SEGI FRESH PERKENAL KONSEP CAWANGAN BAHARU DAN IDENTITI JENAMA DIPERBAHARUI DI BIDOR
BIDOR, Malaysia, 26 September 2026 /PRNewswire/ -- Segi Fresh, Malaysia's Top 1 Fresh Mart, yang mengendalikan lebih 160 cawangan di seluruh negara dan diiktiraf oleh Malaysia Book of Records bagi gelaran "Most Fresh Mart Outlets – Cawangan Fresh Mart Terbanyak di Malaysia", hari ini memperkenalkan konsep cawangan baharu dan identiti jenama yang diperbaharui menerusi pembukaan rasmi cawangan terbaharunya di Bidor, Perak.
Cawangan Bidor ini menampilkan logo dan identiti visual Segi Fresh yang diperbaharui, susun atur cawangan baharu, persembahan kategori barangan segar yang dipertingkatkan serta persekitaran membeli-belah yang lebih moden, kemas dan mesra pelanggan.
Konsep yang diperkenalkan di Bidor ini akan diguna pakai bagi pembukaan cawangan Segi Fresh akan datang, manakala cawangan-cawangan sedia ada akan dinaik taraf secara berperingkat sebagai sebahagian daripada transformasi rangkaian Segi Fresh di seluruh negara.
"Pembukaan di Bidor merupakan satu pencapaian penting buat Segi Fresh apabila kami memperkenalkan generasi baharu cawangan Segi Fresh," kata Encik Chia Ah Keong, Ketua Pegawai Eksekutif Segi Fresh.
"Seiring dengan pertumbuhan kami, fokus Segi Fresh adalah untuk terus meningkatkan standard kesegaran, nilai dan pengalaman pelanggan, di samping memastikan Segi Fresh kekal relevan dan mudah diakses oleh komuniti yang kami layani."
Di sebalik pembaharuan konsep cawangan, komitmen terhadap kesegaran kekal menjadi teras Segi Fresh. Hasil segar tiba setiap hari daripada ladang dan laut, manakala Segi Fresh terus mengekalkan komitmennya untuk menawarkan ayam segar, bukan ayam yang dinyahbeku, serta hasil laut segar kepada pelanggan.
Di seluruh rangkaiannya, Segi Fresh menjual lebih 12 juta kilogram hasil laut segar dan lebih 14 juta ekor ayam segar setiap tahun, mencerminkan kepakaran dalam produk segar yang telah dibina sejak perniagaan ini bermula pada tahun 1984.
Cawangan yang baru dibuka ini merupakan cawangan kedua Segi Fresh di Bidor, sekali gus memperkukuh kehadirannya di kawasan tersebut serta menjadi cawangan pertama yang menampilkan konsep baharu yang akan diperkenalkan secara berperingkat ke seluruh rangkaian Segi Fresh.
Bersempena pembukaan tersebut, Segi Fresh turut menyampaikan Pek Asnaf kepada penerima terpilih daripada komuniti setempat, selaras dengan komitmen syarikat untuk terus berkembang bersama komuniti yang dilayaninya.
Cawangan Segi Fresh Bidor kini dibuka kepada pelanggan, dengan pelbagai promosi dan aktiviti pembukaan bermula 26 September 2026.
– TAMAT –
Mengenai Segi Fresh
Segi Fresh ialah jenama Fresh Mart berteraskan komuniti di Malaysia di bawah Segi Value Holdings. Perjalanan Segi bermula pada tahun 1984, apabila pengasasnya, Dato' Chui Ah Hock, memulakan perniagaan dengan menjual barangan segar dan kering di pasar pagi dan pasar malam sebelum berkembang ke sektor pemborongan dan peruncitan.
Hari ini, Segi Value Holdings mengendalikan ekosistem peruncitan bersepadu yang disokong oleh keupayaan perolehan, pergudangan, logistik, pemborongan dan peruncitan, serta menyantuni komuniti menerusi Segi Fresh, D'Mart Segi Fresh dan Ehsan Segi Fresh.
SOURCE Segi Fresh
Share this article