Sungrow Perkasa Battery Energy Storage System Berskala Besar di Kemboja dengan Keupayaan Black Start
TAKMAO, Kemboja, 1 Oktober 2026 /PRNewswire/ -- Sungrow, penyedia global terkemuka bagi penyongsang PV dan sistem storan tenaga, hari ini mengumumkan kejayaan penyambungan ke grid dan penyelesaian ujian penerimaan penuh bagi Projek Stesen Cambodia EDC Kandal Stueng (GS79), sebuah Battery Energy Storage System (BESS) berkapasiti 108.4 MW/215.6 MWh di Takmao, Wilayah Kandal. Projek ini mengaplikasikan teknologi grid-forming dalam aplikasi utiliti berskala besar, sekali gus menyokong kestabilan grid, keupayaan black start, serta penyelarasan dengan penjanaan tenaga hidro dan terma.
Keupayaan Grid-Forming Menyokong Pelbagai Fungsi Grid Restoration
Projek ini memainkan peranan penting dalam menyokong kestabilan voltan dan frekuensi pada titik-titik utama dalam central power grid Kemboja, termasuk koridor penghantaran yang mengimport tenaga elektrik dari Vietnam. Keupayaan grid-forming projek ini telah diuji menerusi beberapa senario system restoration yang mencabar, menunjukkan peranan aktif BESS dalam menyokong sistem kuasa.
Sorotan utama termasuk:
- Large-scale black start capability: Sebanyak 516 unit grid-forming PCS berjaya membekalkan tenaga kepada keseluruhan loji bermula daripada keadaan voltan sifar, sekali gus membentuk dan mengekalkan voltan serta frekuensi yang stabil di seluruh sistem.
- Pemulihan rangkaian penghantaran sepanjang 240 km: Sistem ini menyokong step-by-step restoration bagi kira-kira 240 km transmission lines dan lima substations, sambil mengekalkan operasi sistem yang stabil sepanjang proses tersebut.
- Sokongan kepada pelbagai sumber penjanaan: Sistem ini menyokong start-up dan synchronisation Kamchay Hydropower Plant berkapasiti 60 MW, sebelum rangkaian yang dipulihkan dikendalikan bersama CIIDG 135 MW Coal-fired Power Plant, BESS dan beban.
- Operasi stabil dalam keadaan grid yang mencabar: Sepanjang proses pemulihan, sistem kekal stabil ketika melaksanakan lima proses transformer energisation, termasuk sebuah transformer berkapasiti sehingga 100 MVA. Sistem ini turut mengekalkan kestabilan ketika synchronisation sumber kuasa dengan perbezaan sudut fasa sehingga 15 darjah, menunjukkan keupayaannya mengendalikan keadaan mencabar semasa system restoration.
- Operasi island mode selama 3.5 jam: Sistem ini beroperasi secara bebas selama 3.5 jam, menunjukkan keupayaan BESS untuk terus menyokong rangkaian tempatan apabila terpisah daripada grid utama.
- Seamless transition: Projek ini berjaya melaksanakan tiga peralihan antara grid-connected operation dan island mode operation, dengan sisihan voltan dikekalkan di bawah 2% dan transient frequency deviation dalam lingkungan 0.15 Hz semasa pemisahan daripada grid.
"Projek ini menunjukkan bahawa nilai teknologi grid-forming energy storage jauh melangkaui fungsi penyimpanan tenaga elektrik semata-mata. Apabila sistem kuasa berdepan gangguan atau kehilangan sokongan grid konvensional, teknologi grid-forming boleh membantu membentuk dan mengekalkan voltan serta frekuensi yang stabil, menyokong system restoration dan memastikan grid terus beroperasi secara stabil dan boleh dipercayai," kata Michael Ruan, Pengarah Serantau Sungrow Asia Tenggara dan Asia Selatan. "Melalui projek seperti ini, Sungrow membantu menjadikan energy storage sebagai aset sokongan grid yang lebih aktif, di samping membawa teknologi grid-forming yang terbukti kepada sistem kuasa Asia Tenggara yang sedang berkembang."
Mengurangkan Risiko Teknikal dan Memastikan Pelaksanaan Tepat pada Masanya
Berhadapan dengan protokol ujian yang ketat, senario sistem kuasa yang kompleks, jadual pembinaan yang dipercepatkan serta keadaan kerja pada musim hujan dengan suhu persekitaran sehingga 40°C, pasukan rentas fungsi Sungrow yang terdiri daripada pasukan prajualan, project delivery serta penyelidikan dan pembangunan (R&D) bekerjasama rapat bagi memastikan pelaksanaan projek berjalan lancar.
- Pentauliahan dan pengujian (Commissioning and Testing) dalam tempoh 20 hari: Pasukan tapak bekerja dalam keadaan panas dan lembap selama dua bulan berturut-turut, serta menyelesaikan hot commissioning dan tiga pusingan performance testing dalam tempoh 20 hari bagi memastikan penyambungan ke grid dapat dilaksanakan mengikut jadual.
- Penyelesaian perkhidmatan end-to-end: Sungrow menyediakan perkhidmatan sehenti sepanjang kitar hayat projek, merangkumi integrated energy storage and monitoring system design, sokongan berkaitan EPC, reka bentuk peralatan, pentauliahan serta perkhidmatan operation and maintenance (O&M). Pendekatan ini membantu pelanggan memenuhi keperluan khusus grid sambil mengurangkan beban pengurusan.
Ketika Asia Tenggara meneruskan energy transition, Sungrow akan terus membawa teknologi dan penyelesaian energy storage yang terbukti ke rantau ini bagi membantu pelanggan membangunkan infrastruktur kuasa yang lebih stabil, boleh dipercayai dan mampan.
HUBUNGI: Luly Wang, [email protected]
SOURCE Sungrow Power
Share this article