- AWS melabur untuk menyediakan Amazon Quick, AI yang dibangunkan untuk tugasan kerja, kepada sehingga 445,000 penjawat awam. Inisiatif ini menyokong agenda pembangunan negara dengan memberi pasukan sektor awam pengalaman praktikal menggunakan AI agentik dalam tugasan harian
- GovTech Malaysia melancarkan GovHub, yang dikuasakan oleh Kiro GovHub untuk memperkukuh disiplin kejuruteraan dalam pembangunan AI agentik, bermula dengan projek rintis melibatkan 500 pembangun pada 2026, dengan sasaran mencapai 4,000 pembangun menjelang 2028
- Lebih 3,000 pelajar dan pensyarah politeknik mencatat rekod kebangsaan selepas membangunkan penyelesaian AI agentik dalam pertandingan AI terbesar di Malaysia menggunakan Kiro, ejen kejuruteraan AWS
KUALA LUMPUR, Malaysia, 4 November 2026 /PRNewswire/ -- Amazon Web Services (AWS), sebuah syarikat Amazon.com, hari ini melancarkan "Semarak AI Malaysia" sempena AWS Cloud and AI Day Kuala Lumpur. Program kebangsaan ini melengkapkan penjawat awam, pelajar, syarikat perisian dan komuniti di Malaysia dengan peralatan serta kemahiran AI untuk membangunkan penyelesaian mereka sendiri.
Semarak AI Malaysia berteraskan tiga teras utama, iaitu AI Negara untuk sektor awam, AI Ekonomi untuk perniagaan dan AI Rakyat untuk komuniti. Program ini memberi tumpuan kepada langkah seterusnya selepas penerapan awal AI, dengan melengkapkan lebih ramai rakyat Malaysia dengan akses dan kemahiran untuk membangunkan penyelesaian menggunakan AI.
"Bagi membolehkan Malaysia menerajui ekonomi AI serantau, kita memerlukan tenaga kerja dan industri perisian yang mampu membangunkan teknologi AI, bukan sekadar menggunakannya. Berteraskan komitmen pelaburan AWS sebanyak RM29.2 bilion di Malaysia, Semarak AI Malaysia akan membantu merealisasikan aspirasi ini. Program ini bermula dengan penjawat awam dan pelajar, sebelum diperluas kepada syarikat perisian supaya mereka dapat membangunkan penyelesaian AI yang memenuhi keperluan perniagaan di Malaysia serta berdaya saing di rantau ini," kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, YB Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
AI Negara: Memperkasa penjawat awam membangunkan perkhidmatan AI demi manfaat rakyat
GovTech Malaysia, Kementerian Digital melancarkan GovHub yang dikuasakan oleh Kiro menerusi platform AI as a Service (AIaaS) Jabatan Digital Negara (JDN). Projek rintis fasa pertama ini bermula pada 2026 dengan penyertaan 500 pembangun, dan menyasarkan penyertaan 4,000 pembangun menjelang 2028. Kiro menggunakan pendekatan pembangunan berasaskan spesifikasi untuk menterjemahkan arahan pembangun kepada spesifikasi berstruktur yang merangkumi keperluan, reka bentuk dan pelaksanaan. Pendekatan ini memberikan AI konteks yang diperlukan sebelum sebarang baris kod ditulis, sekali gus membantu pembangun membina penyelesaian yang dikehendaki dengan lebih cepat dan melalui lebih sedikit percubaan.
Sebagai pelengkap kepada peralatan yang digunakan oleh pekerja berpengetahuan untuk membangunkan penyelesaian, AWS turut menyediakan Amazon Quick, AI yang dibangunkan untuk tugasan kerja, kepada sehingga 445,000 penjawat awam menerusi platform AIaaS JDN. Penjawat awam boleh menggunakan Quick untuk melaksanakan tugasan beraras lebih tinggi seperti menganalisis data perolehan, merumuskan penyelidikan dasar merentasi agensi dan mengenal pasti corak dalam set data berskala besar.
AI Ekonomi: Memperkasakan perniagaan Malaysia dengan peralatan AI untuk bersaing dan berkembang
Sejak AWS Asia Pacific (Kuala Lumpur) Region dilancarkan pada 2024, syarikat perisian di Malaysia yang membangunkan penyelesaian berasaskan AWS telah meningkatkan beban kerja awan dan AI mereka pada kadar purata kira-kira 30 peratus antara 2024 hingga 2025. Syarikat-syarikat ini membangunkan aplikasi khusus industri yang digunakan setiap hari oleh bank, peruncit, pengilang, hotel, syarikat logistik dan agensi awam. Sebagai contoh, syarikat perisian berpangkalan di Malaysia, MOCHI Technologies, sedang membangunkan penyelesaian berasaskan AWS untuk membantu lebih 1,000 perusahaan kecil dan sederhana menguruskan pemasaran, hubungan pelanggan, sumber manusia dan operasi menerusi satu platform berasaskan AI. Menyokong perkembangan syarikat seperti MOCHI merupakan antara fokus utama program Semarak AI Malaysia.
Sarawak SaaS Accelerator (SaSAR), sebuah kerjasama antara AWS dengan Sarawak Digital Economy Corporation (SDEC), diwujudkan untuk memperluas rangkaian syarikat perisian di Malaysia. Program ini bekerjasama dengan syarikat perisian untuk membangunkan produk AI berasaskan AWS, manakala SDEC menghubungkan mereka dengan syarikat di Sarawak yang berminat untuk menerima guna penyelesaian AI. Kohort rintis program ini telah melahirkan lebih 20 syarikat perisian yang mewakili sektor ekonomi Sarawak yang berpotensi berkembang tinggi, termasuk pertanian, automotif dan perubatan. Syarikat yang menamatkan program menerima kredit awan AWS dan bimbingan teknikal daripada AWS, serta panduan pembangunan perniagaan daripada SDEC. Mereka kemudiannya menjalin kerjasama dengan agensi kerajaan, penyedia tenaga dan rakan kongsi perusahaan di seluruh Sarawak bagi memperluas penggunaan produk AI masing-masing. Antara bukti konsep terawal ialah penyelesaian pengujian perisian berasaskan AI yang direka untuk membantu organisasi menguji dan mengesahkan aplikasi, termasuk aplikasi mudah alih, merentasi pelbagai industri. Penyelesaian itu kini melalui proses pengesahan bersama pengguna projek rintis bagi menambah baik keupayaannya sebelum diperluas untuk penggunaan yang lebih meluas.
Menyedari bahawa rakan kongsi tempatan penting untuk memperluas penerapan AI pada skala yang lebih besar, AWS turut bekerjasama dengan GD XCHANGE, bahagian penyelesaian penyedia perkhidmatan logistik peringkat akhir GDEX, dan pengedar AWS, VSTECS, bagi menyediakan peralatan AI secara terus kepada ribuan PKS yang menerima perkhidmatan GDEX dalam sektor e-dagang, peruncitan dan pembuatan. Menerusi program ini, PKS yang layak akan menerima akses percuma kepada Quick dan Kiro selama enam bulan selepas menjalani penilaian kesediaan AI, sekali gus dilengkapi pembantu AI untuk melaksanakan tugasan perniagaan harian. Kerjasama ini menyasarkan penyertaan 10,000 PKS menjelang 2028. Sebuah PKS dalam sektor peruncitan telah pun menggunakan Quick dan Kiro untuk mengautomasikan pemantauan harga pesaing serta ramalan permintaan, dan bertindak balas terhadap perubahan pasaran dalam tempoh beberapa jam berbanding beberapa minggu sebelum ini.
AI Rakyat: Membina kemahiran AI dalam komuniti Malaysia
AWS memperkukuh laluan bakat AI Malaysia pada peringkat politeknik dan kolej komuniti menerusi kerjasama dengan Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT). Lebih 3,000 pelajar dan pensyarah politeknik serta kolej komuniti dari seluruh negara mencatat pencapaian baharu dalam Malaysia Book of Records bagi penyertaan terbesar dalam pertandingan AI agentik menerusi POLYCC Agentic AI League 2026. Kiro dipilih sebagai peralatan pengekodan utama dalam pertandingan itu, sekali gus membolehkan pelajar tanpa latar belakang pengaturcaraan meneroka konsep AI agentik menggunakan bahasa semula jadi. AWS turut mengambil Sekolah Kebangsaan Datuk Keramat (1) di Kuala Lumpur sebagai sekolah angkat pertamanya di Malaysia menerusi program Sekolah Angkat MADANI kerajaan. AWS akan menaik taraf kemudahan digital dan STEM sekolah berkenaan, melatih guru untuk mengendalikan pengajaran pengekodan dan robotik, serta menganjurkan aktiviti amali berkaitan teknologi dron dan keselamatan digital untuk murid.
"Apabila sektor awam menerajui usaha membangunkan penyelesaian menggunakan AI, langkah ini boleh menjadi contoh kepada seluruh negara. Itulah matlamat Semarak AI Malaysia, iaitu melengkapkan penjawat awam, syarikat perisian dan pelajar dengan peralatan untuk membangunkan penyelesaian AI mereka sendiri. Setiap kementerian, pembangun dan pelajar yang membangunkan penyelesaian menggunakan AI akan membantu menetapkan penanda aras baharu untuk langkah seterusnya," kata Pengurus Negara, Malaysia, AWS, Hussein Mohd Ali.
Mengenai Amazon Web Services
Amazon Web Services (AWS) beroperasi berpandukan prinsip mengutamakan pelanggan, kepantasan inovasi, komitmen terhadap kecemerlangan operasi dan pemikiran jangka panjang. Dengan memperluas akses kepada teknologi, pengkomputeran awan dan AI generatif untuk organisasi dalam pelbagai saiz serta sektor selama hampir dua dekad, AWS telah membangunkan salah satu perniagaan teknologi perusahaan yang paling pesat berkembang dalam sejarah. Jutaan pelanggan mempercayai AWS untuk mempercepatkan inovasi, mentransformasikan perniagaan dan membentuk masa depan. Dengan keupayaan AI yang menyeluruh serta infrastruktur global yang luas, AWS memperkasa pembangun untuk merealisasikan idea besar. Ketahui lebih lanjut di aws.amazon.com dan ikuti @AWSNewsroom.
SOURCE Amazon Web Services

Share this article