Anchanto Bekerjasama dengan JINGDONG Logistics bertujuan Membantu Jenama Korea Selatan Menjual di Seluruh Pasaran Global
JINGDONG Logistics akan suai tugas pelanggan melalui platform Pengalaman Operasi (OXM) Anchanto, menghubungkan saluran jualan dalam talian ke operasi logistik dengan lebih daripada 200 penyepaduan sedia ada
- JINGDONG Logistics telah bekerjasama dengan Anchanto bertujuan membantu pelanggan, termasuk jenama Korea Selatan, melancarkan dan menguruskan kedai masing-masing di pasaran global dari platform tunggal.
- Platform OXM Anchanto memberikan JINGDONG Logistics model operasi berbilang penjual dan berbilang pasaran, supaya syarikat tersebut dapat suai tugas pelanggan dengan lebih cepat memandangkan perniagaan logistik pihak ketiganya (3PL) berkembang.
SEOUL, Korea Selatan, 24 Oktober 2026 /PRNewswire/ -- JINGDONG Logistics, penyedia penyelesaian rantaian bekalan dan perkhidmatan logistik berasaskan teknologi terkemuka, serta cabang logistik peruncit terbesar China, JD.com, telah bekerjasama dengan Anchanto bertujuan mengukuhkan perkhidmatan logistik e-dagang rentas sempadan untuk jenama Korea Selatan.
Memandangkan jenama Korea Selatan semakin giat meneroka peluang dalam pasaran baharu, permintaan terus meningkat bagi rakan kongsi logistik yang dapat sekaligus membawa jenama tersebut ke dalam pasaran di beberapa negara. JINGDONG Logistics melabur dalam infrastruktur perdagangan digital supaya saudagar dapat melancarkan, menguruskan dan mengembangkan kehadiran pasaran masing-masing di berbilang negara dan saluran jualan.
Zuo Da, Pengurus Negara di JINGDONG Logistics Korea Selatan, berkata, "Memandangkan lebih ramai pelanggan kami mengejar pertumbuhan antarabangsa, keupayaan kami menyokong berbilang pasaran merentasi negara berbeza menjadi semakin penting. Melalui kerjasama dengan Anchanto ini, kami dapat menyediakan pelanggan dengan akses yang lebih cepat ke pasaran global dan cara yang lebih berpusat untuk menguruskan operasi pasaran masing-masing, membantu berkembang pada peringkat antarabangsa dengan kelajuan, kecekapan dan kawalan yang lebih tinggi."
JINGDONG Logistics akan menyediakan rakan kongsi dengan persekitaran operasi yang disatukan melalui platform OXM Anchanto. Rakan kongsi berkenaan akan dapat menguruskan produk, inventori, pesanan dan operasi pasaran di lokasi tunggal. Dihubungkan secara natif ke lebih daripada 200 pasaran, kedai web, logistik dan penyepaduan perusahaan, platform berkenaan akan membantu memudahkan suai tugas, mengurangkan kerumitan operasi dan mempercepat pengembangan ke dalam pasaran baharu, merentasi APAC, EMEA dan Amerika Utara.
Seonwook Ko, Ketua Negara Anchanto Korea Selatan, menambah, "Jenama Korea Selatan bersedia untuk dijual kepada dunia dan jenama tersebut memerlukan rakan kongsi yang boleh membawa perniagaan masing-masing ke pasaran global dengan pantas dan selamat. Kami berbangga dapat bekerjasama dengan JINGDONG Logistics, peneraju global dalam rantaian bekalan, bagi merealisasikan usaha tersebut. Dengan teknologi dan pasukan kami berada di lapangan, Korea Selatan, kami akan membantu JINGDONG Logistics membolehkan jenama mula menjual lebih cepat dan menyokong perniagaan masing-masing pada setiap peringkat pertumbuhan antarabangsa. Kerjasama ini menandakan permulaan usaha yang lebih luas antara JINGDONG Logistics dan Anchanto, dengan kedua-dua syarikat komited untuk memajukan keupayaan perdagangan digital dan membantu perniagaan membuka peluang baharu dalam ruang pasaran global dan saling berkaitan."
Maklumat Tentang JINGDONG LOGISTICS
JINGDONG Logistics (HKEX: 2618) ialah penyedia penyelesaian rantaian bekalan dan perkhidmatan logistik berasaskan teknologi yang terkemuka. Melalui jenama logistik antarabangsa syarikat itu, iaitu JoyLogistics dan JoyExpress, syarikat berkenaan menawarkan perkhidmatan menyeluruh yang meliputi pergudangan, pengangkutan, penghantaran peringkat akhir, logistik item pukal, rantaian sejuk, logistik rentas sempadan, pengurusan rantaian bekalan yang menyeluruh dan penyelesaian teknologi. Dengan memanfaatkan pergudangan pintar yang terkemuka dalam industri, teknologi automasi dan operasi yang didorong oleh data, JINGDONG Logistics menyampaikan prestasi logistik yang lebih cepat, lebih andal dan lebih mampan untuk perusahaan dan pengguna di seluruh dunia. JINGDONG Logistics sedang membina rangkaian rantaian bekalan pintar global dengan pergudangan tempatan dan keupayaan pengangkutan antarabangsa bersepadu. Setakat 31 Disember 2025, syarikat itu berjaya mengendalikan lebih daripada 1,600 gudang kendalian sendiri dan 2,000 gudang awan yang dikendalikan oleh pemilik pihak ketiga merentasi 25 pasaran, dengan jumlah keluasan lantai kasar melebihi 34 juta meter persegi. Pada peringkat global, JINGDONG Logistics mengendalikan hampir 200 gudang terikat, gudang mel terus dan gudang luar negara.
Maklumat Tentang Anchanto
Anchanto ialah syarikat Saas B2B beribu pejabat di Singapura yang menyediakan perisian pengurusan pesanan, pengurusan gudang dan penjejakan bungkusan kepada penyedia logistik, jenama dan peruncit merentasi 12 negara. Pasukan Korea Selatan syarikat itu, menyokong perniagaan tempatan dan serantau yang terkemuka dengan perisian yang diperakui oleh ISO 27001 bersama penyepaduan secara terus ke Naver Shopping, Amazon, Shopee dan Lazada, antara lebih daripada 200 pasaran, pembawa dan sistem perusahaan.
Hubungan Media
Nama: Charles Py
Jawatan: Ketua Pegawai Pemasaran, Anchanto
E-mel: [email protected]
Laman Web: anchanto.com
Share this article