- RIMAN mengambil bahagian sebagai Penaja Platinum bagi Kongres Dunia WFDSA ke-18, mengetengahkan bahan ramuan proprietari serta keupayaan penyelidikan dan pembangunan (R&D) syarikat.
- Syarikat ini turut menganjurkan pengalaman eksklusif jenama di Pulau Jeju untuk 24 wakil industri jualan langsung dari sembilan negara.
SEOUL, Korea Selatan, 28 Oktober 2026 /PRNewswire / -- RIMAN, RIMAN, syarikat global dalam bidang K-Beauty dan kesejahteraan, terus memperkukuh kedudukannya dalam industri jualan langsung antarabangsa menerusi penajaan Platinum Kongres Dunia WFDSA ke-18 dan penganjuran program pengalaman jenama eksklusif di Pulau Jeju.
Diadakan dari 19 hingga 21 Oktober di INSPIRE Entertainment Resort, Incheon, Korea Selatan, kongres yang berlangsung setiap tiga tahun sekali itu menghimpunkan pemimpin industri jualan langsung dari seluruh dunia. Sebagai Penaja Platinum, RIMAN mempamerkan jenama utamanya termasuk ICD, botalab dan Lifening, bersama ramuan proprietarinya, Giant BYoungPool™. Pengasas dan Pengerusi RIMAN, Joong Hyun Ahn, turut menyampaikan pembentangan dalam sesi "Korea Market Spotlight: Innovation Builds. People Transform.", berkongsi kisah pertumbuhan RIMAN yang dibina berasaskan ramuan proprietari, keupayaan penyelidikan dan pembangunan (R&D), serta kepimpinan yang mengutamakan insan.
Melanjutkan momentum daripada Kongres Dunia WFDSA, RIMAN telah menganjurkan "RIMAN JEJU EXPERIENCE", sebuah program pengalaman jenama eksklusif yang menawarkan peluang kepada pemimpin industri jualan langsung antarabangsa untuk menyelami sendiri keunikan ramuan proprietari, keupayaan penyelidikan dan pembangunan (R&D), serta falsafah jenama syarikat. Diadakan dari 22 hingga 24 Oktober di Pulau Jeju, program tersebut disertai oleh 24 wakil industri dari sembilan negara, termasuk Perancis, Jerman, China dan Singapura.
Para peserta meneroka rantaian nilai RIMAN, daripada penanaman bahan ramuan hinggalah kepada penyelidikan dan pembangunan produk. Di RIMAN Farm, sebuah ladang pintar yang menanam Giant BYoungPool™, iaitu varieti proprietari Centella asiatica, mereka mempelajari kaedah penanamannya serta penyelidikan ramuan yang dijalankan oleh RIMAN. Mereka turut menginap di RIMAN VILLAGE, sebuah pusat peranginan berjenama yang dibangunkan oleh RIMAN khusus untuk pengedarnya, sambil menikmati rawatan spa Lava BYoungPool serta produk kecantikan dan kesejahteraan RIMAN.
"Menyaksikan sendiri teknologi canggih dan penyelidikan ramuan yang dijalankan telah meningkatkan keyakinan saya terhadap produk-produk RIMAN," kata salah seorang peserta.
Frédéric Billon, Pengarah Eksekutif Persatuan Jualan Langsung Perancis (FVD), turut memuji pendekatan RIMAN dengan menyatakan, "Menguruskan keseluruhan rantaian nilai, daripada bahan mentah hingga ke produk siap, merupakan strategi yang bijak dan meletakkan RIMAN pada kedudukan yang kukuh untuk menerajui masa depan pasaran kecantikan yang dipacu oleh prinsip kelestarian."
"Kongres Dunia WFDSA dan RIMAN JEJU EXPERIENCE telah mengetengahkan ramuan proprietari serta keupayaan R&D kami," kata Youngsu Hwang, Ketua Pegawai Jualan RIMAN. "Kami amat berbesar hati dengan maklum balas positif peserta terhadap proses pembangunan produk kami dan dedikasi para pekerja. Kami akan terus memperkukuh hubungan global serta kedudukan kami sebagai jenama K- Beauty yang dipercayai."
Latar Belakang RIMAN
Ditubuhkan pada tahun 2018 di Korea Selatan, RIMAN merupakan sebuah syarikat jualan langsung global dalam bidang kecantikan dan kesejahteraan yang mentakrif semula K-Beauty melalui gabungan ramuan warisan dari Pulau Jeju dan inovasi teknologi terkini. Melalui Jeju Smart Farm, RIMAN menguruskan setiap peringkat rantaian nilai secara menyeluruh, daripada penanaman bahan mentah sehingga pembangunan produk. Ini termasuk ramuan ikoniknya, Giant BYoungPool™, iaitu kultivar Centella asiatica yang telah menerima Perlindungan Varieti Tanaman (Plant Variety Protection) selama 20 tahun daripada Perkhidmatan Hutan Korea pada Julai 2022 dan Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA) pada September 2025.
SOURCE RIMAN


Share this article