Zhou Jianjun daripada Huawei: Membina Penyelesaian AIDC Interaktif Grid Maksimumkan Token Setiap Watt
SHENZHEN, China, 17 September 2026 /PRNewswire/ -- Persidangan Pembangunan Tenaga Hijau & Ekspo Tenaga Digital Antarabangsa 2026 telah bermula di Shenzhen. Zhou Jianjun, Naib Presiden Huawei dan Presiden Pemasaran, Jualan dan Perkhidmatan Global, Huawei Digital Power, menghadiri majlis perasmian dan memperkenalkan penyelesaian pusat data AI (AIDC) interaktif grid Huawei semasa sesi pelancaran pencapaian industri yang utama. Penyelesaian ini bertujuan untuk menangani cabaran baharu berkaitan pemerolehan kuasa, bekalan kuasa berketumpatan tinggi, pelesapan haba berketumpatan tinggi serta penghantaran, operasi dan penyelenggaraan yang kompleks dalam pembinaan AIDC pada era AI, dengan memanfaatkan sinergi pengkomputeran-elektrik pada peringkat sistem untuk memaksimumkan token bagi setiap watt.
Era Kilang Token: Pengkomputeran dan Kuasa Terpadu Secara Mendalam
Industri AI global sedang mengalami pecutan pesat daripada penyelidikan dan pembangunan (R&D) kepada pelaksanaan berskala besar. Lelaran pantas model besar dan lonjakan permintaan terhadap aplikasi AI memacu pertumbuhan eksponen dalam penggunaan token. Sebagai unit asas untuk mengaktifkan, memanfaatkan dan mengebil perkhidmatan AI, token menjadi semakin bernilai. Syarikat teknologi global utama, pengendali, penyedia perkhidmatan awan dan perusahaan tenaga sedang meningkatkan pelaburan dalam infrastruktur AI. Kampus AIDC berkembang daripada skala megawatt tradisional kepada ratusan megawatt atau bahkan gigawatt. Pemerolehan kuasa, bekalan kuasa dan penyejukan dalam senario pengkomputeran berketumpatan tinggi, keupayaan penghantaran, operasi dan penyelenggaraan serta kelajuan pembinaan telah menjadi cabaran baharu bagi pembinaan AIDC.
Zhou Jianjun berkata: "Tenaga elektrik sangat diperlukan untuk pengkomputeran. Hari ini, dalam era AI, permulaan operasi, penutupan dan turun naik beban sebuah kampus AIDC yang besar semuanya boleh memberi kesan kepada operasi grid." Beliau menekankan bahawa apabila kadar penembusan tenaga boleh baharu terus meningkat, grid kuasa itu sendiri turut berkembang, dengan kekuatan grid tempatan semakin berkurangan manakala turun naik dan ketidakpastian semakin meningkat. AIDC pada masa hadapan bukan sahaja perlu beradaptasi dengan grid lemah dan mengekalkan operasi stabil semasa turun naik grid, malah perlu menyokong grid serta menjadi nod "mesra grid" yang utama. Justeru itu, integrasi antara penjanaan, grid, beban dan storan telah menjadi pilihan yang tidak dapat dielakkan bagi pembangunan AIDC.
"3+1" Mentakrifkan Semula Penyelesaian AIDC Interaktif Grid Peringkat Sistem
Huawei mencadangkan pentakrifan semula sistem "3+1" dalam tiga domain—Watt (elektrik), Bit (digital) dan Haba (terma)—di samping model pembinaan, bagi membina penyelesaian AIDC interaktif grid.
Teras bagi pentakrifan semula adalah seperti berikut:
Watt (elektrik): beralih daripada penggunaan kuasa yang stabil kepada menyokong grid kuasa.
Dari aspek penjanaan-grid-storan, Huawei meningkatkan kebolehsuaian kemudahan AIDC terhadap grid kuasa lemah dan turun naik beban yang besar menerusi kawalan pembentukan grid dan sinergi storan tenaga. Penyongsang pembentukan grid 1000 V yang pertama dalam industri, FusionSolar series dan Platform ESS Pembentukan Grid Rentetan Pintar 1000 V pertama di dunia, LUTERRA, yang kedua-duanya dilancarkan oleh Huawei, telah meningkatkan keupayaan pembentukan grid tenaga boleh baharu dengan ketara. Dari segi beban, Huawei membina penghala tenaga pembentukan grid bersepadu berasaskan teknologi transformer keadaan pepejal (SST). Selain itu, Huawei menjadi vendor pertama dalam industri yang lulus ujian redaman ayunan jalur lebar yang dijalankan oleh Shanghai Electrical Apparatus Research Institute, sekali gus memacu UPS dalam era AIDC untuk berkembang daripada "bekalan kuasa yang boleh dipercayai" kepada "mesra grid".
Haba (terma): daripada "kebolehpercayaan komponen individu" kepada "kebolehpercayaan keseluruhan sistem".
Kunci kepada penyejukan cecair AIDC bukan sekadar penyejukan, tetapi kebolehkawalan; bukan sekadar kebolehpercayaan komponen individu, tetapi kebolehpercayaan keseluruhan sistem bermula daripada cip hingga sumber penyejuk. Unit Pengurusan Terma (TMU) Huawei dan sistem penyejukan cecair peringkat MW berdaya AI menyediakan satu paradigma bagi penyejukan yang sangat boleh dipercayai dalam industri AIDC.
Bit (digital): daripada "operasi dan penyelenggaraan pasif" kepada "penderiaan proaktif".
Keupayaan AI dimanfaatkan untuk mentakrifkan semula operasi, membolehkan AIDC mencapai penderiaan, pengoptimuman dan perlindungan yang proaktif.
Model pembinaan: daripada "kejuruteraan tradisional" kepada "penghasilan sebagai produk dan pemasangsiapan".
AIDC tidak lagi boleh bergantung sepenuhnya kepada kaedah kejuruteraan tradisional. Menerusi penghasilan sebagai produk (productization), pemasangsiapan dan modularisasi, Huawei memindahkan kerumitan kepada kilang, memberikan kesederhanaan kepada pelanggan serta mempercepat pelaksanaan pengkomputeran.
Inovasi Peringkat Sistem untuk AIDC Generasi Seterusnya
Penyelesaian AIDC interaktif grid Huawei bukanlah inovasi pada peringkat produk tunggal, sebaliknya merupakan penyelesaian hujung-ke-hujung yang dibangunkan berasaskan inovasi pada peringkat sistem. Nilai terasnya jelas dan meyakinkan: memastikan operasi stabil bagi kuasa pengkomputeran bernilai tinggi dengan kebolehpercayaan tinggi, menjana lebih banyak token bagi setiap watt dengan kecekapan tenaga tinggi, membolehkan pelaksanaan kuasa pengkomputeran yang lebih pantas menerusi penghantaran pantas serta menyokong grid kuasa dengan ciri mesra grid walaupun merupakan beban yang besar.
Zhou Jianjun berkata, "AI sedang membuka era baharu industri. Sebagai tindak balas terhadap peluang yang dibawa oleh transformasi industri AIDC, Huawei mengintegrasikan secara mendalam teknologi digital, elektronik kuasa, pengurusan terma dan pengurusan storan tenaga serta memberikan tumpuan kepada sistem kuasa baharu dan bidang teras AIDC untuk membina keupayaan komprehensif dalam penjanaan tenaga boleh baharu, pembentukan grid dan sambungan grid, bekalan kuasa untuk pengkomputeran berketumpatan tinggi, penyejukan cecair dan sinergi pengkomputeran-elektrik. Huawei bersedia untuk bekerjasama dengan pelanggan dan rakan kongsi global bagi memacu industri AIDC ke arah pembangunan berkualiti tinggi, mampan dan inovatif, bagi membolehkan setiap watt menghasilkan lebih banyak token serta memacu era AI ke hadapan."
SOURCE Huawei
Share this article