SmallRig Memperkasa Penceritaan Visual untuk Tindakan Iklim menerusi Manifesto Global dan Inisiatif Sokongan Baharu di COP31
ANTALYA, Turki, 23 November 2026 /PRNewswire/ -- Sempena Festival Filem Menangani Perubahan Iklim (HCCFF) ke-10 yang berlangsung di Pavilion China pada Persidangan ke-31 Pihak-Pihak kepada Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim (COP31), SmallRig memperkenalkan "Manifesto Perlindungan Iklim oleh Pencipta Visual di Seluruh Dunia" dan melancarkan "Program Sokongan Filem Iklim Global SmallRig", menyeru para pencipta di seluruh dunia agar memanfaatkan kekuatan penceritaan visual untuk meningkatkan kesedaran dan menggalakkan tindakan terhadap perubahan iklim.
Seruan Global untuk Penceritaan Visual mengenai Iklim
"Manifesto Perlindungan Iklim oleh Pencipta Visual di Seluruh Dunia" dibangunkan susulan kempen libat urus antarabangsa oleh SmallRig yang mengundang pembikin filem, jurugambar, penerbit dokumentari dan pencerita visual dari pelbagai negara dan wilayah untuk berkongsi pandangan mereka mengenai perubahan iklim dan perlindungan alam sekitar.
Ketika membentangkan manifesto itu di COP31, LI Dan, wakil Leqi Innovation (SmallRig) dan Setiausaha Agung Bersama HCCFF, menyatakan bahawa tindakan iklim tidak lagi terhad kepada golongan pakar, memandangkan para pencipta di mana-mana sahaja dapat membantu mendekatkan isu iklim kepada masyarakat menerusi penceritaan visual.
Pada acara itu, tiga wakil komuniti pencipta global SmallRig bersama-sama memperkenalkan manifesto berkenaan: juruvideo hidupan liar dari Kanada, Darryl MacDonald, pembikin filem dokumentari Suzanne Aline Merrett serta pembikin filem ekspedisi dan jurugambar yang berpangkalan di United Kingdom, Mohamod Noviur Rahman.
Berteraskan keyakinan dan tindakan bersama, manifesto itu menggariskan lapan prinsip yang menggalakkan para pencipta meningkatkan kesedaran mengenai iklim menerusi penceritaan visual, mengamalkan kaedah produksi mampan, mengurangkan sisa serta mendokumentasikan perubahan alam sekitar dan usaha pemuliharaan.
Dalam perutusan video, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif SmallRig, ZHOU Yang, memberikan penghargaan kepada para pencipta yang telah bertahun-tahun mendokumentasikan hutan, lautan, glasier, hidupan liar dan persekitaran semula jadi yang lain. Beliau menegaskan semula komitmen syarikat untuk menyokong mereka yang memanfaatkan penceritaan visual bagi meningkatkan kesedaran alam sekitar dan mencetuskan perubahan positif.
Menyokong Kisah Iklim daripada Cetusan Idea hingga Terhasilnya Impak
Acara itu turut menyaksikan pelancaran "Manifesto Perlindungan Iklim oleh Pencipta Visual di Seluruh Dunia", yang diperkenalkan bersama oleh pelakon China, ZHANG Songwen, Duta HCCFF, dan wakil SmallRig.
Program ini dirangka untuk menyokong produksi berkaitan iklim sepanjang proses kreatif. Program ini akan menyediakan sumber dalam empat bidang utama: peralatan dan sokongan teknikal, peluang kerjasama profesional, amalan produksi rendah karbon serta saluran pengedaran dan pameran.
Keutamaan akan diberikan kepada projek yang memfokuskan perubahan iklim, biodiversiti, perlindungan alam sekitar, peralihan tenaga serta hubungan antara manusia dengan alam semula jadi. Program ini akan menyediakan sokongan yang disesuaikan mengikut keperluan projek, dengan projek diperoleh menerusi pelawaan terbuka, cadangan industri dan karya yang mendapat pengiktirafan HCCFF.
Memandangkan perubahan iklim kekal sebagai salah satu cabaran utama yang mencorakkan zaman kita, SmallRig percaya bahawa teknologi, dasar dan penyertaan masyarakat perlu bergerak seiring untuk memacu kemajuan yang bermakna. Menerusi "Manifesto Perlindungan Iklim oleh Pencipta Visual di Seluruh Dunia" dan "Program Sokongan Filem Iklim Global SmallRig", syarikat berhasrat membantu lebih ramai pencipta mendokumentasikan kisah penting, memperkukuh suara pelbagai pihak dan mendekatkan isu iklim kepada khalayak di seluruh dunia.
Untuk maklumat lanjut, layari www.smallrig.com.
SOURCE SmallRig



Share this article