Prebiu CIFF Guangzhou 2027: Raikan Ulang Tahun Ke-30 dengan Tumpuan Baharu terhadap Kualiti, Inovasi dan Nilai Industri
GUANGZHOU, China, 26 Oktober 2026 /PRNewswire/ -- Pameran Perabot Antarabangsa China (Guangzhou) Ke-59 (CIFF Guangzhou) akan menyambut ulang tahun ke-30 penganjurannya pada 2027. Berlangsung dalam dua fasa, iaitu pada 18 hingga 21 Mac dan 28 hingga 31 Mac, acara ini akan mempamerkan perabot, hiasan rumah, tekstil, produk dan penyelesaian untuk aktiviti luar, ruang pejabat dan komersial serta teknologi pembuatan, bertemakan "Power the Next". Pameran ini akan memberikan tumpuan kepada kualiti, inovasi dan nilai yang nyata, sekali gus terus memperkukuh peranannya dalam memperkasakan industri.
Kualiti akan terus menjadi teras strategi pembangunan pameran ini. Berpandukan permintaan pasaran dan trend industri, acara tersebut akan terus memperkukuh kedudukannya sebagai pameran profesional yang berorientasikan pasaran dan berteraskan pendigitalan melalui perancangan serta kandungan yang dipertingkat.
Pameran Perabot Rumah akan memberikan tumpuan kepada pelancaran produk, pengembangan jenama ke peringkat global dan pemadanan perniagaan, manakala Zon Bahan Pilihan Pereka yang baharu akan menghubungkan pereka dengan bahan premium serta kategori produk berkaitan. Sementara itu, zon khusus bagi peruncitan baharu, perabot berkusyen pintar, penyelesaian kediaman warga emas dan kediaman mesra haiwan peliharaan akan terus menyokong trend pengguna yang sedang berkembang serta perubahan keperluan gaya hidup.
Pameran Ruang Pejabat dan Komersial akan mengetengahkan penyelesaian tempat kerja mampan yang merangkumi reka bentuk, pembangunan dan pembuatan. Khususnya, zon e-sukan baharu dalam bahagian tempat duduk pejabat akan menonjolkan peningkatan permintaan terhadap produk yang menggabungkan prestasi permainan video, keselesaan ergonomik dan inovasi tempat kerja.
Inovasi akan menjadi satu lagi tema utama di seluruh pameran ini. Produk rumah pintar, penyelesaian pejabat pintar dan teknologi pembuatan termaju akan diberikan penekanan utama sepanjang pameran. Bahagian jentera sedia ada dalam CIFM/interzum guangzhou akan dinaik taraf menjadi Zon Pembuatan Pintar Perabot Rumah, yang mengetengahkan barisan pengeluaran fleksibel, sistem pembuatan tanpa pengendali, robotik industri dan teknologi lain yang membentuk masa depan pengeluaran perabot.
Seiring dengan kemajuan teknologi, kemampanan akan terus menjadi keutamaan. Pameran ini akan terus menggalakkan amalan penganjuran yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar, termasuk penggunaan bahan mesra alam dan reka bentuk reruai rendah karbon, di samping menerapkan prinsip kemampanan dalam keseluruhan pengalaman pameran.
Di luar ruang pameran, CIFF Guangzhou akan memperkukuh model perkhidmatannya sepanjang tahun dengan menghubungkan aktiviti promosi, pemadanan perniagaan dan peluang penyumberan bekalan, di samping memperdalam penglibatan dalam pasaran sedia ada dan pasaran sedang pesat membangun, seperti Timur Tengah, Asia Tenggara dan Asia Tengah.
Sejak mula dianjurkan pada 1998, CIFF Guangzhou telah berkembang daripada sebuah pameran perdagangan kepada platform industri. Memasuki dekad keempat penganjurannya, edisi ke-59 ini akan mengetengahkan inovasi serta memupuk pertumbuhan perniagaan, kerjasama dan pembangunan mampan dalam sektor perabot global.
Untuk prapendaftaran, sila layari https://xt.ciff-gz.com/ciffen/index.html?ly=59H00040.
SOURCE China International Furniture Fair (Guangzhou)


Share this article