Kerjasama ini menggabungkan kepakaran pembayaran global dan rangkaian pedagang PayerMax dengan infrastruktur pembayaran rentas sempadan Thunes bagi menyokong perniagaan yang sedang berkembang di pasaran antarabangsa.
SINGAPURA, 18 November 2026 /PRNewswire/ -- Thunes, penyedia rangkaian Smart Superhighway untuk pemindahan wang ke seluruh dunia, hari ini mengumumkan bahawa syarikat itu memperkukuh kerjasamanya dengan PayerMax. Syarikat pembayaran global yang beribu pejabat di Singapura itu menawarkan penyelesaian bersepadu bagi pemerolehan pedagang, penyaluran bayaran dan kutipan bayaran untuk membantu perniagaan beroperasi dan berkembang di pasaran antarabangsa. Kerjasama ini mencerminkan usaha berterusan Thunes untuk mengembangkan perniagaannya dalam ekonomi gig dan ekonomi pencipta kandungan yang pesat berkembang, dengan menyediakan infrastruktur pembayaran rentas sempadan yang penting untuk generasi pekerja digital seterusnya.
Berlandaskan kerjasama sedia ada, PayerMax dan Thunes akan memperkukuh kerjasama dalam perkhidmatan pembayaran rentas sempadan. Kedua-dua syarikat akan menghubungkan keupayaan dan rangkaian global masing-masing untuk meningkatkan kecekapan penyaluran bayaran dan memperkukuh hubungan antara rangkaian pembayaran di pasaran antarabangsa. Kerjasama ini menyokong peluasan pesat platform permainan, penstriman langsung dan hiburan sosial terkemuka ke pasaran antarabangsa dengan membolehkan bayaran disalurkan dalam masa nyata terus ke akaun bank tempatan dan dompet mudah alih di Afrika, India, Amerika Latin dan Amerika Syarikat.
Seiring dengan peluasan platform digital ke seluruh dunia, pekerja gig semakin bergantung pada bayaran rentas sempadan yang disalurkan serta-merta. Namun, kaedah penyaluran bayaran antarabangsa konvensional sering mengambil masa beberapa hari untuk menyelesaikan transaksi. Potongan oleh pihak perantara pula sukar dijangka, manakala fi pertukaran mata wang asing kurang telus. Keadaan ini menjejaskan kepercayaan pengguna dan momentum pertumbuhan platform. Dengan ekonomi pencipta kandungan diunjurkan mencecah $323.48 bilion pada tahun 2026, meningkat 26% berbanding tahun sebelumnya, akses kepada pendapatan dalam masa nyata kini penting untuk mengekalkan kesetiaan pengguna terhadap platform. Menerusi kerjasama ini, PayerMax dan Thunes menyasarkan untuk menambah baik perkhidmatan penyaluran bayaran rentas sempadan dengan memanfaatkan kekuatan masing-masing yang saling melengkapi dalam rangkaian pembayaran global, kepakaran pasaran tempatan dan infrastruktur kewangan.
Kerjasama ini akan memberi tumpuan kepada peningkatan kecekapan pembayaran, peluasan jangkauan rangkaian ke lebih banyak pasaran dan kelancaran penyaluran bayaran bagi perniagaan yang beroperasi merentas sempadan, khususnya dalam sektor hiburan digital dan sektor digital lain yang pesat berkembang.
Ketua Komersial Global PayerMax, Winnie Lau, berkata, "Keperluan pembayaran semakin pelbagai apabila perniagaan berkembang ke pasaran global. Di PayerMax, kami terus memberi tumpuan kepada pembangunan perkhidmatan pembayaran yang boleh diharap dan disesuaikan dengan keperluan pasaran tempatan bagi menyokong pertumbuhan pedagang kami di peringkat antarabangsa. Kami menghargai kerjasama dengan Thunes dan berharap dapat terus saling melengkapi dalam penyediaan perkhidmatan penyaluran bayaran rentas sempadan, memperkukuh hubungan antara rangkaian pembayaran global dan membantu pedagang berjaya di seluruh dunia."
Ketua Pegawai Hasil Thunes, Andrew Stewart, menambah, "Ekonomi gig global berkembang pesat, namun pekerjanya masih kerap berdepan kekangan akibat infrastruktur pembayaran rentas sempadan yang lapuk dan perlahan. Hambatan dalam proses pembayaran memberi kesan langsung kepada keupayaan platform untuk mengekalkan pengguna yang menjana pendapatan dan meneruskan pertumbuhan. Kami teruja untuk memperkukuh kerjasama dengan PayerMax. Langkah ini mengukuhkan komitmen Thunes untuk membolehkan pemindahan wang dalam masa nyata bagi ekonomi digital global."
Kedua-dua syarikat meraikan pengukuhan kerjasama mereka di Singapore Fintech Festival, sekali gus menandakan satu lagi pencapaian dalam kerjasama berterusan dan pertumbuhan bersama.
Maklumat tentang Thunes:
Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: https://www.thunes.com/
Maklumat tentang PayerMax
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.payermax.com.

Share this article