XCMG Mulakan Pembinaan Pangkalan Luar Negara Pertama bagi Baik Pulih dan Pembuatan Semula Komponen Peralatan Perlombongan di Indonesia
BALIKPAPAN, Indonesia, 18 September 2026 /PRNewswire/ -- XCMG memulakan kerja-kerja pembinaan XCMG Indonesia Remanufacturing Center pada 16 September di Balikpapan, Indonesia. Sebagai pangkalan luar negara pertama XCMG yang dikhususkan untuk proses baik pulih dan pembuatan semula komponen peralatan perlombongan, projek itu menandakan bermulanya sebuah pusat perkhidmatan pascajualan setempat yang menyokong peralatan sepanjang kitaran hayat operasinya serta merupakan langkah penting dalam strategi penyetempatan luar negara syarikat.
Pusat itu akan mengintegrasikan baik pulih dan pembuatan semula komponen teras, penggudangan alat ganti serantau, pembangunan bakat teknikal tempatan serta pembaikpulihan peralatan terpakai. Pusat berkenaan akan menghubungkan proses utama termasuk pemulihan dan pemeriksaan komponen terpakai, pembaikan dan pembuatan semula, pembekalan alat ganti serta perkhidmatan di lokasi, sekali gus mewujudkan sistem perkhidmatan pascajualan setempat yang merangkumi kitaran hayat operasi peralatan perlombongan.
Direka untuk memenuhi keperluan pelanggan tempatan, pusat itu akan mengguna pakai piawaian pembuatan semula global dan sistem pengurusan kualiti kejat. Setelah beroperasi, kerja baik pulih utama boleh dilaksanakan secara tempatan, sekali gus memendekkan tempoh masa henti peralatan dan masa tindak balas perkhidmatan sambil membantu memastikan prestasi komponen yang dipulihkan. Keupayaan ini dijangka membantu pelanggan mengurus kos kendalian dengan lebih baik, meningkatkan ketersediaan peralatan dan menambah baik kecekapan operasi, di samping mempercepat peralihan XCMG daripada pembekal peralatan kepada penyedia penyelesaian sepanjang kitaran hayat.
"Dengan pusat pembuatan semula ditempatkan di sini, sokongan baik pulih dan alat ganti akan menjadi lebih pantas, manakala kerugian berkaitan tempoh masa henti akan lebih mudah dikawal," kata seorang wakil pelanggan perlombongan Indonesia. "Ini memberikan kami keyakinan yang lebih tinggi untuk memperdalam kerjasama kami dengan XCMG."
Selepas lebih 30 tahun bertapak di Indonesia, XCMG memperluas secara berterusan keupayaan setempatnya merentasi rantaian nilai peralatan. Majlis pecah tanah itu merupakan pencapaian terbaharu dalam siri pencapaian yang memajukan operasi tempatan syarikat pada tahun ini.
Beberapa hari sebelumnya, XCMG memperkenalkan secara rasmi XCMG Indonesia Finance Company (ABC Multi Finance) pada Mining Indonesia 2026 yang diadakan dari 9-12 September di Jakarta. Langkah itu memperluas keupayaan tempatan XCMG melangkaui peralatan, teknologi dan perkhidmatan dengan turut merangkumkan penyelesaian pembiayaan bersepadu.
Awal tahun ini, syarikat turut menyiapkan dan mula mengoperasikan Indonesia New Energy Manufacturing Base, sekali gus mendekatkan operasi pembuatan dan penghantaran kepada pasaran tempatan. Ia turut merasmikan sebuah pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) Indonesia yang memberi tumpuan kepada penyesuaian peralatan untuk persekitaran bersuhu tinggi dan lembap serta keadaan operasi yang kompleks.
Dengan memperluas keupayaan R&D, pembuatan, pembekalan, jualan, perkhidmatan dan pembiayaan sedia adanya kepada baik pulih dan pembuatan semula komponen secara setempat, XCMG berhasrat untuk menyediakan penyelesaian yang lebih menyeluruh untuk sektor perlombongan dan infrastruktur Indonesia serta menyokong peralihannya ke arah operasi yang lebih mesra alam dan juga lebih cekap.
SOURCE XCMG
Share this article