Carestream Healthcare International Tingkatkan Pengesan DRX-LC untuk Mempertingkat Prestasi Pengimejan Panjang
SHANGHAI, 4 September 2026 /PRNewswire/ -- Carestream Healthcare International memperkenalkan versi terkini Pengesan DRX-LC, yang menawarkan peningkatan dari segi prestasi, kecekapan dan kualiti pengimejan untuk pengimejan panjang (long length imaging - LLI) merentasi pelbagai jenis pemeriksaan dan persekitaran klinikal.
Pengimejan panjang secara tradisinya merupakan proses yang memakan masa dan kompleks, yang sering memerlukan beberapa kali pendedahan serta penggabungan imej (image stitching). Pengesan DRX-LC Carestream memudahkan proses itu menerusi pengimejan panjang sekali dedahan, yang membolehkan jururadiografi merakam pemeriksaan tulang panjang dan tulang belakang dalam satu dedahan. Pendekatan ini mengurangkan tempoh pesakit perlu mengekalkan kedudukan, meminimumkan keperluan mengambil semula imej dan membantu meningkatkan keselesaan pesakit, di samping memperkemas aliran kerja.
Versi terbaharu Pengesan DRX-LC dibangunkan berasaskan keupayaan ini dengan mengintegrasikan teknologi termaju dan memanfaatkan AI untuk meningkatkan ketekalan dan kualiti imej. Kawalan Pendedahan Pengesan (Detector Exposure Control - DEC) menyediakan pendedahan yang tepat dan konsisten dengan melaraskan parameter pengimejan secara automatik bagi membantu mengurangkan variasi, mengoptimumkan dos serta meningkatkan ketepatan diagnostik. Pembatalan Hingar Pintar (Smart Noise Cancellation - SNC) pula meningkatkan lagi kejelasan imej dengan mengurangkan hingar sambil mengekalkan butiran halus, sekali gus membolehkan imej berkualiti tinggi dihasilkan dengan keyakinan diagnostik yang lebih tinggi dan dos yang lebih rendah.
"Penambahbaikan terkini DRX-LC kami memberi tumpuan kepada penyampaian pengimejan yang lebih konsisten, cekap dan berkualiti tinggi," kata Marco Riolfo, Pengurus Barisan Produk Portfolio Pengesan di Carestream Healthcare International. "Dengan menggabungkan keupayaan rakaman sekali dedahan dengan kawalan pendedahan pintar dan pembatalan hingar dipacu AI, kami membantu jabatan radiografi memudahkan aliran kerja sambil menyokong peningkatan penjagaan pesakit dan keyakinan diagnostik."
Kemajuan ini meningkatkan kecekapan dos dan memperkemas pemeriksaan dengan menggabungkan pemerolehan imej sekali dedahan bersama automasi pintar. Keserasian merentasi bilik radiografi digital (DR), sistem mudah alih dan penyelesaian naik taraf meningkatkan lagi fleksibiliti, membolehkan penyedia penjagaan kesihatan menggunakan satu pengesan dalam pelbagai persekitaran rawatan, daripada jabatan radiologi hingga bilik pembedahan.
Dengan gabungan pengimejan LLI sekali dedahan, inovasi berkeupayaan AI dan kebolehgunaan yang dipertingkatkan, Pengesan DRX-LC meningkatkan prestasi pengimejan panjang sambil menambah baik kecekapan, konsistensi serta keseluruhan pengalaman pesakit dan pengguna. Untuk maklumat lanjut mengenai produk tersebut, sila kunjungi www.carestreamhealthcare.com/global/en/medical/dr-detectors/drx-lc-detector.
Latar Belakang Carestream Healthcare International
Carestream Healthcare International memanfaatkan warisan selama satu abad dalam bidang pengimejan untuk memperkasa penyedia penjagaan kesihatan di seluruh dunia. Syarikat menyediakan sistem sinar-X termaju, penyelesaian DR, filem pengimejan perubatan, pengimejan lengan bentuk C intraoperatif, inovasi berkeupayaan AI dan perkhidmatan sepanjang kitaran hayat.
Sebagai ahli Midea Group, kami menggabungkan kepakaran pengimejan global dengan ekosistem pembuatan pintar dan teknologi Midea untuk menyediakan penyelesaian pengimejan perubatan yang berkualiti tinggi, cekap dan mudah diakses.
Untuk maklumat lanjut mengenai portfolio produk, penyelesaian dan perkhidmatan syarikat, sila hubungi wakil Carestream atau kunjungi www.carestreamhealthcare.com.
Carestream Healthcare International
Laman Web: www.carestreamhealthcare.com
Emel: [email protected]
LinkedIn: https://www.linkedin.com/company/carestream-healthcare-international/
SOURCE Carestream Healthcare International
Share this article