Robo.ai Inc. Lapor Keputusan Kewangan Separuh Pertama 2026
Ekuiti pemegang saham melonjak kepada AS$95.8 juta daripada defisit AS$116.1 juta
DUBAI, UAE, 25 Ogos 2026 /PRNewswire/ -- Robo.ai Inc. (Nasdaq: AIIO) ("Robo.ai" atau "Syarikat"), sebuah syarikat yang berpangkalan di UAE dan disenaraikan di Nasdaq, hari ini mengumumkan keputusan kewangan belum diaudit bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026.
Syarikat menyifatkan separuh pertama 2026 sebagai penetapan semula struktur dan permulaan fasa pembangunan seterusnya. Pelupusan perniagaan legasi ICONIQ dan penyelesaian dua pemerolehan telah melupuskan sebahagian besar liabiliti legasinya, mengembalikan ekuiti pemegang saham kepada kedudukan positif serta membentuk asas teknologi dan aset operasi untuk pertumbuhan masa hadapan.
"Separuh pertama 2026 meletakkan Robo.ai pada landasan baharu dan kami mencapai kemajuan bermakna merentasi keutamaan utama kami," kata Benjamin Zhai, Ketua Pegawai Eksekutif Robo.ai. "Seiring dengan transaksi ini, kami memajukan penyetempatan operasi kami di Emiriah Arab Bersatu, menyusun semula struktur perniagaan kami berasaskan aset yang diperoleh serta memperjelas model komersial dan keutamaan pembangunan kami. Kini, kami memberi tumpuan kepada usaha mengintegrasikan perniagaan yang diperoleh dan merealisasikan potensi komersialnya. Kami percaya usaha ini meletakkan Robo.ai pada kedudukan yang baik untuk memanfaatkan peluang baharu ketika industri-industri ini terus berkembang."
Sorotan Separuh Pertama 2026
- Hasil bersih ialah AS$55.1 juta, berbanding AS$0.6 juta bagi tempoh sama pada 2025. Peningkatan itu terutamanya disumbangkan oleh pemerolehan QC Capital yang diselesaikan pada 15 Jun 2026, dengan perkhidmatan pengurusan operasi dan penyampaiannya menyumbang AS$54.4 juta dari tarikh pemerolehan hingga akhir tempoh.
- Keuntungan kasar ialah AS$0.2 juta, berbanding kerugian AS$0.4 juta bagi tempoh sama pada 2025.
- Pendapatan bersih yang boleh diagihkan kepada pemegang saham Robo.ai ialah AS$46.7 juta, terutamanya didorong oleh pendapatan daripada operasi yang dihentikan, berbanding kerugian bersih AS$2.2 juta bagi tempoh sama pada 2025.
- Pendapatan asas dan dicairkan sesaham biasa yang boleh diagihkan kepada pemegang saham ialah AS$0.81, berbanding kerugian sesaham biasa sebanyak AS$0.15 bagi tempoh sama pada 2025.
- Nota boleh tukar berkurangan kepada AS$3.0 juta setakat 30 Jun 2026 daripada AS$11.1 juta setakat 31 Disember 2025, dengan nota boleh tukar bernilai AS$13.6 juta diselesaikan menerusi penerbitan saham biasa dan bukannya secara tunai sepanjang tempoh tersebut.
- Jumlah ekuiti pemegang saham setakat 30 Jun 2026 ialah AS$95.8 juta, berbanding defisit pemegang saham sebanyak AS$116.1 juta setakat 31 Disember 2025.
- Tunai dan kesetaraan tunai ialah AS$2.1 juta setakat 30 Jun 2026, berbanding AS$4.0 juta setakat 31 Disember 2025. Tunai bersih yang digunakan dalam aktiviti operasi ialah AS$2.6 juta, manakala aktiviti pembiayaan menjana aliran masuk tunai bersih sebanyak AS$4.8 juta.
- Pemerolehan Aset Strategik: Pada Mei 2026, Syarikat memperoleh 100% Neurovia AI Limited, sebuah syarikat teknologi pemprosesan dan pemampatan data dikuasakan AI untuk digunakan dalam sektor keselamatan awam, pengangkutan, kewangan, pertanian pintar dan industri lain. Pada Jun 2026, Syarikat memperoleh 100% QC Capital, sebuah perniagaan operasi dengan tenaga kerja, proses operasi dan teknologi yang mantap, yang menyumbang AS$54.4 juta hasil bersih dari tarikh pemerolehan hingga 30 Jun 2026.
Latar Belakang Robo.ai Inc.
Robo.ai Inc. (Nasdaq: AIIO), yang beribu pejabat di Dubai, Emiriah Arab Bersatu, ialah kumpulan teknologi tersenarai di Nasdaq yang membangunkan infrastruktur pintar menerusi empat platform: kecerdasan buatan; robotik dan mobiliti pintar; pembuatan termaju; serta aset digital dan modal.
Kumpulan perindustriannya, Alif Holding, berdedikasi untuk membangunkan industri pintar menerusi pembangunan, integrasi dan pembuatan sistem AI bagi memenuhi keperluan kerajaan, sektor awam dan bidang yang kritikal kepada misi. Menerusi anak syarikatnya Neurovia AI, Syarikat membangunkan perisian AI dan infrastruktur data visual. Quantum Core Capital ("QC Capital"), platform syarikat induk teknologi mendalam (deep-tech) dan pembangunan usaha niaga dikuasakan AI, menginkubasi, melabur dalam dan mengendalikan perniagaan merentasi kecerdasan buatan, robotik, infrastruktur digital dan ekonomi digital generasi akan datang.
Kenyataan Pandang Ke Hadapan
Siaran akhbar ini mengandungi kenyataan yang mungkin merupakan "Kenyataan pandang ke hadapan" menurut peruntukan "safe harbor" Akta Reformasi Ltigasi Sekuriti Swasta A.S. 1995. Kenyataan tersebut boleh dikenal pasti melalui istilah seperti "akan", "menjangka", "menjangkakan", "menyasarkan", "masa hadapan", "berhasrat", "merancang", "percaya", "menganggarkan", "sasaran", "berkemungkinan" dan "cabaran", serta kenyataan lain yang serupa. Robo.ai juga mungkin membuat kenyataan pandang ke hadapan secara bertulis atau lisan dalam laporan berkalanya kepada Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa A.S. (SEC), laporan tahunan kepada pemegang saham, siaran akhbar dan bahan bertulis lain, dan kenyataan lisan oleh pegawai, pengarah atau pekerjanya kepada pihak ketiga. Kenyataan yang bukan merupakan fakta sejarah, termasuk kenyataan mengenai kepercayaan, rancangan dan jangkaan Robo.ai, merupakan kenyataan pandang ke hadapan. Kenyataan pandang ke hadapan melibatkan risiko dan ketidakpastian yang sememangnya wujud. Beberapa faktor boleh menyebabkan keputusan sebenar berbeza secara ketara daripada yang terkandung dalam mana-mana Kenyataan pandang ke hadapan, termasuk tetapi tidak terhad kepada strategi Robo.ai, pembangunan perniagaan masa hadapan serta kedudukan kewangan dan keputusan operasinya; sejarah operasi Robo.ai yang terhad dalam perniagaannya ketika ini; keupayaan Robo.ai untuk menjana aliran tunai positif dan keuntungan; keupayaan Robo.ai untuk bersaing dengan jayanya; keupayaan Robo.ai untuk membina jenamanya dan menghadapi publisiti negatif; serta perubahan dalam permintaan pelanggan dan insentif, subsidi atau dasar kerajaan lain yang menggalakkan. Maklumat lanjut mengenai risiko tersebut dan risiko lain terkandung dalam pemfailan Robo.ai dengan SEC. Semua maklumat yang diberikan dalam siaran akhbar ini adalah setakat tarikh siaran ini dan Robo.ai tidak mempunyai sebarang kewajipan untuk mengemas kini mana-mana Kenyataan pandang ke hadapan, kecuali sebagaimana yang dikehendaki di bawah undang-undang yang terpakai.
SOURCE Robo.ai Inc.
Share this article