ViaBTC Bakal Ketengahkan Kepakaran Perlombongan Selama Sedekad dan Pengurusan Aset Sehenti di Blockchain Life 2026
DUBAI, UAE, 27 November 2026 /PRNewswire/ -- ViaBTC, sebuah kumpulan perlombongan mata wang kripto terkemuka di dunia, akan menyertai Blockchain Life 2026 pada 1–2 Disember di Festival Arena, Dubai. Susulan pengiktirafannya sebagai "Kumpulan Perlombongan Terbaik Tahun Ini" di Blockchain Life 2025, ViaBTC kembali untuk membincangkan trend industri, infrastruktur kumpulan perlombongan dan pengurusan aset pelombong bersama rakan kongsi global.
Peningkatan kadar cincangan, kos elektrik yang semakin tinggi dan tekanan terhadap hasil BTC terus mencabar para pelombong, meskipun penerimagunaan oleh institusi, kemajuan kawal selia dan perkakasan generasi akan datang sedang membentuk semula sektor ini. Pada 2 Disember, pukul 12:25, Anton Tsarenok, Pengarah Pembangunan Perniagaan ViaBTC, akan menyampaikan ucaptama bertajuk "Keadaan Sebenar Perlombongan pada Tahun 2026", yang meneliti aspek ekonomi perlombongan dan cara kumpulan perlombongan menyokong kecekapan operasi.
"Persaingan perlombongan pada tahun 2026 bukan lagi sekadar mengenai kadar cincangan. Ia turut bergantung pada kecekapan operasi dan pengurusan modal," kata Anton. "Kumpulan perlombongan mesti menyediakan infrastruktur yang boleh dipercayai serta alat praktikal untuk membantu pelombong mengurus pendapatan dan modal kerja."
Sejak Jun 2016, kumpulan perlombongan Bitcoin ViaBTC telah beroperasi selama sepuluh tahun tanpa gangguan dan mengekalkan salah satu kadar blok yatim terendah dalam industri. Nod yang tersebar di seluruh dunia menyokong sambungan berkependaman rendah, manakala pemantauan kadar cincangan dan amaran membantu mengenal pasti masalah dengan segera. Di bawah model PPS+ ViaBTC, pendapatan PPS daripada subsidi blok dikreditkan setiap jam, sekali gus membolehkan pelombong mengakses pendapatan mereka tepat pada masanya.
Selain penyelesaian pembayaran, ViaBTC membantu pelombong mengurus aset dan modal kerja dalam akaun masing-masing. Menerusi Auto Conversion (Penukaran Automatik), baki mata wang kripto yang disokong dan tersedia ditukar kepada BTC atau USDT setiap jam tanpa perlu membuat pindahan secara manual ke bursa luar. Bagi perbelanjaan elektrik atau penyelenggaraan, Collateral-Pledged Loans (Pinjaman Bercagar) ditawarkan bermula daripada 50 USDT dengan pembayaran balik yang fleksibel dan tanpa tarikh matang tetap. Pelombong boleh menebus cagaran setelah prinsipal dan faedah dibayar balik.
Di reruai A22, pasukan ViaBTC akan bertemu dengan pengendali perlombongan, pelanggan institusi, pengeluar perkakasan dan penyedia perkhidmatan pengehosan. Pengunjung boleh meneroka pengurusan subakaun, pautan Watcher dengan akses baca sahaja, pengagihan pendapatan, perkhidmatan institusi yang disesuaikan serta demonstrasi produk. Para peserta dijemput mengunjungi reruai tersebut atau mengatur pertemuan terlebih dahulu menerusi laman web ViaBTC.
Latar Belakang ViaBTC
ViaBTC ialah kumpulan perlombongan pelbagai mata wang kripto yang menyediakan perkhidmatan kepada pelombong di seluruh dunia. Dilancarkan pada tahun 2016, ia mengkhusus dalam perkhidmatan perlombongan Bukti Kerja (Proof-of-Work, PoW) yang selamat, stabil dan cekap, dengan menyokong mata wang kripto PoW utama termasuk BTC, LTC/DOGE, BCH, ZEC dan KAS. ViaBTC telah menyediakan perkhidmatan kepada lebih daripada 2 juta pengguna di lebih 150 negara dan wilayah. Kumpulan perlombongan BTC, perlombongan gabungan LTC/DOGE, BCH dan ZEC miliknya berada dalam kalangan kumpulan perlombongan terkemuka dunia.
HUBUNGI:
Vita Lei
[email protected]
SOURCE ViaBTC


Share this article