RHB Bank bersiaran langsung dengan BUSINESSNEXT, untuk memajukan pengalaman pelanggan untuk perbankan zaman baharu
Pelaksanaan ini menyatukan interaksi dengan pelanggan merentasi cawangan, pusat perhubungan pelanggan, runcit, kekayaan dan perbankan PKS, serta menyokong lebih 2,800 pengguna merentasi Kumpulan, di samping membina asas bagi perbankan autonomi.
KUALA LUMPUR. Malaysia, 9 Oktober 2026 /PRNewswire/ -- RHB Bank hari ini mengumumkan kejayaan pelaksanaan platform Pengurusan Perhubungan Pelanggan (CRM) perusahaan baharu untuk seluruh organisasinya yang dikuasakan oleh BUSINESSNEXT, yang menandakan pencapaian penting dalam usaha Kumpulan untuk memperkukuhkan interaksi dengan pelanggan, meningkatkan penyampaian perkhidmatan dan menyokong pertumbuhan yang berteraskan hubungan dengan pelanggan.
Pelancaran ini adalah salah satu inisiatif teknologi tertumpu pelanggan terbesar RHB setakat ini, yang menyokong lebih daripada 2,800 pengguna merentasi rangkaian cawangan dan pusat hubungan, dengan lebih daripada 75 titik integrasi yang merangkumi saluran pelanggan utama termasuk web, perbankan mudah alih, perbankan internet dan e-mel. Platform ini memperkemaskan cara interaksi pelanggan, permintaan perkhidmatan dan peluang perniagaan diuruskan merentasi Kumpulan, memberikan pekerja pandangan yang lebih bersepadu tentang aktiviti penglibatan pelanggan.
"Perbankan sentiasa dibina berdasarkan kepercayaan. Seiring dengan perkembangan jangkaan pelanggan, kita perlu terus menambah baik cara kita memberikan perkhidmatan kepada mereka. Ini membolehkan kita mengurangkan masa yang digunakan untuk mengendalikan pelbagai sistem, dan meluangkan lebih banyak masa untuk memberi tumpuan kepada khidmat nasihat, penyelesaian masalah dan aktiviti pembinaan hubungan Ini adalah satu langkah penting dalam komitmen kami untuk memberikan perkhidmatan terbaik, serta memajukan matlamat kami menjadi bank Nombor 1 daripada segi pengalaman pelanggan menjelang tahun 2027,"
- Dato' Mohd Rashid Mohamad | Pengarah Urusan Kumpulan/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, RHB Banking Group
"Peralihan RHB Bank ke satu platform bersepadu mencerminkan hala tuju perkembangan perbankan — daripada pengalaman digital yang saling terhubung ke arah operasi berautonomi. Dengan menyepadukan data pelanggan, pasukan dan proses, BUSINESSNEXT akan membantu RHB membina interaksi dengan pelanggan yang lebih pintar, relevan mengikut konteks dan proaktif, di samping menyediakan landasan bagi fasa perbankan autonomi seterusnya."
- Nishant Singh | Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif, BUSINESSNEXT
Inisiatif ini membolehkan RHB mengenal pasti peluang lebih awal, meningkatkan pemulihan perkhidmatan, mengukuhkan pengurusan hubungan dan menyokong penglibatan yang lebih terselaras di seluruh kitaran hayat pelanggan.
Sejajar dengan strategi korporat PROGRESS27 RHB, platform ini memperkukuhkan matlamat Terbaik dalam Perkhidmatan Kumpulan dengan melengkapkan kakitangan dengan pemahaman dan keupayaan yang lebih baik untuk memberikan perkhidmatan yang lebih berkesan kepada pelanggan, di samping di samping membolehkan penggunaan data, analitik dan automasi pintar diperluaskan mengikut keperluan bagi menyokong pertumbuhan yang bertanggungjawab dan bermatlamat.
Maklumat Tentang Kumpulan Perbankan RHB
Kumpulan Perbankan RHB merupakan antara institusi kewangan yang paling lama bertapak dan terkemuka di Malaysia, dengan sejarah serta warisan yang membanggakan sejak lebih satu abad lalu. Beribu pejabat di Kuala Lumpur, Malaysia, Kumpulan ini mempunyai rangkaian operasi yang luas merentasi tujuh pasaran ASEAN, dengan sokongan kira-kira 13,000 kakitangan. Berteraskan matlamat bersama –Together We Progress – RHB komited untuk memperkasakan individu, perniagaan dan komuniti agar dapat berkembang dan maju bersama.
Sebagai kumpulan kewangan bersepadu sepenuhnya, perniagaan teras kami distrukturkan kepada enam tonggak utama: Perbankan Komuniti Kumpulan, Perbankan Korporat & Perniagaan Kumpulan, Perbankan Borong Kumpulan, Perniagaan Shariah Kumpulan, Perniagaan Antarabangsa Kumpulan dan Insurans Kumpulan. Kami menawarkan penyelesaian kewangan yang komprehensif dan inovatif melalui RHB Bank Berhad dan anak-anak syarikat utama kami: RHB Investment Bank Berhad, RHB Islamic Bank Berhad, dan RHB Insurance Berhad. Perniagaan pengurusan aset dan unit amanah kami dijalankan oleh RHB Asset Management Sdn. Bhd. dan RHB Islamic International Asset Management Berhad.
RHB Bank Berhad disenaraikan di Bursa Malaysia dengan permodalan pasaran sebanyak RM31.6 bilion pada 7 Oktober 2026.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.rhbgroup.com.
Maklumat Tentang BUSINESSNEXT
BUSINESSNEXT menyediakan platform operasi autonomi yang dibina untuk perkhidmatan perbankan dan kewangan. Portfolionya merangkumi CRM, pinjaman, perjalanan pelanggan, dan ejen AI khusus untuk perkhidmatan perbankan dan kewangan.
Dibangunkan berasaskan seni bina headless, yang mengutamakan API dan berteraskan kecerdasan buatan, BUSINESSNEXT membolehkan institusi mengintegrasikan data, proses membuat keputusan, aliran kerja dan interaksi dengan pelanggan merentasi semua saluran. Dipercayai oleh lebih 1 juta pengguna di seluruh dunia dalam perkhidmatan kewangan, menguruskan lebih 1 bilion pelanggan akhir di platformnya.
Share this article