Coway Run 2026 Raikan Sedekad Kemajuan,Ribuan Rakyat Malaysia Mengorak 'Rentak Ke Hadapan' di Stadium Merdeka
Menandakan sedekad perjalanan penuh inspirasi, edisi ke-10 Coway Run terus memperkasa rakyat Malaysia untuk mengejar perkembangan diri dan melangkah ke hadapan tanpa batasan
KUALA LUMPUR, Malaysia, 29 September 2026 /PRNewswire/ -- Coway, Syarikat Best Life Solution, telah menghimpunkan lebih 11,000 peserta di Stadium Merdeka sempena Coway Run 2026, sekali gus meraikan satu dekad perjalanan acara larian yang telah menginspirasikan rakyat Malaysia untuk menjalani gaya hidup lebih sihat, mencabar batas diri dan merealisasikan potensi diri masing-masing.
Bersempena sambutan ulang tahun ke-20 Coway Malaysia, edisi istimewa tahun ini tampil dengan tema "Rentak Ke Hadapan" atau "Forward Without Limits", yang mencerminkan kepercayaan bahawa perkembangan diri merupakan satu perjalanan berterusan, dan setiap individu berupaya mencapai lebih banyak melalui keazaman, ketekunan dan usaha untuk terus memperbaiki diri. Sepanjang sedekad yang lalu, Coway Run telah berkembang menjadi lebih daripada sekadar acara larian. Ia merupakan sebuah platform yang menyatukan komuniti, menguji kemampuan fizikal dan mental, meraikan pencapaian peribadi serta menggalakkan rakyat Malaysia untuk terus melangkah ke hadapan dalam usaha menjadi versi terbaik diri mereka.
Janice Tan, Pengurus Bahagian Pemasaran Coway Malaysia berkata, "Acara Coway Run tahun ini membawa makna yang cukup istimewa buat kami kerana ia menandakan dua pencapaian penting, iaitu ulang tahun ke-20 Coway di Malaysia dan sedekad penganjuran Coway Run. Sepanjang perjalanan ini, kami telah menyaksikan individu daripada segenap lapisan masyarakat yang menetapkan matlamat baharu, mencabar diri dan melepasi batasan kemampuan mereka. Di Coway, kami percaya setiap orang mempunyai potensi terpendam, dan Coway Run dianjurkan untuk mendorong mereka mengambil langkah pertama bagi menyerlahkan potensi tersebut."
Tema 'Rentak Ke Hadapan' mencerminkan keyakinan kami bahawa kemajuan bukan bergantung pada keadaan serba sempurna, tetapi lahir daripada keberanian dan keazaman untuk terus melangkah ke hadapan walaupun berdepan pelbagai cabaran. Walaupun dibasahi hujan, ramai pelari memilih untuk terus berjuang dan meneruskan larian mereka ke garisan penamat, sekali gus membuktikan semangat ketahanan diri yang menjadi teras kepada penganjuran tahun ini. Kami amat berbangga melihat ribuan rakyat Malaysia bersatu, bukan sahaja untuk mencabar diri sendiri tetapi juga menyokong satu inisiatif yang membawa impak bermakna kepada komuniti yang memerlukan," tambah beliau.
Mengutamakan kesihatan dan keselamatan peserta sebagai keutamaan utama, Coway Run 2026 telah mengambil pendekatan proaktif dengan menyesuaikan format acara berikutan keadaan cuaca dan situasi jerebu yang tidak menentu. Meskipun berlaku perubahan format, peserta daripada keempat-empat kategori, termasuk Larian 10KM, Larian 30KM yang diubah suai, Larian 5KM dan Larian Kanak-Kanak 5KM tetap berhimpun dengan semangat kebersamaan yang tinggi, mengetengahkan falsafah "Rentak Ke Hadapan".
Namun, kemeriahan Coway Run 2026 tidak berakhir di garisan penamat. Stadium Merdeka terus dipenuhi suasana meriah apabila para peserta, ahli keluarga dan para penyokong menikmati pelbagai aktiviti interaktif, pengalaman menarik serta hiburan mesra keluarga yang disediakan sepanjang hari. Usaha ini mencerminkan komitmen Coway dalam menjadikan amalan gaya hidup sihat yang lebih mudah diakses, menyeronokkan dan relevan untuk semua lapisan masyarakat.
Kemeriahan turut diteruskan di dalam Stadium Merdeka dengan persembahan khas maskot Coway Biddy Bear bersama para penari, diikuti persembahan secara langsung serta sesi ramah mesra bersama penyanyi dan pelakon popular tanah air, Hael Husaini. Selain itu, peserta berpeluang melengkapkan lapan stesen permainan untuk menyertai cabutan bertuah utama, dengan 10 pemenang membawa pulang sama ada BEREX Massage Bed atau BEREX Pebble Chair. Tuala tangan Biddy Bear edisi terhad turut menjadi antara hadiah istimewa yang boleh dimenangi menerusi aktiviti terpilih di tapak acara.
Seiring dengan misinya untuk membantu masyarakat menjalani kehidupan yang lebih sihat dan bahagia, Coway Run 2026 turut meneruskan usaha memberikan impak yang melangkaui acara larian. Sebanyak RM10 daripada setiap tiket yang dijual akan disalurkan kepada Coway Happy Water Project, sebuah inisiatif yang memberi tumpuan kepada penyediaan akses air bersih kepada komuniti yang memerlukan. Melalui sokongan para peserta, setiap penyertaan menyumbang ke arah usaha mempertingkatkan kualiti hidup komuniti berkenaan serta membuka peluang kepada masa depan yang lebih baik dan mampan.
Memasuki dekad keduanya, Coway Run akan terus menjadi simbol komitmen Coway dalam memperkasakan rakyat Malaysia untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat, mengejar perkembangan diri yang bermakna dan merealisasikan potensi mereka sepenuhnya.
Selain mencipta impak bermakna kepada komuniti, Coway Run 2026 turut meraikan semangat ketabahan dan daya tahan yang ditunjukkan oleh para peserta dalam menghadapi situasi yang tidak dijangka. Selaras dengan falsafah "Rentak Ke Hadapan", para pelari terus mara dan mencatatkan prestasi yang membanggakan dalam kategori kompetitif. Bagi kategori Lelaki Terbuka Malaysia untuk Larian 30KM yang diubah suai dan dijalankan menggunakan laluan 10KM, Anas Bin Rosli mencatat masa terpantas iaitu 00:36:27, manakala Michelle muncul juara kategori Wanita Terbuka Malaysia dengan catatan masa 00:54:24. Dalam kategori 10KM pula, Khairul Hazwan menjuarai kategori Lelaki Terbuka Malaysia dengan masa 00:40:46, sementara Ee Pui Yin muncul juara kategori Wanita Terbuka Malaysia dengan masa 00:43:27.
Bagi mengetahui maklumat lanjut dan perkembangan terkini Coway, https://www.coway.com.my/.
Mengenai Coway Malaysia
Coway, Syarikat Best Life Solution
Ditubuhkan pada tahun 1989, Coway adalah peneraju dalam pasaran pembuatan dan pengedaran peralatan rumah untuk kesejahteraan hidup di Korea Selatan, hasil iltizam kukuh kilang pembuatan penulen air dalamannya yang terbesar di dunia, dan pusat R&D tercanggih di Universiti Kebangsaan Seoul. Terkenal dengan peralatan rumahnya, Coway telah meluaskan perniagaannya secara agresif ke seluruh dunia dan mempunyai lebih 11 juta pelanggan di seluruh dunia. Selain memperoleh pengiktirafan untuk rangkaian produknya yang berkualiti tinggi, Coway juga terkenal dengan perkhidmatan pelanggan selepas jualan yang cemerlang, dan pelan pembayaran mudah yang inovatif. Pada tahun 2006, Coway telah diperkenalkan ke pasaran Malaysia. Setelah 20 tahun berada di Malaysia, Coway telah mencapai berjuta-juta pelanggan Malaysia dan telah berjaya diiktiraf sebagai syarikat Best Life Solution yang berusaha untuk menyediakan air yang lebih bersih, udara yang lebih segar dan tidur yang lebih lena; menggalakkan orang ramai untuk "Hidup Lebih Indah" ke arah menjalani kehidupan yang lebih sihat dan bahagia.
SOURCE Coway Malaysia
Share this article