Syarikat Peneraju AI Fizikal Agile Robots Meraih AS$500 Juta dalam Pembiayaan Siri F pada Penilaian US$8.5 Bilion bagi Mempercepat Pertumbuhan Global
MUNICH, 17 November 2026 /PRNewswire/ -- Agile Robots, syarikat AI Fizikal yang berpangkalan di Munich, telah menutup pusingan pembiayaan Siri F dengan meraih US$500 juta pada penilaian US$8.5 bilion. Pusingan yang diterajui SoftBank Group itu, dengan penyertaan NVIDIA, Hitachi Group (Hitachi dan Hitachi Ventures), T.Capital serta pihak lain, menjadikan jumlah keseluruhan modal yang dilaburkan dalam syarikat tersebut sebanyak US$2 bilion.
Agile Robots membangunkan dan menggunakan AI Fizikal — robot humanoid dan robot mudah alih, lengan dan tangan robotik, serta perisian dan model AI yang menggerakkannya — bagi membantu pelanggan industri mengautomasikan tugas yang secara tradisinya bergantung pada ketangkasan dan pertimbangan manusia.
"AI Fizikal akan mengubah cara dunia membina, mengangkut dan menghasilkan barangan secara asas," kata Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas, Dr. Zhaopeng Chen. "Kami membawa AI Fizikal keluar dari makmal dan ke dalam pengeluaran perindustrian, merangkumi logistik, automotif, elektronik dan pembuatan. Pembiayaan ini membolehkan kami mempercepat pengembangan global, mengukuhkan kehadiran di pasaran utama dan meningkatkan kapasiti pengeluaran."
Membina kapasiti dan mengukuhkan kedudukan di pasaran strategik
Agile Robots merancang untuk mengukuhkan kehadirannya di Amerika Syarikat dan mempercepat pembangunan aplikasi robotik yang inovatif. Bagi meningkatkan kapasiti di Jerman, syarikat membuka tapak pengeluaran baharu pada awal 2026 di Fürstenfeldbruck, berhampiran Munich, yang berupaya menghasilkan sehingga 10,000 robot humanoid berkaki dan beroda setiap tahun.
"Kami percaya AI Fizikal akan mentransformasikan industri. Agile Robots menggabungkan kepakaran robotik yang mendalam dengan keupayaan melaksanakan operasi pada skala perindustrian, sekali gus membolehkannya membawa AI Fizikal ke dalam operasi harian," kata Dennis Chang, Rakan Kongsi Pengurusan di SoftBank Investment Advisers.
Memanfaatkan asas 20,000 penyelesaian robotik industri yang telah digunakan
Ditubuhkan pada 2018 sebagai syarikat terbitan daripada Pusat Aeroangkasa Jerman (DLR), Agile Robots telah menggunakan 20,000 penyelesaian robotik industri untuk pelanggan dalam sektor automotif, elektronik pengguna, logistik dan industri lain. Syarikat mempunyai lebih 2,000 pakar R&D serta lebih 650 paten. Anak syarikatnya termasuk Franka Robotics, platform penyelidikan robotik AI, dan Krause Automation, pakar pelaksanaan industri yang baru-baru ini diambil alih daripada thyssenkrupp AG.
Latar Belakang Agile Robots
Agile Robots ialah penyedia terkemuka penyelesaian robotik berkuasa AI kepada pelanggan dalam sektor automotif, elektronik pengguna, penjagaan kesihatan dan perkhidmatan. Syarikat menggaji lebih 3,500 orang daripada hampir 60 negara. Bersama-sama anak syarikatnya, BÄR Automation, Franka Robotics, Idealworks dan Krause Automation, syarikat merangkumi semua bidang robotik dipacu AI.
Agile Robots
[email protected]
SOURCE Agile Robots


Share this article