RingConn Memperkenalkan The One Ring, Cincin Pintar Gen 3 Edisi Terhad yang Diilhamkan oleh Trilogi Filem The Lord of the Rings
Cincin pintar edisi terhad ini membawa keistimewaan trilogi ikonik tersebut ke dalam kehidupan seharian, mengajak pengguna memulakan perjalanan mengenali diri dan meningkatkan kesedaran kesihatan menerusi Cincin Pintar Gen 3 RingConn.
NEW YORK, 20 November 2026 /PRNewswire/ -- RingConn, jenama cincin pintar yang komited membantu orang ramai memahami kesihatan mereka dengan lebih baik, hari ini mengumumkan kerjasama dengan Warner Bros. Global Consumer Products menerusi pelancaran The One Ring™, cincin pintar RingConn Gen 3 dengan reka bentuk khas yang diilhamkan oleh filem The Lord of the Rings. Ditafsir semula sebagai lambang perjalanan peribadi, The One Ring mencerminkan mesej utama kempen ini: perjalanan ke arah kesihatan yang lebih baik bermula dengan memahami diri sendiri.
Bertemakan kempen "The One Ring: Your Journey Starts Here", The One Ring mengambil inspirasi daripada tema keberanian, ketabahan, persahabatan dan perkembangan diri yang kekal relevan dalam trilogi tersebut. Cincin ikonik ini dilihat menerusi perspektif kontemporari, mengajak orang ramai menumpukan perhatian kepada diri sendiri, memahami tubuh mereka dengan lebih mendalam dan mengambil langkah bermakna ke arah tabiat harian yang lebih sihat
Perjalanan Baharu Bermula dengan Memahami Diri Sendiri
Dalam trilogi The Lord of the Rings, The One Ring menjadi unsur utama dalam perjalanan luar biasa yang menguji keberanian, daya tahan dan keazaman wataknya. Bagi RingConn, keluaran edisi terhad ini membuka peluang untuk mentafsir semula perlambangan The One Ring sebagai permulaan perjalanan yang amat peribadi, yang bukan didorong oleh keinginan menguasai orang lain, sebaliknya keupayaan memahami diri sendiri.
Setiap perjalanan peribadi bermula dengan kesedaran: memperoleh pemahaman lebih jelas tentang kesihatan dan keadaan diri semasa. Melalui pemantauan dan panduan berterusan, RingConn membantu pengguna kekal terlibat dan membangkitkan kesedaran terhadap kesihatan diri, memahami ritma tubuh masing-masing, mengenal pasti pola, membina tabiat lebih sihat serta membuat pilihan yang lebih sesuai dengan keperluan mereka. Apabila pengguna memperoleh pemahaman daripada perjalanan sendiri, perkongsian pengalaman mereka dapat memberi inspirasi kepada orang lain dan mewujudkan rasa kebersamaan yang lebih luas.
"Your Journey Starts Here" merupakan undangan untuk bermula dari keadaan diri pada masa ini. Daripada melangkah ke dunia lain, pengguna digalakkan meneroka dunia mereka sendiri, bergerak maju mengikut rentak masing-masing dengan kesedaran dan pemahaman yang lebih mendalam.
The One Ring: Keluaran Edisi Terhad untuk Tempoh Terhad
Dibuka untuk prapesanan mulai 19 November 2026, The One Ring ditawarkan sebagai cincin edisi terhad yang disusun khas berteraskan cincin pintar RingConn Gen 3, dengan reka bentuk tersendiri yang menghidupkan kempen ini.
Cincin edisi terhad ini, yang berharga US$399 tertakluk pada harga mengikut rantau, merangkumi:
- The One Ring: Cincin Pintar RingConn Gen 3 dengan corak hiasan ukiran laser yang diilhamkan oleh cincin ikonik daripada trilogi filem tersebut.
- Pembungkusan Hadiah Khas: Pembungkusan yang direka khusus untuk set edisi terhad ini, termasuk kit pengukuran saiz cincin tersuai.
- Tema Aplikasi Eksklusif: Tema paparan aplikasi RingConn khusus yang diilhamkan oleh dunia Middle-earth.
Menggabungkan reka bentuk koleksi yang tersendiri dengan cincin pintar RingConn, set ini menawarkan cara baharu kepada peminat untuk menghayati trilogi filem yang disayangi sambil menjadikan kesedaran kesihatan sebahagian daripada kehidupan seharian.
The One Ring akan ditawarkan di pasaran terpilih di EMEA, Asia Pasifik dan Amerika Utara*, dengan ketersediaan serta harga tempatan berbeza mengikut pasaran.
Profesor Guoxing Wang, Pengasas dan Pengerusi RingConn, berkata:
"Saya amat berbesar hati melancarkan The One Ring yang diilhamkan oleh filem The Lord of the Rings. Kami tertarik kepada kisah ikonik ini kerana nilai terasnya amat selari dengan nilai kami — epik The Lord of the Rings berteraskan keberanian, perkembangan diri, semangat setiakawan dan keazaman tidak berbelah bahagi untuk terus maju. Inilah juga pegangan teguh RingConn: menjadi teman yang dipercayai sepanjang perjalanan kesihatan pengguna dan menyaksikan perjalanan perkembangan diri setiap individu.
Kami sentiasa percaya bahawa perkembangan diri yang sebenar bermula dengan kesedaran kendiri yang jelas. Dikuasakan oleh teknologi yang direka dengan teliti, RingConn menyediakan panduan kesihatan secara konsisten untuk membantu pengguna memahami ritma tubuh, membina tabiat sihat yang diperibadikan dan membuat pilihan gaya hidup yang disesuaikan dengan keperluan sendiri, sambil maju secara beransur-ansur mengikut rentak masing-masing. Kami juga berharap lebih ramai orang berkongsi pemahaman dan membina keserasian sesama mereka sepanjang perjalanan ini, sekali gus menjadikan perkembangan individu sebagai kekuatan kolektif yang lebih luas untuk perubahan positif.
Menerusi The One Ring™, kami berharap dapat memanfaatkan kisah klasik ini untuk meningkatkan kesedaran terhadap kesihatan diri. Perjalanan yang sebenar bukanlah tentang mengembara ke tempat yang jauh. 'Your Journey Starts Here' — setiap perjalanan perkembangan diri bermula sebaik sahaja anda memutuskan untuk benar-benar memahami diri sendiri."
*The One Ring akan ditawarkan di pasaran dan wilayah berikut, tertakluk pada ketersediaan tempatan:
Australia, Austria, Belgium, Bulgaria, Kanada, China, Croatia, Cyprus, Republik Czech, Estonia, Finland, Perancis, Jerman, Greece, Guam, Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong, Hungary, Ireland, Itali, Jepun, Latvia, Lithuania, Luxembourg, Wilayah Pentadbiran Khas Macau, Malaysia, Malta, Belanda, Filipina, Poland, Portugal, Puerto Rico, Romania, Singapura, Slovakia, Slovenia, Korea Selatan, Sepanyol, Sweden, Switzerland, wilayah Taiwan, United Kingdom, Amerika Syarikat (kesemua 50 negeri dan Daerah Columbia), pangkalan tentera Amerika Syarikat dan Kepulauan Virgin Amerika Syarikat.
*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit atau keadaan perubatan dan tidak menggantikan diagnosis atau rawatan oleh profesional penjagaan kesihatan yang berkelayakan.
Latar Belakang RingConn
Ditubuhkan pada 2021, RingConn ialah syarikat yang mengutamakan pengguna dan dipacu oleh inovasi berterusan bagi menyediakan produk serta perkhidmatan pemantauan kesihatan yang profesional, berterusan dan prihatin. RingConn komited untuk menjadi penjaga kesejahteraan fizikal dan mental yang paling dipercayai oleh pengguna.
Latar Belakang The Lord of the Rings
Berdasarkan buku The Lord of the Rings dan The Hobbit karya J.R.R. Tolkien yang amat disegani, siri epik enam filem New Line Cinema arahan Peter Jackson mendapat sambutan peminat merentas generasi, meraih kutipan US$6 bilion di seluruh dunia dan memenangi 17 Anugerah Akademi, sekali gus menjadi siri yang menerima paling banyak anugerah dalam sejarah perfileman. Berlatarbelakangkan Middle-earth, siri ini bermula apabila Frodo Baggins memulakan misi berbahaya untuk memusnahkan One Ring yang legenda, lalu disusuli pengembaraan yang tiada tandingannya. Pada 2021, Library of Congress memilih The Lord of the Rings: The Fellowship of the Ring untuk dipelihara dalam National Film Registry Amerika Syarikat. Susulan ulang tahun ke-25 filem pertamanya pada 2026, filem baharu The Lord of the Rings: The Hunt for Gollum dirancang untuk tayangan pawagam, dengan lebih banyak filem bakal menyusul.
Latar Belakang Warner Bros. Global Consumer Products
Warner Bros. Global Consumer Products (WBGCP), sebahagian daripada bahagian Warner Bros. Revenue & Strategy, memperluas portfolio kukuh jenama dan francais hiburan syarikat itu ke dalam kehidupan peminat di seluruh dunia. WBGCP bekerjasama dengan pemegang lesen terkemuka di peringkat global dalam program mainan, fesyen, hiasan rumah dan penerbitan yang memenangi anugerah, diilhamkan oleh francais terbesar daripada studio filem, televisyen, animasi dan permainan Warner Bros., HBO, Discovery, DC, Cartoon Network, HGTV, Eurosport, Adult Swim dan banyak lagi. Melalui program pelesenan dan dagangan inovatif di peringkat global, inisiatif peruncitan serta kerjasama promosi, WBGCP merupakan antara organisasi pelesenan dan pemasaran barangan runcit terkemuka di dunia.
SOURCE RingConn



Share this article