YeePay dan Finmo Umum Kerjasama Strategik untuk Menghubungkan Perniagaan dengan Pasaran Global
SINGAPURA, 19 November 2026 /PRNewswire/ -- YeePay, penyedia terkemuka perkhidmatan pembayaran dan transaksi rentas sempadan, mengumumkan kerjasama strategik dengan Finmo, platform pengurusan perbendaharaan dan pembayaran yang berpangkalan di Singapura, bagi memperkukuh hubungan pembayaran antara perniagaan antarabangsa dengan pasaran global.
Kerjasama ini merupakan langkah penting dalam usaha YeePay memperluas keupayaan rangkaian pembayarannya kepada penyedia perkhidmatan pembayaran di luar negara. Melaluinya, pelanggan Finmo boleh membuat pembayaran yang memenuhi syarat kepada perniagaan di tanah besar China dalam yuan China (CNY), tertakluk pada keperluan kawal selia yang terpakai serta pengaturan perkhidmatan yang dipersetujui.
Melalui kerjasama ini, Finmo dapat memanfaatkan infrastruktur pembayaran, keupayaan produk dan kepakaran pengurusan risiko YeePay untuk menawarkan penyelesaian sehenti bagi pembayaran ke China kepada pelanggannya.
Pada masa yang sama, YeePay bakal memanfaatkan rangkaian pelesenan antarabangsa Finmo serta hubungannya dengan peniaga di luar negara untuk memperluas perkhidmatan kepada perniagaan yang menjalankan perdagangan rentas sempadan. Dengan menggabungkan kekuatan masing-masing, kedua-dua syarikat berusaha memperkukuh hubungan pembayaran dengan pasaran global.
Holly Fang, Ketua Pegawai Perniagaan (CBO) Finmo, berkata:
"Ramai pelanggan kami sememangnya perlu membuat pembayaran ke tanah besar China. Keupayaan rangkaian pembayaran YeePay yang mantap, kerangka pematuhannya yang kukuh serta pengalaman luas dalam pelaksanaan menjadi faktor utama kami memilih untuk bekerjasama.
"Melalui penyepaduan langsung ini, pelanggan kami boleh membayar pembekal, pekerja dan kontraktor di China dalam CNY, semuanya melalui platform Finmo yang sama yang digunakan untuk pembayaran global mereka. Dengan menggabungkan keupayaan pembayaran tempatan YeePay dan rangkaian antarabangsa Finmo, kami dapat memudahkan pembayaran rentas sempadan ke China, mengurangkan kerumitan operasi serta memberikan perniagaan gambaran yang lebih jelas dan kawalan lebih menyeluruh terhadap pembayaran mereka."
Terry Hua, Ketua Pegawai Eksekutif YeePay Global, berkata:
"Kami amat berbesar hati menjalin kerjasama penyepaduan langsung dengan Finmo. Rangkaian peniaga antarabangsanya yang luas serta kehadirannya di pasaran global menjadikan Finmo rakan kongsi penting dalam memperkukuh hubungan pembayaran antara China dengan pasaran antarabangsa.
"Dengan menggabungkan jangkauan antarabangsa Finmo, keupayaan Pay to China YeePay yang terbukti serta kelebihan kami dalam pengesahan transaksi dan penjejakan pembayaran menyeluruh dari awal hingga akhir, kami berhasrat menawarkan keupayaan rangkaian pembayaran yang boleh dipercayai dan dikawal rapi kepada pelanggan Finmo di luar negara, disokong kawalan operasi yang kukuh.
"Matlamat kami adalah untuk memudahkan aliran dana daripada perniagaan luar negara kepada penerima di China, sekali gus melancarkan transaksi dan mengeratkan hubungan perdagangan antara perniagaan global dengan pasaran China."
Latar Belakang Finmo
Beribu pejabat di Singapura, Finmo ialah platform pengurusan perbendaharaan dan pembayaran yang melayani perniagaan dalam sektor e-dagang, perdagangan borong, pemasaran, pelancongan dan kiriman wang antarabangsa.
Finmo beroperasi di pelbagai pasaran antarabangsa melalui lesen, pendaftaran dan kerjasama pembayaran yang berkaitan, termasuk Singapura (Institusi Pembayaran Utama), Australia, Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong, New Zealand, Kanada, Amerika Syarikat, United Kingdom (EMI) dan Dubai, bagi menyokong operasi pembayaran antarabangsanya.
Pada Februari 2025, Finmo meraih pembiayaan Siri A sebanyak US$18.5 juta, yang diterajui bersama oleh Quona Capital dan PayPal Ventures dengan penyertaan Citi Ventures. Syarikat itu turut dinobatkan sebagai FinTech Terbaik Tahunan pada Asia FinTech Awards 2026, mencerminkan pengaruhnya yang semakin berkembang dalam sektor teknologi kewangan rentas sempadan di Asia Tenggara.
Latar Belakang YeePay
YeePay ialah penyedia terkemuka perkhidmatan pembayaran dan transaksi rentas sempadan yang menawarkan rangkaian pembayaran global sehenti kepada perniagaan.
YeePay beroperasi di seluruh China dan kini giat memperluas jangkauan globalnya, dengan kehadiran yang semakin berkembang di Asia, Timur Tengah, Eropah, Afrika, Amerika Latin dan Amerika Utara.
Rangkaian pembayaran YeePay merangkumi lebih 200 negara dan wilayah, menyokong pembayaran kepada penerima di seluruh dunia serta penukaran mata wang asing (FX) secara masa nyata bagi lebih 100 mata wang.
Dengan lebih 6.5 juta pelanggan perniagaan, YeePay menyediakan perkhidmatan pembayaran dan transaksi merentas pelbagai industri, termasuk pelancongan dan penerbangan, peruncitan, e-dagang rentas sempadan serta perdagangan antarabangsa. Penyelesaiannya membantu perniagaan memudahkan pembayaran dan pengurusan dana sambil merebut peluang pertumbuhan di pasaran antarabangsa.
SOURCE YEEPAY


Share this article