Telecom Review Group Mempercepat Perjalanan ke Arah GCC 10 Giga dengan U6GHz
DUBAI, EMIRIAH ARAB BERSATU, 11 November 2026 /PRNewswire/ -- Pada edisi ke-20 Sidang Kemuncak Pemimpin Telecom Review yang berlangsung pada 20–21 Oktober 2026 di Ritz-Carlton, Dubai Jumeirah Beach Residence, para pemimpin industri meneliti bagaimana spektrum jalur 6 GHz atas (U6GHz) dan 5G-Advanced dapat mempercepat perjalanan negara-negara Majlis Kerjasama Teluk (GCC) ke arah ketersambungan 10 Gbps.
Panel yang dikendalikan oleh Issam Eid, Ketua Pegawai Pemasaran Kumpulan dan Rakan Kongsi Telecom Review Group, menghimpunkan Dr. Bilel Jamoussi, Timbalan Pengarah Biro Penyeragaman Telekomunikasi ITU dan Ketua Jabatan Kumpulan Kajian dan Dasar (SPD); Jawad Abbassi, Ketua bagi Timur Tengah dan Afrika Utara (MENA), GSMA; Eng. Saif Bin Ghalita, Pengarah Eksekutif Hal Ehwal Pembangunan Teknologi, TDRA; Dr. Mahmoud Sherif, Ketua Inovasi dan Pembangunan Perniagaan Teknikal, du; Dr. Ayman Elnashar, Naib Presiden Strategi Teknologi, Seni Bina dan Inovasi, etisalat; Steven Liu, Naib Presiden Pemasaran ICT dan Jualan Penyelesaian, Huawei Timur Tengah dan Asia Tengah; serta Omar Samman, Ketua Rangkaian – Teluk, Ericsson.
Dasar Spektrum Menjadi Asas
Kemajuan Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam pelaksanaan komersial U6GHz mencerminkan kepentingan dasar spektrum yang berpandangan jauh serta penyelarasan kawal selia. Ir. Bin Ghalita menggariskan pelan hala tuju spektrum negara itu, termasuk peruntukan 500 MHz dalam jalur 6 GHz untuk Wi-Fi dalaman pada 2020 dan penetapan 700 MHz yang merangkumi 6.425–7.125 GHz bagi Telekomunikasi Mudah Alih Antarabangsa (IMT) dalam Pelan Frekuensi Kebangsaan 2024.
Langkah tersebut membantu membuka laluan kepada pelaksanaan komersial U6GHz oleh etisalat dan du. "Bagi pelancaran komersial U6GHz, saya khususnya ingin memberikan penghargaan kepada Huawei, yang telah menjalin kerjasama dengan UAE selama lebih 25 tahun. Huawei sentiasa menunaikan komitmennya," kata Eng. Bin Ghalita. "Kerjasama seperti inilah yang menterjemahkan misi kami kepada kemajuan yang nyata."
Pihak pengawal selia juga perlu menangani keserasian peranti dan penyelarasan gangguan isyarat.
"Tugas pengawal selia tidak berakhir apabila spektrum diperuntukkan; tugas itu berterusan sehingga pelaburan dan kerjasama tersebut menghasilkan pengalaman yang lebih baik untuk masyarakat," ujar Eng. Bin Ghalita.
GSMA telah mengetengahkan peningkatan sokongan antarabangsa terhadap U6GHz, dengan negara-negara yang mewakili lebih 80% penduduk dunia kini menyokong penggunaan jalur itu untuk perkhidmatan mudah alih dan lebih 60 pemain ekosistem mudah alih menyokong pelaksanaan secara besar-besaran. Bagi memajukan perjalanan industri ke arah 6G, Abbassi menekankan kepentingan memperluas penggunaan spektrum sambil mengiktiraf dan membuktikan nilai ekonomi lebih luas daripada pelaksanaan U6GHz berlesen.
"Pendekatan berlesen memberikan manfaat ekonomi tujuh kali ganda berbanding mengekalkan jalur itu sebagai spektrum tidak berlesen," jelas Abbassi.
Dr. Jamoussi memberi amaran bahawa pendekatan kebangsaan yang berbeza-beza boleh memecahbelahkan ekosistem peranti dan rangkaian, sekali gus meningkatkan kos. "Penyelarasan antarabangsa amat penting untuk menjadikan ketersambungan termaju lebih mampu milik dan saling kendali," katanya.
Menterjemahkan Potensi 10 Gbps kepada Prestasi Sebenar
Lebar jalur ultra luas U6GHz membolehkan peningkatan ketara dalam kadar data puncak, dengan du melaporkan kadar data puncak 10 Gbps dalam demonstrasi 5G-Advanced yang menggabungkan spektrum U6GHz dan Sub-3 GHz. Dr. Sherif menyifatkan pencapaian itu sebagai satu peristiwa penting bagi ekosistem telekomunikasi UAE yang lebih luas.
"Pencapaian ini amat penting memandangkan peranan 5G-Advanced sebagai penghubung antara 5G dengan 6G. Terdapat begitu banyak pengajaran utama yang boleh kami nilai ketika berusaha menuju pengkomersialan 6G," tegas Dr. Sherif.
Steven Liu mengenal pasti akses tanpa wayar tetap (FWA), jalur lebar mudah alih dan perkhidmatan dipacu AI sebagai bidang aplikasi yang berpotensi. Beliau menekankan bagaimana lebar jalur ultra luas U6GHz menyokong jalur lebar rumah berkelajuan lebih tinggi dan aplikasi mudah alih yang memerlukan kapasiti tinggi, walaupun prestasi sebenar bergantung pada konfigurasi rangkaian dan keadaan pelaksanaan. Steven Liu menegaskan bahawa industri boleh "membawa tahap baharu perkhidmatan inovatif dan pengalaman pengguna akhir yang unggul ke pasaran melalui U6GHz."
Dr. Elnashar mengetengahkan penawaran perusahaan baharu dan aplikasi pengguna yang dipacu AI. "Ini merupakan perjalanan yang kami mulakan dua atau tiga tahun lalu dengan prototaip pertama U6GHz di UAE," katanya. "Susulan percubaan yang menunjukkan kelajuan pautan turun dan pautan naik 10 Gbps, saya percaya kami buat pertama kalinya sedang merapatkan jurang antara teknologi tanpa wayar dengan gentian optik."
Omar Samman menekankan peningkatan permintaan terhadap pautan naik dan kependaman rendah daripada aplikasi AI. "Pertumbuhan pautan naik bukan lagi ramalan; ia sudah pun berlaku," katanya sambil menyentuh peranan perisian rangkaian akses radio berdayakan AI dan perancangan kawasan perkhidmatan yang dikemas kini.
Membuka Laluan ke Arah Evolusi 6G
Selepas sesi panel, Allen Tang, Presiden Pemasaran dan Jualan Penyelesaian Rangkaian Tanpa Wayar dan Rangkaian Teras Awan Huawei, serta Toni Eid, Pengasas Telecom Review Group dan Ketua Pegawai Eksekutif Trace Media International, menyertai ahli panel untuk menandakan secara rasmi pelancaran komersial U6GHz yang pertama di dunia dalam satu majlis eksklusif. Acara itu menyerlahkan kemajuan UAE dalam membawa teknologi tersebut daripada perancangan spektrum kepada pelaksanaan komersial.
Pencapaian itu menegaskan cita-cita rantau tersebut untuk mempercepat peralihan ke arah masyarakat 10 Gbps. Namun begitu, untuk merealisasikan wawasan tersebut, infrastruktur bersepadu, piawaian yang diselaraskan, kesiapsiagaan peranti dan pelaburan mampan diperlukan. Faktor-faktor ini akan menentukan sejauh mana GCC dapat menterjemahkan potensi U6GHz kepada ketersambungan sebenar serta menyokong peralihan kepada 6G.
SOURCE Telecom Review Group


Share this article