DUBAI, UAE dan LONDON, 28 Oktober 2026 /PRNewswire/ -- Rivermate, platform Majikan Rekod (Employer of Record, EoR) yang membantu syarikat mengambil pekerja dan membayar gaji tenaga kerja di lebih 180 negara, hari ini mengumumkan bahawa firma penyelidikan global Everest Group telah meletakkan syarikat itu dalam kategori Pesaing Utama (Major Contender) menerusi laporan Employer of Record (EoR) Solutions PEAK Matrix® Assessment 2026 yang baru diterbitkan.
Penilaian PEAK Matrix oleh Everest Group menilai penyedia berdasarkan impak pasaran serta visi dan keupayaan mereka. Penilaian EoR 2026 melibatkan 29 penyedia perkhidmatan Majikan Rekod, dengan mengukur impak yang dihasilkan oleh setiap syarikat dalam pasaran serta keupayaan mereka untuk menyediakan penyelesaian dengan jayanya. Penyedia dikelompokkan kepada tiga kategori: Pemimpin (Leader) , Pesaing Utama (Major Contender) dan Aspirasi (Aspirant).
Penilaian ini dibuat pada tahun yang penting bagi Rivermate, yang menyaksikan penyatuan operasi dan pertumbuhan yang kukuh. Pada April 2026, operasi EoR Eos Global Expansion, Serviap Global dan Hightekers disatukan di bawah jenama Rivermate, menggabungkan kepakaran serantau selama lebih 15 tahun merentasi Eropah, Asia, Amerika Latin dan Timur Tengah ke dalam sebuah syarikat global. Pada Jun 2026, kumpulan itu memperoleh Remunance, penyedia perkhidmatan EoR dan penggajian terkemuka di India, sekali gus menambah kepakaran tempatan di salah satu pasaran pengambilan pekerja yang paling pesat berkembang di dunia.
Berlandaskan penyatuan ini, Rivermate terus memberikan tumpuan kepada penyediaan perkhidmatan berkualiti tinggi yang dikendalikan oleh kakitangan khusus dan disesuaikan dengan keperluan setiap pelanggan, melalui pengurus akaun khusus yang memiliki kepakaran di peringkat negara.
"Pengambilan pekerja antarabangsa kini menjadi kebiasaan bagi syarikat daripada pelbagai saiz, sama ada untuk mengembangkan perniagaan, menjimatkan kos atau mendapatkan tenaga kerja berbakat yang sukar diperoleh melalui saluran lain. Sehubungan itu, pasaran EoR semakin matang dan syarikat mahu memastikan bahawa rakan kongsi EoR mereka merupakan pilihan yang dipercayai serta berkelayakan. Penilaian Everest Group memberikan gambaran tersebut kepada mereka."
"Pada tahun ini, kami menyatukan perniagaan serantau kami menjadi sebuah syarikat global supaya pelanggan dapat memanfaatkan skala operasi global kami sambil terus mendapat manfaat daripada kepakaran tempatan yang mendalam setiap hari. Kami amat berbesar hati melihat kemajuan dan kehadiran pasaran kami sudah pun dicerminkan melalui penyertaan kami dalam penyelidikan Everest Group buat kali pertama," kata Sébastien Wakim, Ketua Pegawai Eksekutif Rivermate.
Maklumat tentang Rivermate
Rivermate ialah platform Majikan Rekod (Employer of Record) dan Kontraktor Rekod (Contractor of Record) global milik Hightekers Group, yang dibangunkan untuk masa depan dunia pekerjaan tanpa batasan sempadan. Platform ini membolehkan syarikat mengambil pekerja, mengurus dan membayar gaji tenaga kerja di peringkat antarabangsa dengan menggabungkan infrastruktur milik sendiri, kepakaran tempatan yang mendalam serta perkhidmatan khusus yang dikendalikan oleh kakitangan berpengalaman. Berlandaskan pengalaman lebih 15 tahun merentasi Eropah, Asia, Amerika Latin dan Timur Tengah, Rivermate beroperasi melalui 39 entiti milik penuh dan rangkaian lebih 150 rakan kongsi yang dipercayai, meliputi lebih 180 negara.
Laman web: https://rivermate.com/

Share this article