Persidangan Pembangunan Pendidikan Vokasional dan Teknikal Dunia 2026 bermula di Tianjin
TIANJIN, China, 17 Oktober 2026 /PRNewswire/ -- Laporan daripada GLOBAL TIMES:
Persidangan Pembangunan Pendidikan Vokasional dan Teknikal Dunia 2026 membuka tirainya di Perbandaran Tianjin, Utara China, pada Jumaat, dan dihadiri oleh tetamu daripada kalangan pegawai kerajaan, utusan diplomatik serta kakitangan organisasi antarabangsa dan institusi pendidikan dari seluruh dunia.
Bertemakan "TVET (Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional): Bersama-sama Mendepani Perubahan, Bersama-sama Membentuk Piawaian, Bersama-sama Mencipta Masa Depan", persidangan tersebut menghimpunkan peserta global untuk membincangkan transformasi dan hala tuju masa depan pendidikan vokasional dan teknikal.
Menurut pihak penganjur, acara tersebut menampilkan lima sesi utama, iaitu majlis perasmian, sidang pleno, perbincangan meja bulat peringkat menteri, sesi selari dan majlis penutup, serta tiga acara sampingan, iaitu simposium ulang tahun ke-10 Luban Workshops, pameran khas pendidikan vokasional China dan pertandingan akhir World Vocational Colleges Skills Competition.
Pertandingan kemahiran tahun ini telah mencapai skala mencatat rekod yang baharu, melibatkan 78 negara dari lima benua, dengan sejumlah 9,391 pasukan dan 36,000 peserta, menurut penganjur. Sebagai tambahan kepada empat bahagian pertandingan luar negara yang asal, satu bahagian Oceania telah pun ditambah. Pertandingan tersebut turut memperkenalkan satu bidang ketukangan tradisional China.
Sepanjang pertandingan, para peserta memperlihatkan nilai dan daya tarikan unik pendidikan vokasional menerusi pertandingan kemahiran peringkat tinggi.
Satu sorotan utama daripada persidangan tersebut ialah pelancaran rasmi kerangka piawaian pendidikan vokasional dunia, yang pembangunan rangka kerja tersebut diterajui dan dipromosikan oleh China.
Berasaskan amalan pendidikan vokasional China serta mengambil kira pengalaman negara-negara di seluruh dunia, "Framework of World Vocational and Technical Education Standards" ("Kerangka Piawaian Pendidikan Vokasional dan Teknikal Dunia") yang pertama seumpamanya di dunia merangkumi bidang-bidang utama yang menjadi perhatian global dalam pendidikan vokasional, termasuk nilai, sistem, tadbir urus, sokongan dan langkah-langkah pelaksanaan.
Penganjur berkata kerangka tersebut dijangka akan memperkukuh pertukaran dan kerjasama antarabangsa dalam bidang pendidikan vokasional, sekali gus membantu membawa penglibatan China dengan dunia dalam bidang ini daripada peringkat pertukaran kakitangan kepada peringkat kerjasama projek, dan kini ke peringkat kepimpinan standard yang dipertingkat.
Persidangan berkenaan, yang akan berlangsung sehingga Sabtu, dianjurkan secara bersama oleh Kementerian Pendidikan China, Suruhanjaya Kebangsaan China untuk UNESCO dan kerajaan perbandaran Tianjin.
SOURCE GLOBAL TIMES
Share this article