Xinhua Silk Road: Biasiswa untuk penyelesaian amaran awal metereologi MAZU terima sumbangan daripada BOC, peniaga Putian
BEIJING, 25 September 2026 /PRNewswire/ -- MAZU Scholarship, anugerah yang dinamakan sempena Mazu, dewi laut tradisional China bagi membantu usaha pencegahan bencana meteorologi global, baru-baru ini menerima sumbangan daripada Bank of China (BOC) dan peniaga Putian di dalam dan luar negara.
BOC dan peniaga dari Bandar Putian di tenggara China, tempat asal Mazu, serta rakan senegeri mereka di luar negara, masing-masing menyumbang satu juta yuan dan dua juta yuan untuk membiayai biasiswa tersebut dan platform awan "MAZU" tersuai di Nepal.
"MAZU", rangkaian penyelesaian meteorologi berdaya AI yang dibangunkan sendiri oleh China dan dilancarkan oleh China Meteorological Administration (CMA) pada 2025, merupakan rangkaian penyelesaian pertama yang menyahut inisiatif Early Warnings for All Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Menyokong percubaan awan di lebih 40 negara, "MAZU" telah digunakan di negara termasuk Pakistan, Etiopia, Kepulauan Solomon, Jordan, Sri Lanka, Mongolia dan Djibouti.
Bagi menggalakkan pertukaran teknologi meteorologi rentas sempadan dan meningkatkan keupayaan amaran awal global, CMA mengumumkan penubuhan MAZU Scholarship semasa sesi ke-80 Majlis Eksekutif Pertubuhan Meteorologi Sedunia pada Jun ini.
Bertujuan untuk memberikan penghormatan kepada kakitangan cemerlang dalam bidang meteorologi dan bidang berkaitan, MAZU Scholarship terbuka terutamanya kepada sarjana pelawat bidang meteorologi dari negara rakan kongsi Jalur dan Jalan serta petugas barisan hadapan meteorologi dari negara membangun.
Pada masa ini, latihan teknologi berkaitan "MAZU" telah memberikan manfaat kepada lebih 1,000 petugas barisan hadapan meteorologi di hampir 100 negara membangun dan mendapat pengiktirafan dalam aplikasi amaran awal meteorologi global.
Pada masa akan datang, pangkalan amalan promosi global untuk "MAZU" akan dibangunkan bersama oleh CMA dan Bandar Putian di Wilayah Fujian untuk berkongsi dengan dunia contoh nyata dan amalan yang boleh direplikasi dalam amaran awal meteorologi.
Pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/352353.html
SOURCE Xinhua Silk Road
Share this article