AutoFlight Melengkapkan Penerbangan Formasi Lima eVTOL Pertama di Dunia
- Formasi lima eVTOL: Sebuah V5000 seberat 5 tan dan empat eVTOL seberat 2 tan, merangkumi tiga model pesawat.
- Penerbangan selama 47 minit: Lebih 133 km, dengan keseluruhan formasi terbang secara autonomi.
- Penyelarasan termaju: Memperlihatkan kawalan penerbangan automatik dan penjarakan selamat antara model pesawat serta kelas berat yang berbeza.
SUZHOU, China, 6 November 2026 /PRNewswire/ -- AutoFlight berjaya melengkapkan penerbangan formasi pertama di dunia yang melibatkan lima pesawat eVTOL daripada dua kelas berat, sekali gus mencatat pencapaian penting dalam penyelarasan pelbagai pesawat dan penerbangan elektrik.
Demonstrasi ini berlangsung pada 31 Oktober dan 1 November di Pangkalan Ujian Penerbangan Tasik Bailian milik AutoFlight di Kunshan, China. Acara itu menjemput wakil alumni Stanford Executive Program (SEP) di Stanford Graduate School of Business, profesional antarabangsa dalam industri eVTOL, serta pelanggan dan rakan kongsi AutoFlight. Para tetamu turut melawat Sunship, vertiport hijau berasaskan air milik AutoFlight di Tasik Dianshan, dan menyaksikan penerbangan formasi dari tepi tasik. https://www.youtube.com/watch?v=EYNWS1N2Mk0
Formasi tersebut terdiri daripada sebuah V5000 Matrix seberat 5 tan dan empat eVTOL seberat 2 tan, melibatkan tiga model, iaitu V5000 Matrix, eVTOL kargo V2000CG CarryAll dan eVTOL pemadam kebakaran V2000CGF CarryAll. Formasi lima pesawat itu melengkapkan penerbangan terselaras selama 47 minit, dengan pesawat utama V5000 menempuh jarak lebih 133 km. Keseluruhan penerbangan dijalankan secara autonomi tanpa sebarang campur tangan manual.
Walaupun berdepan angin kencang pada 1 November, formasi tersebut mengekalkan penerbangan yang stabil serta jarak pemisahan mendatar dan menegak yang selamat. Penyelarasan pesawat yang berbeza saiz dan profil misinya memerlukan perancangan laluan, kawalan penerbangan, komunikasi dan pengurusan keselamatan yang tepat.
Berlandaskan demonstrasi penerbangan formasi tiga pesawat pada Mei 2026, pencapaian terbaharu ini menandakan kemajuan selanjutnya dalam penyelarasan pelbagai model dan kelas berat eVTOL. Pencapaian ini juga memperlihatkan keupayaan AutoFlight yang semakin berkembang dalam operasi autonomi melibatkan pelbagai pesawat, sekali gus meletakkan asas teknikal bagi rangkaian pengangkutan altitud rendah pada masa hadapan yang menghubungkan laluan jarak jauh, serantau dan peringkat akhir perjalanan.
Seiring dengan usaha memajukan pembangunan Mobiliti Udara Termaju (AAM), AutoFlight sedang meneroka kaedah baharu untuk menghubungkan mobiliti udara dan laut melalui pesawat eVTOL serta platform seperti Sunship, sekali gus membawa visi baharu pengangkutan saling terhubung semakin hampir kepada kenyataan.
SOURCE AutoFlight Aviation Technology


Share this article