VILLAGE GROCER PERLUAS KEHADIRAN DI SELATAN DENGAN PEMBUKAAN CAWANGAN BAHARU DI HORIZON MALL, JOHOR
JOHOR BAHRU, Malaysia, 3 September 2026 /PRNewswire/ -- Village Grocer, rangkaian pasar raya premium terkemuka di Malaysia, hari ini secara rasmi membuka cawangan baharunya di Horizon Mall, yang terletak di bandar raya Iskandar Puteri, Johor yang sedang pesat membangun. Terletak di tengah-tengah zon ekonomi utama Johor dan dikelilingi tarikan terkenal seperti Legoland Malaysia, EduCity dan Puteri Harbour, cawangan baharu ini memenuhi keperluan komuniti yang pesat berkembang, merangkumi keluarga tempatan, ekspatriat serta golongan yang berulang-alik merentasi sempadan.
Sebagai cawangan baharu ketujuh yang dibuka oleh jenama ini pada tahun ini, pembukaan ini mencerminkan strategi perluasan agresif Village Grocer di selatan tanah air, sekali gus membawakan pengalaman membeli-belah premium berteraskan "Passion to Delight" ke salah satu hab gaya hidup paling dinamik dan makmur di rantau ini.
Cawangan baharu ini merupakan antara komponen utama dalam konsep peruncitan Horizon Mall, dengan menawarkan pilihan hasil segar tempatan serta produk import premium yang dipilih dengan teliti. Penduduk dan keluarga di kawasan sekitar kini boleh menikmati akses mudah kepada:
- Pelbagai pilihan buah-buahan dan sayur-sayuran yang diterbangkan masuk setiap hari dari Australia, Amerika Syarikat, Jepun, Korea dan New Zealand, selain hasil tempatan dari Cameron Highlands.
- Pilihan potongan daging berkualiti tinggi serta seksyen makanan laut segar hasil tangkapan harian.
- Produk jenama eksklusif dari Australia (Woolworths), serta seksyen makanan organik dan kesihatan yang lengkap untuk gaya hidup vegan, keto dan bebas gluten.
- Seksyen deli khas yang menawarkan produk bakeri artisan dan pilihan hidangan siap dinikmati.
Pihak pengurusan Horizon Mall berkata, "Sejak hari pertama, visi kami untuk Horizon Mall adalah jelas, iaitu mewujudkan lebih daripada sekadar sebuah pusat runcit, tetapi sebuah destinasi gaya hidup premium yang direka berteraskan gaya hidup moden, kemudahan, cita rasa premium dan hubungan komuniti.
Kami berusaha memilih gabungan penyewa yang mencerminkan aspirasi para pelanggan kami yang mementingkan kualiti. Apabila tiba masanya untuk memilih pasar raya utama kami, kami tahu kami memerlukan rakan niaga yang berkongsi komitmen yang sama terhadap kualiti. Itulah sebabnya Village Grocer merupakan pilihan yang tepat untuk komuniti kami.
Village Grocer merupakan penanda aras sebenar dalam sektor peruncitan barangan runcit premium. Komitmen mereka terhadap hasil segar dari ladang, pilihan makanan organik, pilihan makanan import premium dan perkhidmatan pelanggan bertaraf tinggi selari dengan visi Horizon Mall. Mereka bukan sekadar membawakan makanan ke meja, malah mempertingkatkan gaya hidup harian keluarga, golongan profesional dan penduduk setempat."
Ketua Pegawai Eksekutif The Food Purveyor, Mr. Kok, turut melahirkan keterujaannya terhadap pembukaan cawangan baharu ini, dengan berkata, "Kehadiran Village Grocer dalam ekosistem runcit inovatif Horizon Mall membolehkan kami terus dekat dengan para pengguna. Kami mahu memperkayakan kehidupan harian dengan menjadikan barangan runcit premium lebih mudah diakses dan sebati dengan hab gaya hidup komuniti setempat."
Bersempena pembukaan ini, Village Grocer Horizon Mall menawarkan pelbagai ganjaran eksklusif sempena pembukaan serta tawaran khas untuk ahli BITES dari 3 September hingga 4 Oktober 2026:
- Bumper Bonanza – Promosi sehari sahaja yang menawarkan nilai terbaik kepada pelanggan.
- Hadiah Pembukaan akan berlangsung pada 3, 10, 17 dan 24 September, serta sepanjang tempoh 3 September hingga 4 Oktober. Pelanggan yang berbelanja di Village Grocer Horizon Mall JB sepanjang kempen ini berpeluang menerima hadiah percuma menarik dengan pembelian. Tertakluk kepada stok dan terma serta syarat.
- Sertai BITES (Keahlian PERCUMA) dan nikmati tawaran berikut:
- Terima beg beli-belah bukan tenunan (non-woven) percuma apabila berbelanja RM30 dan ke atas dalam satu resit. (Sah pada 3 September sahaja)
- Daftar sebagai ahli BITES untuk mengumpul mata ganjaran, menikmati ganjaran eksklusif dan harga khas ahli. Setiap perbelanjaan RM2 melayakkan pelanggan memperoleh 1 mata BITES.
Sebagai sebahagian daripada komitmen Village Grocer terhadap kelestarian, cawangan Horizon Mall akan beroperasi tanpa penggunaan beg plastik di kaunter pembayaran, sekali gus menggalakkan pelanggan membawa beg guna semula sendiri bagi mengurangkan kesan terhadap alam sekitar.
Village Grocer di Horizon Mall dibuka setiap hari dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam. Untuk maklumat lanjut, layari www.villagegrocer.com.my atau ikuti Village Grocer di Facebook dan Instagram.
About Village Grocer:
Village Grocer is one of the leading premium supermarket chains, known for its commitment to offering the finest quality products, exceptional customer service, and a unique shopping experience. Village Grocer is dedicated to bringing the best of local and international gourmet items to discerning shoppers, while maintaining the highest standards of sustainability and environmental responsibility. For more information, visit villagegrocer.com.my.
SOURCE The Food Purveyor; Village Grocer
Share this article