Trinasolar Bekalkan Tenaga kepada Projek Solar Bugallon 25 MWp PetroGreen di Filipina
MANILA, Filipina, 22 September 2026 /PRNewswire/ -- Trinasolar, penyedia penyelesaian PV pintar dan storan tenaga global, telah membekalkan 35,350 modul Vertex N 705W dan 710W (NEG21C.20) untuk Loji Janakuasa Solar Bugallon 25 MWp milik PetroGreen Energy Corporation di Pangasinan, sekali gus memperkukuh peranannya dalam menyokong pelaksanaan solar berskala utiliti di Filipina.
Loji Janakuasa Solar Bugallon dibangunkan dan dikendalikan oleh Bugallon Green Energy Corporation, sebuah syarikat projek di bawah Rizal Green Energy Corporation, usaha sama antara PetroGreen dan Taisei Corporation, Jepun.
Baru-baru ini, projek itu menerima sijil pematuhan daripada Energy Regulatory Commission dan memulakan operasi komersial dalam Wholesale Electricity Spot Market (WESM) Filipina pada 5 September 2026. Dibangunkan di bawah Green Energy Auction Program Round 2, projek itu menukar kapasiti yang disokong lelongan kepada penjanaan baharu untuk grid Luzon. Projek berkenaan juga dijangka menjana kira-kira 51 GWh tenaga elektrik setiap tahun, sekali gus mengimbangi kira-kira 36,000 tan metrik emisi karbon dioksida setiap tahun.
Modul yang dibekalkan untuk Bugallon ialah modul dwimuka dwikaca Vertex N i-TOPCon jenis-n 705W dan 710W daripada Trinasolar. Pekali suhu kuasa modul sebanyak −0.29% bagi setiap darjah Celsius serta ketahanannya terhadap persekitaran bersuhu dan berkelembapan tinggi menyokong prestasi jangka panjang dalam keadaan operasi tropika Filipina.
Projek itu melanjutkan kerjasama antara Trinasolar dan PetroGreen yang bermula sejak 2015. Projek solar berskala utiliti terdahulu termasuk projek Tarlac-2 20 MWp, projek Dagohoy 27 MWp di Bohol dan projek Limbauan 40 MWp di Isabela.
Maria Victoria M. Olivar, Naib Presiden Kanan Pembangunan Perniagaan dan Operasi Komersial di PetroGreen Energy Corporation, berkata, "Setiap projek telah memperkukuh cara PetroGreen dan Trinasolar bekerjasama. Daripada Dagohoy dan Limbauan hingga Bugallon, Trinasolar telah menyokong kami dengan teknologi modul terkini, bekalan yang boleh dipercayai serta kesinambungan yang diperlukan untuk memajukan portfolio yang semakin berkembang. Konsistensi itu penting ketika PetroGreen membawa lebih banyak kapasiti solar berskala utiliti untuk beroperasi di seluruh Filipina."
Elva Wang, Pengarah Kumpulan bagi Asia Tenggara di Trinasolar, berkata, "Sejak Trinasolar memasuki Filipina pada 2013, Trinasolar telah berkembang bersama pasaran dan rakan kongsi yang sekian lama menjalin kerjasama seperti PetroGreen. Loji Janakuasa Solar Bugallon menandakan satu lagi langkah penting ke arah mencapai sasaran Filipina untuk bahagian tenaga boleh baharu sebanyak 35% dalam campuran penjanaan tenaganya menjelang 2030. Kami bersyukur dapat menjadi sebahagian daripada kemajuan ini bersama rakan kongsi yang amat bernilai seperti PetroGreen sambil kami terus menyediakan penyelesaian solar dan storan tenaga terkini bagi menyokong keperluan tenaga negara yang terus berkembang."
SOURCE Trina Solar Energy Development Pte. Ltd.
Share this article