BTL Menubuhkan Bahagian Laser Baharu dan Memperkenalkan EXOLASE ONE® - Laser Erbium Terlakur Pertama di Dunia
Teknologi proprietari melakurkan pelbagai jarak gelombang ke dalam alur tunggal untuk menetapkan standard penjagaan baharu dalam peremajaan kulit muka menggunakan laser.
PRAGUE, 2 September 2026 /PRNewswire/ -- BTL, peneraju global dalam teknologi perubatan dan estetik berasaskan tenaga canggih, pada hari ini mengumumkan pencapaian penting dalam sejarah korporat syarikat itu: penubuhan rasmi bahagian laser khusus dan pelancaran sistem laser utama yang akan datang, EXOLASE ONE®.
EXOLASE ONE® merupakan lonjakan besar dalam industri estetik sebagai penggunaan kali pertama teknologi laser erbium terlakur dalam amalan perubatan. Sistem ini melakurkan pelbagai jarak gelombang laser erbium ke dalam alur cahaya tunggal, merawat tempat yang sama secara serentak. Keadaan ini mewujudkan suatu bentuk interaksi laser tisu yang benar-benar baharu, serta mengatasi had tradisional laser peremajaan kulit muka sedia ada dari segi keberkesanan klinikal, kelajuan rawatan dan keselesaan pesakit.
"Teknologi berkenaan merangkumi perkara yang kebiasaannya memerlukan pelbagai sistem ablatif dan bukan ablatif, mengubahnya menjadi prosedur yang amat mudah bagi merawat seluruh muka dalam masa kurang daripada 10 minit sambil memberikan hasil yang unggul untuk pesakit kami," kata Dr. Reha Yavuzer, seorang daripada penyelidik klinikal pertama untuk platform ini.
EXOLASE ONE® ialah kejayaan berteknologi tinggi terkini yang berasal dari infrastruktur R&D luas BTL, yang juga telah memperkasa banyak inovasi penentu industri syarikat tersebut.
"Ini adalah detik bersejarah untuk BTL. Sejak dari awal lagi, kami mengetahui bahawa hanya teknologi yang benar-benar mencetuskan gangguan sahaja yang akan membolehkan kami membina kuasa laser sebenar," kata Tomas Schwarz, Ketua Pegawai Eksekutif BTL Group of Companies. "Berdasarkan maklum balas daripada pusat klinikal perintis di seluruh dunia, EXOLASE ONE® mewakili kejayaan seperti ini."
Berikutan program akses awal untuk pemimpin pendapat utama yang terpilih, EXOLASE ONE® akan beralih kepada pelancaran global yang lebih besar pada tahun 2027, yang pada mulanya memberikan tumpuan kepada perubatan estetik dan dermatologi. Bahagian laser baharu ini menjadi bahagian teras keenam BTL, melengkapkan operasi syarikat sedia ada dalam bidang estetik, kesihatan mental, pemulihan, kardiologi dan robotik.
Maklumat Tentang BTL
Ditubuhkan pada tahun 1993, BTL telah berkembang menjadi satu daripada pengilang kelengkapan perubatan dan estetik utama di dunia. Bersama lebih 5,000 pekerja yang berada di lebih daripada 90 negara, BTL telah merevolusikan industri ini dengan menawarkan penyelesaian bukan invasif yang paling canggih untuk pembentukan badan, penegangan kulit, peremajaan kulit muka, kesihatan mental, pemulihan dan kardiologi. Jenama perintis BTL termasuk EMSCULPT NEO®, EMFACE®, EMSELLA®, EXOMIND® dan banyak lagi. Untuk maklumat lanjut tentang BTL dan portfolio inovasi perubatan syarikat itu, sila kunjungi www.btlaesthetics.com.
Pasukan media: [email protected]
Share this article