Propelium Partners Dilancarkan di Singapura, Perkenal Perundingan Berteraskan Hasil di Asia Pasifik
- Ditubuhkan oleh Aalok Kumar, bekas Naib Presiden Kanan NEC Corporation serta Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif NEC India
- Rekod prestasi transformasi yang dijadikan kajian kes oleh INSEAD, Harvard Business School dan EU Case Center
- Fi yang diselaraskan dengan hasil, hanya diperoleh berdasarkan pencapaian pelanggan yang boleh diukur
SINGAPURA, 16 November 2026 /PRNewswire/ -- Propelium Partners, firma perunding transformasi perniagaan yang beribu pejabat di Singapura, dilancarkan hari ini dengan model perundingan yang menyelaraskan ganjaran dengan hasil. Para perunding bekerja secara langsung sebagai sebahagian daripada pasukan pelanggan pada kadar kos, dan hanya memperoleh bahagian yang dipersetujui daripada peningkatan pertumbuhan, margin atau kecekapan yang boleh diukur setelah hasil tersebut direalisasikan.
Bekas ketua pegawai eksekutif dan ketua perniagaan global bekerjasama secara langsung dengan pelanggan, daripada peringkat diagnosis hingga pelaksanaan.
Pengasasnya, Aalok Kumar, yang pernah berkhidmat di McKinsey & Company, GE dan NEC, menerajui mandat bagi perusahaan sederhana besar hingga perusahaan besar di Singapura, ASEAN, India dan Jepun, merangkumi strategi pertumbuhan, operasi, penciptaan nilai untung rugi (P&L), AI dan analitik, integrasi pascapenggabungan serta khidmat nasihat kepada lembaga pengarah.
"Gelombang pertumbuhan perusahaan global yang seterusnya akan terbentuk di Asia Pasifik, dengan Singapura sebagai tunjangnya. Namun, modal bergerak lebih pantas daripada keupayaan pelaksanaan. Kebanyakan khidmat perundingan berakhir pada peringkat cadangan; khidmat kami bermula di situ. Melalui perundingan yang diselaraskan dengan hasil, kami hanya berkembang apabila pelanggan kami berkembang," kata Aalok Kumar.
Propelium memberikan tumpuan kepada pasaran sedang pesat membangun di rantau ini, yang menyaksikan skala mewujudkan peluang tetapi kepakaran operasi tempatan menentukan pihak yang berjaya merebutnya. Barisan pemimpinnya memiliki pengalaman terkumpul lebih 100 tahun dalam mengendalikan perniagaan di pasaran berkenaan menerusi GE, McKinsey & Company, NEC Corporation dan Ernst & Young.
"Industri Jepun memiliki teknologi bertaraf dunia, kualiti unggul dan perkongsian jangka panjang. Fasa seterusnya ialah pelaksanaan pantas di seluruh Asia: memasuki pasaran, memacu transformasi, memastikan usaha sama mencapai prestasi yang diharapkan dan memperluas skala operasi. Rakan kongsi yang bekerja bersama pasukan pelanggan dan bertanggungjawab terhadap hasil membantu syarikat Jepun menterjemahkan kekuatan mereka kepada pertumbuhan serantau," kata Kiko Kumagai, Penasihat Kanan serta bekas Naib Presiden Kanan Eksekutif (SEVP) dan Ketua Pegawai Global NEC Corporation.
"Kebanyakan perusahaan di Asia Pasifik mempunyai strategi AI; namun hanya sebilangan kecil yang telah melaksanakan AI secara meluas. Jurang antara hasrat dengan keupayaan itulah yang menyebabkan nilai terlepas. Propelium bekerjasama secara langsung dengan pelanggan untuk membawa AI daripada peringkat perintis kepada penggunaan dalam operasi sebenar," kata Shiva Kannan, Penasihat, AI dan Analitik Data.
Latar Belakang Propelium Partners:
Propelium Partners ialah firma perunding pengurusan yang beribu pejabat di Singapura dan ditubuhkan untuk pasaran Asia Pasifik, dengan rancangan membuka pejabat di India, ASEAN dan Jepun. Pasukan kanannya bekerja bersama pelanggan dan hanya menerima bahagian daripada hasil yang boleh diukur selepas hasil tersebut dicapai. Kenal Pasti. Tingkatkan. Gerakkan. Kami Berkembang Apabila Anda Berkembang.
Laman web: www.propeliumpartners.com
SOURCE Propelium Partners

Share this article