AiMOGA Robotics Curi Tumpuan di Persidangan Robot Sedunia (WRC), Pamer Aplikasi Dunia Sebenar dan Jangkauan Global Termasuk Kerjasama di Malaysia
KUALA LUMPUR, Malaysia dan BEIJING, 21 Ogos 2026 /PRNewswire/ -- AiMOGA Robotics mencuri tumpuan pada Persidangan Robot Sedunia (WRC) di Beijing, China, dengan memberi fokus kepada usaha menterjemahkan teknologi robotik kepada aplikasi dunia sebenar yang nyata dan relevan kepada khalayak global, termasuk di Malaysia. Daripada sekadar membicarakan spesifikasi produk, jenama itu menghidupkan keupayaan robot menerusi demonstrasi secara langsung, sekali gus menjawab persoalan utama mengenai bagaimana robot menyesuaikan diri dengan persekitaran sebenar dan tugas yang mampu dilaksanakan menerusi demonstrasi, bukan sekadar penerangan.
Antara tarikan utama ialah sambungan masa nyata antara lima senario perkhidmatan awam di Wuhu — termasuk Wuhu Museum, First People's Hospital dan Housing Provident Fund Management Center — dengan lokasi WRC. Demonstrasi itu membolehkan pengunjung menyaksikan Mornine, robot perkhidmatan serba boleh AiMOGA, menyediakan perkhidmatan panduan, konsultasi dan sambutan berkualiti tinggi secara langsung. Pengalaman aplikasi dunia sebenar itu tidak terhenti di ruang awam domestik, malah diperluas merentasi sempadan ke pusat pengedar automotif. Empat pusat pengedar domestik menyertai demonstrasi menerusi siaran langsung, manakala lapan cawangan luar negara, termasuk di Malaysia, Thailand dan Afrika Selatan, berkongsi rakaman demonstrasi Mornine menjalankan tugas sambutan dan memperkenalkan kenderaan kepada pelanggan. Khususnya dalam sektor automotif Malaysia, Mornine akan semakin banyak menyokong jenama saudaranya seperti Chery, OMODA&JAECOO, iCAUR dan Lepas, sekali gus meningkatkan pengalaman pelanggan di pusat pengedar mereka menerusi perkhidmatannya yang cekap dan pintar. Selain demonstrasi menerusi skrin, robot trafik pintar AiMOGA dan Mornine turut menarik pengunjung profesional untuk mencuba sendiri interaksi dengan robot berkenaan, membolehkan mereka berkomunikasi secara langsung dengan robot dan merasai keupayaannya dalam simulasi senario perkhidmatan sebenar.
AiMOGA telah pun membina kehadiran di peringkat global, dengan lebih 2,000 unit dihantar ke lebih 60 negara dan rantau. Daripada ruang awam di China hingga pasaran seperti Vietnam, Poland, Indonesia dan Malaysia, robot jenama itu menyesuaikan diri dengan persekitaran serantau dan perniagaan yang pelbagai, sekali gus membuktikan fleksibiliti dan kebolehpercayaannya.
WRC turut menjadi platform untuk AiMOGA memperkenalkan keseluruhan portfolio produk dan strategi produk baharunya. Jenama itu mempersembahkan rangkaian robot termasuk robot trafik pintar, robot jururawat, kerusi roda pintar dikawal otak, Mornine, dan produk terbaharunya, Mobo.
Mobo, robot humanoid peneman di rumah pertama AiMOGA, membuat penampilan sulung pada acara tersebut. Dengan ketinggian kira-kira 0.9 meter dan berat 18 kilogram, reka bentuknya yang kompak dan mesra menarik perhatian ramai. Sepanjang pameran, Mobo berinteraksi secara bersemuka dengan kanak-kanak, menari bersama mereka dan menjelajah lokasi acara bersama robot anjing Argos. Berbeza daripada robot yang memberikan tumpuan kepada perkhidmatan awam, Mobo mengutamakan peranan sebagai peneman dalam kehidupan seharian dan interaksi manusia yang mesra, sekali gus membawa teknologi robotik ke dalam kehidupan isi rumah dan menambah dimensi baharu kepada rangkaian produk AiMOGA.
AiMOGA Robotics komited untuk membangunkan "Your Trusted Human AI Assistant" (Pembantu AI Manusia yang Dipercayai) dan mempercepat penerimagunaan robot dengan mengasaskan teknologi pada senario kehidupan sebenar. Di WRC, hab global bagi inovasi robotik, AiMOGA menunjukkan bagaimana robot kini bergerak melangkaui ujian makmal untuk menjadi sebahagian penting daripada jalan raya bandar, ruang awam, persekitaran komersial dan kediaman. Peralihan ini menyerlahkan perkembangan industri daripada sekadar membuktikan kemungkinan teknologi kepada merealisasikan aplikasi yang praktikal dan boleh dipercayai. Menerusi pelaksanaan berterusan dan penerokaan dalam persekitaran dunia sebenar, AiMOGA sedang menjawab persoalan kritikal industri: bagaimana robot benar-benar boleh diintegrasikan dalam kehidupan seharian dan menjadi pembantu yang boleh diharap serta dipercayai oleh masyarakat di mana-mana sahaja, termasuk dalam pasaran dinamik seperti Malaysia.
SOURCE AiMOGA Robotics
Share this article