Taobao Memperkenalkan Enam Pengalaman Baharu yang Dipertingkat untuk Pengguna Rentas Sempadan
KUALA LUMPUR, Malaysia, 15 Oktober 2026 /PRNewswire/ -- Taobao Tmall World ("Taobao") hari ini mengumumkan peningkatan menyeluruh pengalaman beli-belah rentas sempadannya, dengan memperluaskan akses langsung kepada pengguna seluruh dunia untuk meneroka kedai dan produk terpilih dari China yang terkenal untuk kualiti, keunikan dan keaslian. Taobao mengenal pasti perubahan dalam permintaan rentas sempadan terhadap barangan China, daripada pencarian "harga rendah" kepada keutamaan terhadap "keunikan" dan "kualiti". Bagi memenuhi keperluan yang semakin berkembang ini, Taobao memanfaatkan katalognya yang merangkumi lebih 3 bilion produk yang tersedia untuk pembelian rentas sempadan, serta rangkaian logistik rasminya yang dipercayai.
Dari segi penawaran, Taobao menggabungkan kecerdasan buatan (AI) dengan pemilihan oleh pakar berdasarkan empat kriteria iaitu Kualiti, Keunikan, Daya Saing Harga dan Perkhidmatan untuk membangunkan "Sistem Penawaran Terpilih Taobao" (Taobao Curated Supply System). Sistem ini mengenal pasti secara sistematik kedai dan produk yang unik serta berkualiti, sebelum mengesyorkan secara berterusan kepada pembeli rentas sempadan.
Bermula dengan Jualan Double 11, Taobao bekerjasama dengan pelakon popular Zhang Linghe untuk memperkenalkan kepada pembeli rentas sempadan di seluruh dunia enam pengalaman jenama "Everything and Anything" yang diperbaharui melalui peningkatan menyeluruh: KUALITI (QUALITY), CITARASA (TASTE), GAYA HIDUP (LIFESTYLE), TREND TERKINI (TRENDY), PINTAR (SMART) dan KEJUTAN (SURPRISE). Langkah tersebut membawa e-dagang rentas sempadan daripada kaedah tradisional yang berasaskan carian dalam katalog produk kepada era baharu membeli-belah yang dipacu oleh penemuan.
Permintaan Global terhadap Jenama Asal China Terus Meningkat
Menunggang Gelombang "Kualiti dan Keunikan", Taobao Memperkenalkan Enam Pengalaman Pengguna Baharu
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, produk dan kandungan asli China, termasuk mainan berkonsep rekaan (designer toys), drama, animasi dan permainan, telah menarik minat khalayak di seluruh dunia. Ramai pelancong antarabangsa termasuk dari Malaysia, menggunakan aplikasi Taobao sebaik sahaja tiba di China untuk membeli barangan unik dan menghantarnya terus ke hotel penginapan mereka. Permintaan untuk menemukan "jenama dan produk asli China" yang unik serta sukar didapati di pasaran tempatan terus meningkat dalam pelbagai bentuk.
Ramai pelancong antarabangsa, termasuk pelancong Malaysia, menggunakan aplikasi Taobao sebaik sahaja tiba di China untuk membeli produk unik dan menghantarnya terus ke hotel penginapan mereka.
Taobao turut melihat perubahan ketara dalam pilihan membeli-belah rentas sempadan, daripada pembelian yang didorong oleh harga kepada pembelian yang mengutamakan kualiti, keunikan dan cita rasa peribadi. Semasa Jualan Double 11 pada 2025, bilangan pengguna rentas sempadan yang memilih barangan berharga lebih tinggi meningkat dengan ketara, manakala bilangan pembeli bernilai tinggi, iaitu mereka yang berbelanja melebihi RM300 bagi setiap pesanan, meningkat sebanyak 10% berbanding tahun sebelumnya.
Data ini menunjukkan bahawa pengguna rentas sempadan kini melangkaui pertimbangan asas tentang ketersediaan dan kemampuan harga, dengan menetapkan standard yang lebih tinggi: "membeli barangan berkualiti dan memilih keunikan".
Ye Tian, Pengurus Besar Taobao Tmall World, berkata: "Nilai teras Taobao berpaksikan katalog rentas sempadan yang merangkumi lebih 3 bilion produk berkualiti pada harga yang kompetitif, diperkukuh oleh logistik rentas sempadan yang dipercayai serta perkhidmatan yang disesuaikan dengan keperluan setiap pasaran, yang telah kami bangunkan secara berterusan. Ekosistem ini membolehkan pengguna rentas sempadan memenuhi pelbagai keperluan gaya hidup dan menzahirkan gaya peribadi melalui pembelian mereka,"
"Bagi memenuhi jangkaan pengguna yang terus berkembang, tahun ini kami memperkenalkan peningkatan menyeluruh yang merangkumi enam pengalaman pengguna yang diperbaharui. Ini meliputi sistem penawaran terpilih yang dibangunkan berdasarkan empat kriteria, iaitu kualiti, keunikan, daya saing harga dan perkhidmatan; penambahbaikan ciri dalam aplikasi; antara muka pengguna yang direka semula untuk pembeli rentas sempadan; serta peningkatan logistik rentas sempadan. Setiap titik interaksi utama sepanjang perjalanan membeli-belah rentas sempadan telah diperbaharui. Kami menjemput pengguna di seluruh dunia untuk membuka aplikasi Taobao sekarang dan merasai sendiri keseronokan membeli-belah yang dipacu oleh penemuan menerusi 'Everything and Anything'."menambah beliau.
Seiring dengan trend global ini, Taobao memperkukuh nilai jenama "Everything and Anything" di seluruh dunia untuk memenuhi keperluan pengguna di setiap pasaran terhadap penerokaan dan penemuan harian yang lebih diperibadikan serta menyeronokkan. Enam pengalaman pengguna yang diperbaharui tersebut ialah:
- KUALITI (QUALITY): Nikmati Kualiti yang Dipercayai di Taobao.
- CITA RASA (TASTE): Pilih Rekaan Bergaya di Taobao.
- GAYA HIDUP (LIFESTYLE): Terokai Kepelbagaian Gaya Hidup di Taobao.
- TREND TERKINI (TRENDY): Ikuti Trend Tular di Taobao.
- PINTAR (SMART): Beralih kepada Kehidupan yang Lebih Pintar dengan Taobao.
- KEJUTAN (SURPRISE): Temui Barangan di Luar Jangkaan di Taobao.
Lebih Daripada Pilihan, Nilai dan Perkhidmatan Setempat: Temui Produk Eksklusif di Taobao
Sistem Bekalan Terpilih Baharu Membawa Kedai Ikonik China ke Peringkat Global
Kekuatan Taobao dalam menawarkan pilihan produk disokong oleh rantaian bekalan pembuatan China yang menyeluruh dan tangkas, serta ekosistem peniaganya yang dinamik. Pengguna rentas sempadan kini boleh membeli lebih 3 bilion produk di Taobao, merangkumi pakaian dan aksesori, kelengkapan rumah dan perabot, elektronik pintar, barangan haiwan peliharaan, mainan berkonsep rekaan, barangan sukan dan aktiviti luar, serta pelbagai kategori lain. Pilihan ini memenuhi keperluan harian, di samping menyokong minat khusus dan trend yang berubah pantas. Inilah janji "Everything and Anything" Taobao: apa sahaja yang anda perlukan, sentiasa dalam jangkauan.
Melalui peningkatan pengalaman jenama ini, Taobao terus memperkukuh penawaran kedai dan produk yang unik, sekali gus memudahkan pengguna rentas sempadan menemukan kedai dari China yang menawarkan produk berkualiti dengan rekaan yang menarik. Berasaskan kepelbagaian pilihan, kecekapan dan kelebihan harga sedia ada, Taobao menerapkan empat kriterianya, kualiti, keunikan, daya saing harga dan perkhidmatan, serta menggabungkan pemilihan berasaskan AI dengan kepakaran manusia untuk membangunkan rangka kerja pemilihan yang sistematik.
Daripada katalognya yang luas, Taobao telah mengenal pasti lebih 4,000 kedai jenama asli dan 6 juta produk terpilih, sekali gus menyediakan pilihan produk yang unik untuk pembeli rentas sempadan. Melalui kemas kini dinamik dan cadangan berterusan, pengguna hanya perlu membuka aplikasi Taobao untuk terus menemukan barangan berkualiti, trend baharu dan produk unik yang jarang ditemui di pasaran tempatan mereka.
Daripada Carian Produk kepada Keterujaan Menemui Sesuatu yang Baharu
Taobao turut terus menambah baik rangkaian pembantu membeli-belah AInya, termasuk AI Try-On untuk mencuba pakaian secara maya, AI Virtual Makeup untuk mencuba solekan secara maya, AR Room Placement untuk melihat penempatan perabot dalam ruang menggunakan realiti terimbuh, Voice-Search-by-Hold untuk carian suara dengan menekan dan menahan butang, serta AI Pet Care Guides untuk panduan penjagaan haiwan peliharaan.
Alat ini membantu pengguna menilai kesesuaian saiz, padanan antara barangan dan gambaran perabot bersaiz besar dalam ruang mereka, sekali gus memudahkan pembelian kategori tertentu secara dalam talian. Taobao juga akan memperkenalkan lebih 30 Pakar Gaya Hidup AI yang merangkumi topik seperti penggayaan dan pembuatan kek serta pastri. Melalui perbualan mendalam, pakar AI ini membantu pengguna mengenal pasti keperluan sebenar mereka dan mengurangkan kekeliruan akibat terlalu banyak pilihan, supaya mereka dapat menemukan produk yang lebih menepati keperluan daripada katalog yang luas.
Logistik Rasmi Taobao: Peningkatan Menyeluruh untuk Penghantaran Global yang Lebih Lancar
Penghantaran Tepat Masa dengan Pampasan Kehilangan atau Kerosakan • Kadar Penghantaran Tetap untuk Barangan Bersaiz Besar • Pengalaman Pemulangan Tempatan yang Lebih Mudah
Sejak 2016, Taobao terus melabur dalam infrastruktur rentas sempadan, sehingga membentuk rangkaian penghantaran terus yang meliputi 20 pasaran menjelang 2025, dengan penghantaran percuma diperkenalkan di pasaran terpilih. Tahun ini, Logistik Rasmi Taobao melangkah setapak lagi dengan mempertingkat pengalaman pengguna melalui tiga tonggak utama iaitu JAMINAN (GUARANTEE), KEMUDAHAN (CONVENIENCE) dan KEYAKINAN (ASSURANCE) bagi memastikan perjalanan membeli-belah rentas sempadan yang lebih dipercayai dan boleh dijangka.
- JAMINAN (GUARANTEE): Logistik Rasmi Taobao memberikan pengguna rentas sempadan kepastian dalam dua aspek utama, iaitu kos yang telus dan tempoh penghantaran yang konsisten. Bergantung pada keadaan pasaran, Taobao menawarkan komitmen penghantaran mengikut tempoh, seperti pilihan 1, 3 dan 6 hari, supaya barangan istimewa Taobao tiba pada tarikh yang dijadualkan dengan kos penghantaran yang dipersetujui.
- KEMUDAHAN (CONVENIENCE): Logistik rentas sempadan yang lebih mudah dan dalam jangkauan, melalui penghantaran terus dengan satu sentuhan, penjejakan bungkusan dari awal hingga akhir, serta penghantaran terus pada kadar tetap untuk barangan besar di 10 pasaran seluruh dunia. Singapura telah mencapai satu pencapaian penting dengan menawarkan penghantaran percuma untuk perabot besar, sekali gus memudahkan lebih ramai pengguna memanfaatkan logistik rentas sempadan.
- KEYAKINAN (ASSURANCE): Taobao menjanjikan pampasan bagi sebarang bungkusan yang hilang atau rosak, disokong oleh khidmat pelanggan platform berpusat yang membantu pengguna sepanjang proses tersebut. Perkhidmatan Pemulangan Tempatan turut dipertingkat di 13 pasaran, membolehkan lebih ramai pengguna rentas sempadan memulangkan barangan dengan mudah di lokasi berdekatan.
SOURCE Taobao Tmall World
Share this article