Agentic SOC Ensign InfoSecurity Menang Dua PIKOM Digital Excellence Awards
Pengiktirafan berganda memberi penghormatan kepada keupayaan keselamatan siber dan penyampaian perkhidmatan terurus Agentic SOC proprietari Ensign
KUALA LUMPUR, Malaysia, 29 September 2026 /PRNewswire/ -- Ensign InfoSecurity ("Ensign"), penyedia perkhidmatan keselamatan siber khusus terbesar Asia Pasifik, telah memenangi dua anugerah pada PIKOM Digital Excellence Awards 2026 bagi Agentic Security Operations Centre (SOC) miliknya.
Ensign menerima anugerah dalam kategori Keselamatan Siber – Agentic SOC dan Perkhidmatan Terurus – Agentic AI SOC. Kemenangan tersebut mengiktiraf keupayaan keselamatan siber SOC dan juga penggunaannya dalam perkhidmatan keselamatan terurus Ensign untuk membantu organisasi mengesan, menyiasat dan bertindak balas terhadap ancaman dengan lebih berkesan.
Dibangunkan dan direkayasa secara dalaman, Agentic SOC Ensign menggunakan ejen AI autonomi untuk menyokong penganalisis keselamatan dalam proses pengutamaan amaran, pengayaan ancaman, korelasi insiden, penyiasatan dan tindakan respons yang disyorkan. Penganalisis manusia mengekalkan kawalan terhadap keputusan kritikal, membolehkan mereka memberi tumpuan kepada ancaman yang memerlukan penyiasatan lebih mendalam dan pertimbangan profesional.
"Ketika Malaysia mempercepat penerimagunaan AI merentasi ekonomi, keselamatan siber mesti berkembang maju secara seiring," kata Chee Yee Cheng, Naib Presiden Perniagaan Antarabangsa & Komersial, Ensign InfoSecurity (Malaysia) Sdn Bhd. "Agentic SOC kami membantu penganalisis mengutamakan dan menyiasat ancaman dengan konteks yang lebih menyeluruh, mengupayakan respons yang lebih pantas sambil memastikan keputusan kritikal kekal di tangan manusia. Anugerah ini mengiktiraf sumbangan Ensign dalam memajukan penggunaan AI yang selamat dan bertanggungjawab di Malaysia."
Agentic SOC menggabungkan perisikan ancaman Asia Pasifik proprietari Ensign, analitik yang dipatenkan serta pengalaman operasi daripada pembangunan dan pengurusan SOC di seluruh dunia. Pengajaran daripada insiden keselamatan dikodkan ke dalam model penaakulan dan buku panduan (playbook), sekali gus menyediakan konteks yang relevan dengan persekitaran ancaman dan kawal selia di rantau ini.
Seni bina terbukanya membolehkan organisasi mengintegrasikan alat keselamatan pihak ketiga atau membangunkan sambungan ejen tersuai. Pilihan pelaksanaan berasaskan awan dan di premis turut tersedia bagi memenuhi keperluan operasi, keselamatan dan kawal selia yang berbeza.
Agentic SOC merupakan sebahagian daripada pelaburan Ensign yang lebih luas dalam penyelidikan dan pembangunan keselamatan siber proprietari. Melalui Ensign Labs, syarikat membangunkan penyelesaian merentasi AI dan sains data, penyelidikan perisian hasad, analisis ancaman, penyelidikan kerentanan dan kejuruteraan keselamatan.
Di Malaysia, SOC Ensign menawarkan perkhidmatan kepada organisasi dalam sektor-sektor kritikal, dengan menyediakan keupayaan pemantauan ancaman berterusan, pemburuan ancaman dan respons insiden. Ensign turut melabur dalam pembangunan bakat keselamatan siber Malaysia melalui kerjasama dengan universiti yang menawarkan penempatan industri, latihan dan pendedahan kepada operasi SOC dunia sebenar.
PIKOM Digital Excellence Awards mengiktiraf pencapaian dan sumbangan merentasi industri teknologi dan digital Malaysia. PIKOM ialah persatuan teknologi kebangsaan Malaysia.
Latar Belakang Ensign InfoSecurity
Ensign InfoSecurity ialah penyedia perkhidmatan keselamatan siber khusus yang terbesar di Asia Pasifik dan rakan kongsi global dipercayai yang menyediakan penyelesaian keselamatan hujung-ke-hujung merentasi kitaran hayat siber. Beribu pejabat di Singapura, Ensign diiktiraf atas keupayaannya yang mendalam merangkumi khidmat nasihat dan jaminan, seni bina selamat dan integrasi sistem, perisikan ancaman, operasi keselamatan terurus serta respons insiden. Ensign turut memacu inovasinya sendiri melalui Ensign Labs, dengan membangunkan penyelesaian proprietari termaju untuk menangani cabaran pelanggan yang kompleks. Dengan pengalaman selama lebih dua dekad, Ensign menyediakan keselamatan berdaya tahan berteraskan perisikan yang disesuaikan dengan risiko perniagaan sebenar.
Untuk maklumat lanjut, layari https://www.ensigninfosecurity.com.
SOURCE Ensign InfoSecurity
Share this article