TIANJIN, China, 26 Oktober 2026 /PRNewswire/ -- China Petroleum & Chemical Corporation (HKG: 0386, "Sinopec") baru-baru ini menganjurkan Persidangan Pelanggan Pemangkin Antarabangsa Sinopec kedua di Tianjin, bertemakan "Memangkin Kerjasama, Membentuk Masa Depan yang Lebih Pintar". Acara tersebut memberikan tumpuan kepada inovasi pemangkin yang menyokong proses penapisan dan pengeluaran bahan kimia yang lebih cekap. Persidangan itu mengetengahkan kemajuan dalam teknologi, pembangunan produk dan aplikasi perindustrian, sekali gus menghubungkan penyelidikan dengan perubahan keperluan pelanggan di seluruh dunia.
Persidangan tersebut menghimpunkan wakil daripada 69 pelanggan dan rakan kongsi dari 24 negara dan wilayah, termasuk Belanda, Switzerland, Algeria, Brazil, Azerbaijan dan Korea Selatan. Acara itu menyediakan platform untuk pertukaran kepakaran teknikal, perkongsian pengalaman praktikal serta penerokaan peluang kerjasama merentas industri penapisan dan kimia.
Pemangkin memainkan peranan penting dalam penapisan petroleum dan pembuatan bahan kimia dengan membantu pengeluar meningkatkan kecekapan tenaga, mengurangkan pelepasan karbon, menambah baik proses serta membangunkan bahan baharu. Ketika industri berusaha mencapai pengeluaran yang lebih mampan, kerjasama yang lebih erat antara pembangun teknologi, pengilang dan pelanggan menjadi semakin penting.
Berbekalkan pengalaman penyelidikan dan pembangunan selama beberapa dekad, Sinopec telah membangunkan teknologi teras dalam bidang pemangkin penapisan dan kimia. Portfolio syarikat merangkumi hampir 300 produk dalam tujuh kategori: penapisan, poliolefin, bahan kimia mentah organik asas, bahan kimia arang batu, perlindungan alam sekitar, bahan penjerap dan bahan tambahan, serta bahan kimia medan minyak. Produk tersebut menyokong pelbagai proses dan aplikasi perindustrian.
Sinopec telah berkhidmat dalam pasaran pemangkin antarabangsa selama lebih 20 tahun dengan menggabungkan penawaran produk dan perkhidmatan teknikal kepada pelanggan di lebih 40 negara dan wilayah merentasi Asia, Afrika, Eropah dan benua Amerika. Antara 2021 hingga 2025, syarikat mengeksport 14 jenis pemangkin buat kali pertama, termasuk pemangkin yang digunakan dalam proses penyahhidrogenan propana, pengisomeran xilena dan pembentukan semula bermangkin secara berterusan. Syarikat turut menambah 13 destinasi eksport, termasuk Kanada, United Kingdom dan Argentina.
Perniagaan pemangkin syarikat telah menjalin kerjasama perdagangan dengan lebih 30 negara yang menyertai Inisiatif Jalur dan Jalan. Produk dan sokongan teknikalnya membantu pelanggan menaik taraf proses penapisan dan meningkatkan kualiti bahan api, sekali gus menyumbang kepada pembangunan industri penapisan dan kimia tempatan.
Persidangan pelanggan tersebut merupakan sebahagian daripada usaha Sinopec untuk memperkukuh pertukaran teknikal dan menyelaraskan pembangunan pemangkin dengan keperluan industri. Syarikat merancang untuk terus membangunkan pemangkin berkecekapan tinggi yang menyokong pengeluaran lebih mampan, menambah baik rangkaian perkhidmatan globalnya serta bekerjasama dengan rakan kongsi antarabangsa bagi memperluas penggunaan kemajuan teknologi dalam sektor perindustrian.
Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi SINOPEC.
SOURCE SINOPEC

Share this article