Xinhua Silk Road: Persidangan bertemakan pengembangan perniagaan ke pasaran global bagi perusahaan di lembangan Sungai Kuning diadakan di Jinan, timur China
BEIJING, 29 Oktober 2026 /PRNewswire/ -- Satu persidangan mengenai pengembangan perusahaan ke pasaran global di lembangan Sungai Kuning telah diadakan pada Selasa di bandar Jinan, ibu negeri Wilayah Shandong di timur China.
Persidangan itu bertujuan melaksanakan Inisiatif Jalur dan Jalan (BRI) menerusi kerjasama berkualiti tinggi serta menggalakkan pemadanan sumber bagi perusahaan di lembangan Sungai Kuning.
Semasa persidangan, Jabatan Perdagangan Wilayah Shandong mengumumkan tiga hasil utama, termasuk senarai keperluan kerjasama perusahaan dalam bidang seperti perkhidmatan tenaga kerja di luar negara, pelaburan ke luar negara dan jentera pembinaan; katalog perkhidmatan untuk perusahaan yang ingin mengembangkan perniagaan ke pasaran global; serta laporan kerjasama pelaburan mengenai Indonesia, Thailand, Uzbekistan dan Hungary.
Persidangan itu turut menyaksikan majlis pelancaran operasi rasmi Shandong Global Business Service Hub (Hab Perkhidmatan Perniagaan Global Shandong) dan majlis perasmian Yellow River Basin Enterprise Maritime Service Window (Pusat Perkhidmatan Maritim Perusahaan Lembangan Sungai Kuning).
Menurut laporan, sepanjang tempoh operasi percubaannya, Hab Perkhidmatan Perniagaan Global Shandong telah memberikan perkhidmatan kepada lebih 700 perusahaan dari Shandong dan wilayah lain. Pusat Perkhidmatan Maritim Perusahaan Lembangan Sungai Kuning pula telah ditubuhkan di Jinan, Qingdao dan Yantai, bagi menyediakan perkhidmatan perkapalan yang disasarkan kepada pelanggan dalam industri petrokimia hijau dan sektor lain.
Dalam sesi perkongsian pengalaman, Pan Haiping, Pengerusi China Economic Information Service (CEIS), dan Shu Hai, Naib Presiden Haier Group, menyampaikan ucaptama. Mereka berkongsi amalan masing-masing dalam menyokong pengembangan perniagaan luar negara yang berkualiti tinggi dan menggalakkan pembangunan jenama global.
Semasa majlis pemeteraian perjanjian, perusahaan dari Lembangan Sungai Kuning memeterai 17 perjanjian kerjasama dengan penyedia perkhidmatan profesional luar negara, merangkumi perkhidmatan perundangan berkaitan urusan luar negara, pajakan kewangan, projek kejuruteraan luar negara, pelaburan perindustrian dan kerjasama perniagaan global.
Para peserta menyatakan bahawa pelaburan keluar oleh perusahaan China terus berkembang, sekali gus memacu permintaan pasaran yang kukuh terhadap perkhidmatan perniagaan global yang profesional dan berkualiti tinggi. Shandong mempunyai momentum keterbukaan yang kukuh dan secara konsisten menerajui pembangunan bersepadu perdagangan dan pelaburan. Hab Perkhidmatan Perniagaan Global Shandong telah meletakkan asas perkhidmatan yang kukuh bagi membolehkan perusahaan meneruskan pengembangan global yang berkualiti tinggi.
Persidangan itu dianjurkan oleh Jabatan Perdagangan Wilayah Shandong dengan kerjasama CEIS dan China Council for International Investment Promotion (CCIIP).
Pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/352704.html
SOURCE Xinhua Silk Road


Share this article