Tenaga Bersih untuk Semua: BLUETTI dan UN-Habitat Perluas Tindakan Bersama ke Nigeria
ABUJA, Nigeria, 14 September 2026 /PRNewswire/ -- Syarikat tenaga bersih global BLUETTI dan Program Penempatan Manusia Bangsa-Bangsa Bersatu (UN-Habitat) melaksanakan inisiatif bersama kedua mereka di bawah program 'Lighting An African Family (LAAF)' BLUETTI yang sedang berlangsung di Benue State, Nigeria, dari 7 hingga 10 September. Inisiatif itu menyusuli kerjasama pertama mereka di Kenya pada 2025 dan meneruskan misi LAAF untuk menyokong komuniti yang kurang mendapat perkhidmatan di seluruh Afrika menerusi penyelesaian tenaga bersih.
Sebagai sebahagian daripada inisiatif ini, bengkel tenaga solar selama dua hari di Rev. Fr. Orshio Adasu University Makurdi merangkumi konsep asas tenaga solar dan aplikasi praktikal. BLUETTI menyumbangkan 50 PB200 Solar Lighting and Storage Kits untuk pembelajaran secara praktikal serta melancarkan Campus Ambassador Programme (Program Duta Kampus) bagi mempromosikan kesedaran mengenai tenaga bersih di seluruh kampus dan komuniti sekitarnya.
Inisiatif ini diperluas ke Yelwata, sebuah komuniti di Kawasan Kerajaan Tempatan Guma yang masih mempunyai akses amat terhad kepada bekalan elektrik yang boleh dipercayai. BLUETTI menyumbangkan 180 kit tambahan kepada isi rumah yang diketuai wanita atau warga emas, yang memberi manfaat kepada lebih 1,000 penduduk. Menerusi usaha ini, BLUETTI membantu keluarga memperoleh akses kepada bekalan elektrik yang lebih selamat dan boleh dipercayai untuk keperluan harian, meningkatkan keadaan asas kehidupan di samping membuka lebih banyak peluang untuk pendidikan, komunikasi dan pembangunan komuniti.
"Adalah satu penghormatan untuk sekali lagi berganding bahu dengan UN-Habitat. Inisiatif ini telah berkembang dari Afrika Timur ke Afrika Barat, mencerminkan komitmen bersama kami untuk memperluas akses kepada tenaga bersih merentasi lebih banyak komuniti di Afrika," kata James Ray, jurucakap BLUETTI.
Sehingga kini, LAAF telah memberi manfaat kepada lebih 60,000 orang di seluruh Afrika. Melangkah ke hadapan, BLUETTI dan UN-Habitat akan terus memperkukuh perkongsian mereka, membawa penyelesaian tenaga bersih ke lebih banyak negara Afrika dan mewujudkan nilai sosial serta alam sekitar yang lebih luas. Kerjasama berterusan itu dijangka menyumbang kepada pengurangan pelepasan karbon kira-kira 337.5 tan dalam tempoh lima tahun, menyokong komuniti yang lebih berdaya tahan dan pembangunan mampan untuk semua.
Latar Belakang BLUETTI
Sebagai peneraju teknologi dalam tenaga bersih, BLUETTI menyediakan penyelesaian yang boleh dipercayai, daripada sistem sandaran bateri rumah hingga stesen janakuasa mudah alih untuk pengembaraan luar. Dipercayai oleh lebih 3.5 bilion pengguna di lebih 120 negara dan rantau, BLUETTI kekal komited terhadap kemampanan jangka panjang dan inovasi yang bertanggungjawab.
Latar Belakang UN-Habitat
Program Pemenpatan Manusia Bangsa-bangsa Bersatu (UN-Habitat) ialah pusat tumpuan PBB bagi urbanisasi, yang menggalakkan bandar dan komuniti yang mampan dari segi sosial dan alam sekitar serta bekerjasama di peringkat global dengan rakan kongsi untuk memupuk pembangunan yang inklusif dan berdaya tahan, di samping mengurangkan ketidaksamaan, diskriminasi dan kemiskinan.
SOURCE BLUETTI
Share this article