RoboParty Melancarkan RP1 di Asia Tenggara, Membawa Robotik Terbuka Tindanan Penuh kepada Pendidikan dan Penyelidikan
Menerusi RP1 dan RPO, RoboParty menawarkan platform humanoid terbuka yang merangkumi pendidikan secara amali, pembangunan asas robotik dan penyelidikan AI berjasad (embodied AI) lanjutan.
SHANGHAI, 20 Oktober 2026 /PRNewswire/ -- RoboParty telah melancarkan RP1 (ROBOTO 01), sebuah platform humanoid sumber terbuka tindanan penuh berprestasi tinggi, ke pasaran Asia Tenggara. Bersama-sama RPO, kit robotik humanoid sumber terbuka sepenuhnya miliknya, RoboParty menawarkan laluan kepada universiti, penyelidik dan pembangun daripada pembelajaran secara amali kepada penyelidikan robotik lanjutan.
Matlamat penyelidikan yang berbeza menuntut platform yang berbeza. Keterbukaan memberikan kebebasan kepada pembangun untuk menyesuaikan robot mengikut keperluan kerja mereka, dan bukannya terpaksa menyesuaikan kerja mereka mengikut robot tersebut.
RP1 direka untuk penyelidikan robotik lanjutan dan AI berjasad. Seni bina terbuka tindanan penuhnya merangkumi reka bentuk mekanikal, modul penggerak ROMOMO yang dibangunkan sendiri, kawalan peringkat rendah, simulasi, kit pembangunan perisian (SDK) dan alat latihan. Penyelidik boleh menggunakan sumber yang diterbitkan untuk memahami, mengubah suai dan mengesahkan pengendalian robot, tertakluk pada lesen yang berkenaan, dengan menjejaki masalah dalam dasar kawalan model, sistem kawalan dan pelaksanaan fizikal bagi mengoptimumkan keseluruhan sistem.
Seni bina terbuka memberi pembangun lebih fleksibiliti untuk mengkaji dan menyesuaikan robot.
RP1 turut menyediakan keupayaan pergerakan yang telah dibangunkan, termasuk berjalan secara berterusan, pemulihan keseimbangan selepas gangguan dan bangun semula selepas terjatuh. Keupayaan ini membantu pasukan mengurangkan kerja pembangunan berulang bagi kemahiran pergerakan asas serta memberikan tumpuan kepada latihan model, penyelidikan gerak alih dan pengesahan tugasan yang kompleks.
PartyOS ialah asas pembangunan terbuka RoboParty untuk robotik humanoid, yang menghubungkan penyasaran semula pergerakan, latihan dasar kawalan, pengesahan simulasi dan pelaksanaan pada robot sebenar.
Daripada Pendidikan Robotik kepada Penyelidikan Lanjutan: RPO dan RP1 Memperluas Pilihan Platform Terbuka
RP1 meneruskan perjalanan sumber terbuka yang bermula dengan RPO, robot humanoid sumber terbuka sepenuhnya yang pertama daripada RoboParty.
RPO ialah robot humanoid yang direka dengan mengambil kira kos yang dijual sebagai kit pemasangan sendiri (DIY), direka untuk pembelajaran AI berjasad secara amali dan penyesuaian. Sumber mekanikal, elektrik, latihan dan pelaksanaannya yang tersedia kepada umum membolehkan pembangun memasang robot mereka sendiri, memahami keseluruhan sistem serta memperluas keupayaannya. Projek ini telah memperoleh lebih 2,600 bintang GitHub dan telah dipasang semula berdasarkan reka bentuk terbuka oleh lebih 100 pengguna.
Secara bersama, RPO dan RP1 memenuhi keperluan yang saling melengkapi: RPO menyediakan asas praktikal untuk pendidikan robotik dan pembangunan peringkat awal, manakala RP1 menyokong penyelidikan yang lebih mencabar dalam bidang gerak alih humanoid, kawalan dan AI berjasad.
Bagi universiti dan institusi penyelidikan di seluruh Asia Tenggara, ini bermakna fleksibiliti yang lebih besar untuk memilih, menyesuaikan dan membangunkan platform terbuka yang sepadan dengan objektif penyelidikan masing-masing.
Bermula daripada bilik darjah hingga ke perbatasan penyelidikan, RoboParty sedang berusaha menjadikan robotik humanoid lebih terbuka, mudah diakses dan mudah disesuaikan oleh mereka yang membina masa depannya.
GitHub: https://github.com/Roboparty/RP1
Laman Web: https://roboparty.com
Hubungan Media: [email protected]
SOURCE RoboParty
Share this article