XIAMEN, China, 29 Oktober 2026 /PRNewswire/ -- Yeastar, peneraju global dalam Komunikasi Bersepadu (UC), mengumumkan para pemenang Yeahs Awards 2026, sebagai pengiktirafan kepada rakan kongsi di seluruh dunia atas pertumbuhan perniagaan, inovasi teknikal dan kejayaan pelanggan.
Para pemenang tahun ini memperlihatkan bagaimana platform UC terbuka Yeastar yang dikuasakan kecerdasan buatan (AI) membantu rakan kongsi memacu pertumbuhan dan meningkatkan kecekapan melalui penyelesaian yang didorong oleh antara muka pengaturcaraan aplikasi (API), daripada mengautomasikan migrasi UC hingga meningkatkan perkhidmatan pelanggan dan jaminan kualiti.
Rakan Kongsi Pengehosan 2026
Rezzo Telecom (Perancis) memperluas skala operasi awannya sebanyak lapan kali ganda selepas beralih daripada Vodia kepada Yeastar, sekali gus mempermudah operasi Komunikasi Bersepadu sebagai Perkhidmatan (UCaaS) dan memperluas penawaran perkhidmatannya.
Vela Networks (United Kingdom) membangunkan alat yang memendekkan tempoh migrasi UC daripada beberapa hari kepada hanya beberapa minit dengan mengautomasikan pemetaan data dan pemindahan konfigurasi merentasi empat platform.
Telex S.r.l. (Itali) menggabungkan komunikasi suara, pemesejan, aliran kerja dan AI dalam Konversa, dengan menggunakan model Gemini dan OpenAI untuk mengautomasikan sehingga 70% pertanyaan peringkat pertama.
Kecemerlangan Kejayaan Pelanggan
Comunic.se (Brazil) menyatukan komunikasi Fontline yang merentasi pelbagai lokasi melalui P-Series Cloud, AI Receptionist berbilang bahasa dan AI Transcription, sekali gus mengurangkan pengendalian panggilan secara manual dalam pelbagai bahasa.
Dialerportal (Amerika Syarikat) melaporkan pengurangan sebanyak 91% dalam usaha jaminan kualiti (QA) dan peningkatan kadar pengesanan panggilan bermasalah daripada 63% kepada 98% di Prime BPO & Telecommunications dalam satu projek perintis melibatkan 15 pengguna.
CMIT Systemhaus (Jerman) memindahkan KNOP NEUSTADT GMBH daripada Unify kepada P-Series Software Edition, dengan menambah Linkus dan AI Transcription yang dihoskan di Jerman.
The VoIP Shop (UK) mengintegrasikan P-Series, status kehadiran Microsoft Teams dan SIMS di The Mountbatten School, sekali gus menjimatkan anggaran lebih 97 jam masa kerja kakitangan setiap tahun.
Alliance-com (Perancis) dan CommsPlus Distribution (Australia) menerima anugerah Pengedar Penyokong Penyelesaian 2026 (Solution Advocate Distributor 2026) atas usaha membantu rakan kongsi mencapai kejayaan melalui migrasi, pertumbuhan perkhidmatan awan, automasi API dan pelaksanaan kompleks merentasi pelbagai lokasi.
"Keupayaan Yeastar yang dikuasakan AI dan platform terbukanya membolehkan rakan kongsi menghasilkan inovasi yang melangkaui komunikasi tradisional," kata Arya Zhou, Ketua Jualan Global di Yeastar. "Dengan memanfaatkan API kami untuk membangunkan aplikasi yang disesuaikan dan mengautomasikan aliran kerja, rakan kongsi dapat meningkatkan kecekapan, membezakan penawaran mereka dan membuka peluang pertumbuhan baharu. Yeahs Awards meraikan inovasi-inovasi ini serta impaknya dalam dunia sebenar."
Latar Belakang Yeastar
Yeastar ialah penyedia UCaaS global yang komited untuk memacu kejayaan rakan kongsi saluran pengedaran. Kami memperkasakan penyedia perkhidmatan untuk mengembangkan perniagaan secara menguntungkan dengan menggunakan sistem dan platform komunikasi kami yang dikuasakan AI bagi perkhidmatan telefon perniagaan, pusat hubungan, pemesejan dan kerjasama. Berteraskan falsafah "easy-first" (mengutamakan kemudahan) dan disokong oleh portfolio lengkap yang merangkumi perkakasan, perisian dan perkhidmatan awan berbilang penyewa, bersama-sama ekosistem yang kukuh serta sokongan penjenamaan semula sepenuhnya, Yeastar melengkapkan lebih 9,000 rakan kongsi untuk menyediakan inovasi termaju yang boleh dipercayai kepada lebih 650,000 pengguna di seluruh dunia. Layari www.yeastar.com untuk maklumat lanjut.
Hubungi:
Nicole Liu
+86-592-5503309
[email protected]
SOURCE Yeastar

Share this article