Menengah GHOST CLUB Bakal Dilancarkan
BANGKOK, 19 November 2026 /PRNewswire/ -- Dibangunkan khusus untuk pasaran Asia Tenggara, Ghost Club ialah permainan mudah alih bertaraf S yang berteraskan cerita rakyat dan budaya tempatan.
Pasukan pembangun telah menjelajah seluruh Asia Tenggara untuk mengkaji legenda dan tradisi setempat. Makhluk ikonik seperti Krasue, White Lady, Pocong dan Aswang turut ditampilkan dalam permainan ini.
Daripada reka bentuk raksasa hinggalah kepada jalan cerita eksklusif dan kejutan tersembunyi (Easter eggs), setiap perincian mendapat inspirasi daripada cerita rakyat tempatan. Hasilnya ialah sebuah permainan sosial bercorak seram komedi dengan identiti Asia Tenggara yang tersendiri.
Pemain dapat merasai keunikan cerita rakyat Asia Tenggara menerusi pengembaraan yang sarat dengan detik mencemaskan, kejutan dan gelak tawa.
Ghost Club ialah permainan seram memburu harta karun pertama yang berlatarbelakangkan sekolah menengah. Pemain membawa watak pelajar sekolah menengah yang memiliki kebolehan istimewa dan bergabung dalam pasukan untuk meneroka sekolah berhantu di bawah perlindungan seorang pedagang misteri. Pocong dan White Lady boleh muncul secara mengejut pada bila-bila masa! Mampukah anda melarikan diri bersama harta karun? Segalanya bergantung pada anda!
Dibangunkan oleh Qookka (pencipta Tales of Wind dan TOSN), Ghost Club merupakan judul utama yang strategik bagi pasaran Asia Tenggara. Kempen pengenalannya menampilkan bintang terkenal Thailand, Mario Maurer, sebagai "Senior" di kampus anda, yang membimbing pemain dalam pemburuan harta karun yang menyeramkan dan pada masa yang sama mencuit hati.
Risa Saraswati, tokoh terkenal yang digelar Ratu Fiksyen Seram Indonesia, menyertai permainan ini sebagai Pengarah Kreatif Hantu, sekali gus membawa watak ciptaan asalnya, Asih, ke dalam permainan — hantu yang benar-benar berasal daripada khazanah seram Asia Tenggara!
Pengalaman memburu harta karun berunsur seram yang mengasyikkan akan berlangsung di Thailand pada 5 hingga 6 Disember, dengan penampilan khas Mario Maurer.
Hadiah Wang Tunai Pencipta US$30,000 telah diumumkan
Daftar awal untuk hadiah yang dijamin 100 peratus, dan jemput rakan-rakan anda untuk turut serta!
Pautan acara: https://general.qookkagames.com/prism-muans3kn#/index?access=P1
SOURCE Qookka Games


Share this article