Ruijie Cybrey Bawa Penyelesaian Rangkaian PKS "Profesional tetapi Mudah" ke Tujuh Pasaran Asia Pasifik
BEIJING, 19 Oktober 2026 /PRNewswire/ -- Ruijie Networks hari ini mengumumkan siri jelajah pelancaran penyelesaian Ruijie Cybrey di Asia Pasifik (APAC), subjenamanya yang berorientasikan AI dan dikhususkan untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta rangkaian berasaskan projek. Susulan penampilan sulungnya pada awal tahun ini, pelancaran di tujuh pasaran tersebut membawa penyelesaian rangkaian yang dibangunkan khusus secara langsung kepada rakan kongsi perniagaan serantau.
Berlangsung dari 9 hingga 16 Oktober 2026 dengan tema "Professional but Easy" (Profesional tetapi Mudah), acara pelancaran tersebut dianjurkan bersama rakan kongsi saluran tempatan di Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand, Vietnam dan Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong, China.
Direka untuk penyepadu sistem dan penyedia perkhidmatan terurus (MSP), Ruijie Cybrey menangani realiti operasi segmen PKS melalui tiga teras utama:
- Piawaian Bertaraf Perusahaan: Menyediakan sambungan berlebar jalur tinggi dengan liputan luas yang menawarkan asas selamat dan boleh diskalakan bagi menyokong pertumbuhan PKS.
- Pengurusan Awan Berkuasa AI: AI bersepadu menyatukan konfigurasi dan penyelenggaraan, sekali gus mengurangkan kerumitan pengurusan secara drastik.
- Dibina Secara Profesional, Harga Berpatutan: Menghapuskan reka bentuk kejuruteraan yang terlalu kompleks bagi menyediakan penyelesaian mudah digunakan dengan kawalan jumlah kos pemilikan (TCO) jangka panjang yang mampan.
Pelancaran di APAC ini mengetengahkan penyelesaian yang disesuaikan untuk sektor hospitaliti, penjagaan kesihatan, pejabat perusahaan, pergudangan dan pendidikan K-12. Rangkaian perkakasan yang teguh itu menampilkan titik capaian Wi-Fi 7, suis teras dan tembok api generasi akan datang. Nilai Cybrey telah pun dibuktikan melalui kejayaan pelaksanaan di rantau ini, termasuk Emoi Hotel setinggi 19 tingkat di Vietnam, operasi gudang kritikal di Malaysia serta rangkaian kampus K-12 berkepadatan tinggi di Thailand.
Terus Berhubung dengan Ruijie Cybrey
- LinkedIn: linkedin.com/company/ruijiecybrey
- Facebook: https://www.facebook.com/RuijieCybrey
- Instagram: https://www.instagram.com/ruijiecybrey
- YouTube: https://www.youtube.com/@Ruijie-Cybrey
Latar Belakang Ruijie Networks
Sejak 2003, Ruijie Networks telah menjadi peneraju global dalam rangkaian perusahaan, menyediakan infrastruktur dan penyelesaian berteraskan falsafah "Three brands. One technology. Every network is protected." (Tiga jenama. Satu teknologi. Setiap rangkaian dilindungi.) Portfolio syarikat merangkumi projek daripada pelbagai skala: Ruijie untuk perusahaan besar dan kerajaan; Ruijie Cybrey untuk PKS dan rangkaian berasaskan projek; serta Ruijie Reyee untuk projek harian perniagaan kecil dan sederhana. Dengan 3,778 permohonan paten teknologi dan lebih 7,200 pekerja, yang mana lebih 50% daripadanya bertugas di lapan pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) global, Ruijie mencatatkan hasil sebanyak US$2.1 bilion pada 2025, meningkat 22.4% tahun ke tahun. Ketahui lebih lanjut di www.ruijie.com.
Latar Belakang Ruijie Cybrey
Ruijie Cybrey ialah subjenama Ruijie Networks yang dibangunkan untuk pasaran PKS global. PKS merangkumi kira-kira 90% daripada perniagaan dan menyumbang kira-kira 50% kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) global, namun kebanyakan penyelesaian rangkaian sama ada direka bentuk secara terlalu kompleks atau tidak boleh dipercayai. Cybrey mengisi jurang ini dengan menyediakan penyelesaian bertaraf perusahaan yang ringkas, pintar dan boleh dipercayai.
SOURCE Ruijie Networks
Share this article