Segway Powersports Tonjolkan Prestasi Luar Jalan dan Teknologi Pintar pada Pameran Canton ke-140
GUANGZHOU, China, 21 Oktober 2026 /PRNewswire/ -- Segway Powersports, peneraju inovasi global dalam kenderaan luar jalan pintar dan sistem tunggangan terhubung, telah menamatkan penyertaannya pada Pameran Canton ke-140. Syarikat mempamerkan dua model utama, iaitu Super Villain SX20T, kenderaan SSV sukan berprestasi tinggi, dan AT10 W MUD, kenderaan semua rupa bumi (ATV) yang dibina untuk menghadapi rupa muka bumi mencabar—sekali gus menyerlahkan keupayaannya dari segi kuasa, pengendalian luar jalan dan teknologi tunggangan pintar.
Segway Powersports mengkhusus dalam pembangunan dan pembuatan kenderaan semua rupa bumi berprestasi tinggi serta sistem pemanduan terhubung. Syarikat berhasrat untuk menetapkan penanda aras dalam industri kenderaan luar jalan (ORV) global. Paten yang dimilikinya merangkumi reka bentuk kenderaan, sistem kuasa dan sistem dalam kenderaan pintar. Rangkaian jualan dan perkhidmatan jenama tersebut meliputi lebih 60 negara dan wilayah, dengan lebih 1,000 peruncit.
Antara kenderaan yang dipamerkan ialah Segway Super Villain SX20T, model utama SSV sukan berprestasi tinggi jenama tersebut yang menggabungkan prestasi berkuasa, kawalan pintar dan kelengkapan luar jalan bertaraf profesional. Enjin 2.0T GDi kenderaan ini menghasilkan 235 hp dan tork puncak 380 N•m, dipadankan dengan transmisi automatik tujuh kelajuan (7AT). Kenderaan ini mampu mencapai kelajuan sehingga 150 km/j dan mendaki cerun dengan kecerunan sehingga 70%. Sistem Arahan Pintarnya mengintegrasikan skrin sentuh pusat dan menawarkan tiga mod pemanduan: Normal, Perlumbaan dan Pendakian. Casis berkekuatan tinggi dan penyerap hentak perlumbaan membantu mengekalkan kestabilan serta keselesaan pemanduan di kawasan rupa bumi yang tidak rata, manakala tali pinggang keselamatan enam titik memberikan perlindungan tambahan.
Dibina khusus untuk kawasan berlumpur, tanah lembap dan laluan hutan, Segway AT10 W MUD menggabungkan prestasi berkuasa dengan ciri pintar bagi memberikan kawalan dan keyakinan yang lebih tinggi. Rangkaian kuasa 97 hp, kedudukan roda yang lebar dan kelegaan tanah 320 mm berfungsi secara bersama untuk memberikan keupayaan luar jalan yang mantap serta pengendalian responsif dalam keadaan mencabar, manakala win standard 4,500 lb menyediakan sokongan pemulihan apabila diperlukan. Sistem pengambilan udara, elektrik dan saliran yang direka khas turut meningkatkan keupayaan kenderaan untuk meredah air serta kebolehpercayaannya.
Pameran tersebut menyerlahkan kepakaran Segway Powersports dalam membangunkan kenderaan luar jalan berprestasi tinggi dan mengintegrasikan teknologi pintar. Kedua-dua model berkenaan secara bersama memperlihatkan kepelbagaian rangkaian produknya untuk pasaran global.
Latar Belakang Segway Powersports
Segway Powersports ialah rangkaian kenderaan sukan permotoran berprestasi tinggi bertaraf profesional daripada Segway untuk pasaran global. Berpandukan kepakaran, usaha mengejar kecemerlangan dan semangat penerokaan, jenama ini membangunkan kenderaan luar jalan yang menggabungkan prestasi berkuasa, tork tinggi, ketahanan yang boleh dipercayai dan pengendalian responsif. Dibina untuk menghadapi pelbagai keadaan rupa bumi yang mencabar, kenderaannya memberikan keyakinan kepada penunggang untuk menyahut cabaran baharu, sekali gus mencerminkan falsafah jenama tersebut, "Fear No Place" ("Ke Mana Jua, Tanpa Gentar").
SOURCE Segway Powersports
Share this article