Daripada Pasar Pagi ke Rangkaian Fresh Mart Komuniti: Kisah Pengasas di Sebalik Perkembangan Segi Fresh
PETALING JAYA, Malaysia, 29 Oktober 2026 /PRNewswire/ -- Sempena ulang tahun ke-32 Segi Fresh, dua pengasas di sebalik jenama ini mengimbas perjalanan yang bermula di pasar tradisional sehingga menjadi rangkaian Fresh Mart komuniti di seluruh negara.
Segalanya bermula pada 1984, apabila Dato' Chui Ah Hock, yang ketika itu baru berusia 16 tahun, memulakan perniagaan dengan sokongan modal RM2,000 daripada keluarganya. Berbekalkan sebuah basikal roda tiga, beliau menjual kentang, bawang merah, bawang putih dan cili kering di pasar pagi dan pasar malam.
Pada 1994, beliau mengembangkan perniagaan ke bidang pemborongan hasil pertanian dengan membuka premis borong pertamanya bersama rakan niaga, sekali gus menjadi detik penting dalam perjalanan 32 tahun Segi Fresh.
Peralihan ke sektor peruncitan pasar raya sekitar 2012 turut membawa cabaran tersendiri. Ketika berdepan tekanan kewangan dan operasi, Dato' Chui mengambil inisiatif mengurus sendiri sebuah cawangan selama kira-kira enam bulan, selain mengunjungi China untuk mempelajari amalan peruncitan moden.
"Kejayaan lalu kadangkala membuatkan kita merasakan seolah-olah sudah mengetahui segala-galanya. Hakikatnya, pengalaman dalam satu bidang perniagaan tidak semestinya boleh diterapkan dalam bidang yang lain," kata Dato' Chui, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Segi Value Holdings.
Encik Chia Ah Keong, Pengasas Bersama Segi Fresh, pula memainkan peranan penting dalam membangunkan model peruncitan yang mampu berkembang untuk memenuhi keperluan lebih banyak komuniti. Dato' Chui memberi tumpuan kepada strategi dan hala tuju perniagaan, manakala Encik Chia memperkukuh operasi cawangan, rantaian bekalan serta pembangunan tenaga kerja.
"Pasar tradisional mempunyai kelebihannya tersendiri, namun untuk memenuhi keperluan lebih banyak komuniti, kita tidak boleh bergantung kepada pengalaman segelintir individu semata-mata," kata Encik Chia. "Sistem operasi, tenaga kerja, rantaian bekalan dan budaya organisasi perlu dibangunkan secara seiring."
Hari ini, model Fresh Mart komuniti Segi Fresh menggabungkan penawaran sayur-sayuran, buah-buahan, ayam, daging dan hasil laut segar bersama barangan keperluan harian, disokong oleh sistem perolehan, pengedaran dan logistik bersepadu.
Berteraskan visi "To Be Malaysia's Top 1 Fresh Mart," Segi Fresh bukan sekadar mengejar pertambahan bilangan cawangan, sebaliknya berusaha meningkatkan standard kesegaran, nilai, kemudahan dan pengalaman pelanggan.
Susulan pengenalan identiti jenama dan konsep stor baharu di Bidor, Perak, pada September lalu, Segi Fresh kini bersiap sedia membuka dua lagi cawangan baharu di Tanjong Karang, Selangor, pada 31 Oktober 2026.
Bagi kedua-dua pengasas, ulang tahun ini menjadi kesempatan mengenang pencapaian lalu, serta memperbaharui komitmen membawa kesegaran lebih dekat kepada komuniti di seluruh Malaysia.
SOURCE Segi Fresh


Share this article