Diilhamkan oleh Kehidupan, Dikuasakan oleh AI: TCL Takrif Semula Pengalaman Seharian pada IFA 2026
BERLIN, 8 September 2026 /PRNewswire/ -- TCL, peneraju global dalam elektronik pengguna dan jenama TV Mini LED serta ultra-besar¹ No. 1 dunia, hari ini memperkenalkan visinya untuk AI Inspired Life (Kehidupan Berinspirasikan AI) pada IFA 2026 menerusi TCL Inspiration Habitat.
Berlandaskan kepimpinan teknologinya bagi paparan daripada semua saiz, peralatan rumah dan penyelesaian kehidupan pintar, TCL mempamerkan bagaimana AI boleh memberikan pengalaman bersepadu sepenuhnya dalam aspek kehidupan seharian yang berbeza dan bukannya kekal terasing pada produk individu. Bermula daripada paparan sinematik hingga skrin pegang, daripada penyaman udara dan dobi hinggalah akses kediaman dan pendamping keluarga, Inspiration Habitat menyatukan teknologi ini menjadi pengalaman yang bertindak balas secara lebih semula jadi kepada orang ramai, keperluan mereka dan ruang di sekeliling mereka.
Inspirasikan Penglihatan Anda: Memperluas Cara Kita Menikmati Dunia
Sebagai titik akses utama AI, skrin merupakan bahagian yang melaluinya visi TCL untuk AI Inspired Life bermula. Pada IFA 2026, TCL mempamerkan portfolio teknologi paparannya yang diperluas, merangkumi TV teater rumah bersaiz besar hingga telefon pintar, tablet dan peranti boleh pakai yang secara bersama meliputi lebih banyak cara orang ramai menonton, bekerja dan berhubung.
Tumpuan utama pameran ialah TV TCL X11L SQD-Mini LED. Mewakili kemuncak teknologi paparan Mini LED TCL merentasi QD-Mini LED, RGB-Mini LED dan SQD-Mini LED, X11L dikuasakan oleh Super Mini LED Backlight, lapisan Super QLED dan WHVA 2.0 Ultra Panel, yang menawarkan sehingga 20,736 zon pemalapan tepat, kecerahan HDR 10,000 nit dan liputan gamut warna BT.2020 sehingga 100%. Bersama-sama Audio by Bang & Olufsen, TCL X11L menetapkan penanda aras baharu untuk gambar dan bunyi Mini LED di rumah.
Kepakaran paparan TCL turut dipamerkan sepenuhnya menerusi TCL X3A OLED+ Gaming Monitor, yang membawakan kontras tinggi dan kadar segar semula ultra tinggi dwimod untuk permainan. TCL Digital Signage TMN Series membawakan keupayaan paparan TCL dalam persekitaran profesional. Bagi pengalaman audio yang sama hebatnya, TCL Q95K Soundbar utama mewujudkan persekitaran pawagam rumah yang lebih imersif menerusi seni bina akustik 11.1.4-saluran dan penalaan audio bersama Bang & Olufsen. Di samping inovasi perkakasan utama, baru-baru ini TCL turut memperkenalkan Gemini for Google TV™ di lebih banyak negara dan bahasa, termasuk pasaran Eropah seperti UK, Perancis, Itali dan Sepanyol. Gemini mentransformasikan penemuan kandungan pada skrin besar menerusi pengalaman pendamping AI yang lebih pintar, sekali gus menjadikannya bersifat perbualan dan mudah.
Pada skrin yang lebih kecil dan lebih bersifat peribadi, TCL, jenama telefon pintar yang diiktiraf di peringkat global, terus membangunkan teknologi paparan berbeza yang direka bentuk berdasarkan cara melihat yang berlainan. Membuat penampilan sulungnya pada IFA 2026, TCL P80 Series Smartphone diterajui oleh TCL P80 Ultra, yang menggabungkan kamera telefoto periskop 50MP 3x yang menerajui kelasnya, paparan 1.5K terang yang mampu mencapai 3,200 nit, serta reka bentuk nipis dan ringan yang dibangunkan untuk kegunaan harian. P80 Ultra dan P80 Pro turut menampilkan teknologi NXTPAPER eksklusif daripada TCL generasi seterusnya, yang membantu meningkatkan keselesaan mata sama ada ketika membaca, melihat kandungan di luar atau dalam keadaan cahaya malap, mahupun semasa menggunakan peranti untuk tempoh yang panjang. Bagi pengguna tablet, TCL TAB A1 Plus NXTPAPER membawakan pengalaman tontonan seakan-akan kertas ini kepada paparan 12.2-inci, manakala pada spektrum paparan mudah alih yang bertentangan, RayNeo GT Max AR Glasses dan RayNeo iO Smart Glasses meneroka bentuk baharu tontonan boleh pakai dan interaksi AI harian, sementara TCL Tbot memperluas fungsi jam tangan pintar kanak-kanak daripada penjaga keselamatan luar kepada pendamping atas meja interaktif.
Selain demonstrasi produk, TCL turut menghimpunkan beberapa pakar industri dan teknikal untuk meneroka masa depan hiburan skrin besar di rumah. Dengan perspektif daripada juruwarna Hollywood Natasha Leonnet, Ketua Produk Google TV Fahad Durrani, dan pencipta teknologi Adam Butcher, perbincangan itu menyelami aspek bagaimana trend ke arah saiz TV rumah yang lebih besar menjadikan kelemahan pada kualiti gambar semakin sukar disembunyikan, serta bagaimana AI mengubah TV daripada paparan pasif kepada pusat hiburan yang sangat diperibadikan, dengan tahap imersi seterusnya bergantung pada sejauh mana teknologi paparan, hasrat kreatif dan interaksi pintar berfungsi bersama.
Inspirasikan Keselesaan Anda: Menjadikan Kecerdasan Harian Mudah
Di rumah, beberapa aplikasi AI yang paling berguna ialah aplikasi yang berfungsi di sebalik tabir. Bagi Penyaman Udara TCL FreshIN 3.0 Ultra, teknologi udara segar digabungkan dengan model data raya T-AI dinaik taraf, yang melaraskan frekuensi pemampat demi kecekapan yang lebih tinggi, sekali gus memberikan penjimatan tenaga tambahan sehingga 37% di samping prestasi penyongsangnya. Smart Voice Control turut mengupayakan pengendalian pantas tanpa menggunakan tangan dan tanpa bergantung pada sambungan internet, manakala pemantauan kualiti udara pada masa nyata memudahkan pengguna memahami keadaan ruang dalaman.
Bagi urusan dobi, TCL AI SuperDrum Laundry Tower P9 Ultra menggunakan Generative AI Wash untuk mengesan saiz muatan, jenis fabrik dan tahap kekotoran sebelum melaraskan air, suhu, dos detergen dan tempoh kitaran secara automatik bagi melaksanakan cucian optimum. Apabila kitaran selesai, pam haba tiga penyongsang menara itu menyokong pengeringan suhu rendah yang cekap untuk cucian yang lebih mesra alam. TCL Free Built-in Refrigerator mengambil pendekatan berbeza terhadap kemudahan dengan menggabungkan penyimpanan makanan yang fleksibel dan kawalan kelembapan dengan reka bentuk terbina dalam rata yang dicipta untuk dapur moden.
Selain peralatan rumah, TCL turut menggunakan AI untuk membantu pemilik rumah mengurus dan melindungi kediaman mereka dengan lebih baik. TCL K11D Pro Dual-Screen AI Smart Lock menambah interaksi berkuasa AI dan pemantauan pelawat supaya pemilik rumah boleh membuka kunci pintu mereka dari jauh dengan selamat, manakala D2 Pro Matter Palm Vein Smart Lock membolehkan akses tanpa sentuhan bagi kemudahan maksimum tanpa mengorbankan aspek keselamatan.
Inspirasikan Kehidupan Anda: Kediaman yang Bersesuaian dengan Anda
Apabila kediaman semakin saling berhubung, langkah seterusnya dalam kehidupan pintar bukan sekadar menambah lebih banyak peranti pintar, tetapi dengan menjadikan teknologi tersebut berfungsi bersama secara lebih intuitif sambil bersepadu dengan lancar ke dalam persekitaran kediaman.
TCL NXTHOME™ yang dinaik taraf menggabungkan paparan pintar, peralatan rumah dan reka bentuk pintar ke dalam persekitaran kehidupan yang lebih lengkap. Diilhamkan oleh rentak musim, pengalaman itu menggabungkan teknologi TCL dengan perspektif daripada Bang & Olufsen, Roche Bobois, Castelli Milano 1938, Chris Lefteri Design dan WGSN, bagi meneroka bagaimana kediaman masa depan boleh menjadi lebih responsif tanpa terasa didominasi oleh teknologi.
Sementara itu, AiMe Family Companion Robot daripada TCL membawakan interaksi berbilang mod semula jadi, pergerakan tampak hidup dan kandungan yang terus berkembang ke dalam kehidupan keluarga, menggalakkan penerokaan, ekspresi diri dan tabiat positif kanak-kanak sambil menyokong ibu bapa dalam rutin seharian. Bagi tenaga rumah pintar, SunPower Origin Back Contact Solar Panel menggabungkan teknologi solar sentuhan belakang dan sel bertindih dalam satu panel bagi meningkatkan kecekapan serta prestasi jangka panjang untuk kegunaan kediaman.
Inspirasikan Minat Anda: Teknologi untuk Detik yang Kita Kongsi Bersama
Di samping barisan produk dan teknologi yang luas, TCL turut mempamerkan bagaimana teknologi memiliki kuasa untuk memberi inspirasi dengan menghubungkan orang ramai kepada perkara yang paling mereka minati. Dengan FIBA Women's Basketball World Cup 2026 yang berlangsung di Berlin semasa IFA, TCL memanfaatkan peranannya sebagai Rakan Kongsi Global FIBA untuk menyalurkan tenaga dan keterujaan kejohanan itu ke Inspiration Habitat menerusi beberapa pengalaman bola keranjang dan interaksi peminat. Menerusi kerjasamanya dengan FIBA dan organisasi sukan lain di seluruh dunia, TCL membawakan AI Inspired Life melangkaui kediaman kepada detik-detik yang dikongsi bersama oleh orang ramai.
Pada IFA kali ini, terokai visi TCL untuk AI Inspired Life di Inspiration Habitat, tempat kecerdasan berfungsi melangkaui sekadar produk terhubung untuk merangkumi kehidupan pintar yang sebenar sebagai bahagian semula jadi dari segi cara orang ramai menikmati kehidupan di rumah dan di luar rumah.
TCL pada IFA 2026
Reruai TCL IFA 2026
Tarikh: 4-8 September 2026
Lokasi: Dewan 21A, Messe Berlin, Jerman
Latar Belakang TCL
TCL ialah jenama elektronik pengguna terkemuka dan peneraju global dalam industri televisyen. Beroperasi di lebih 160 pasaran seluruh dunia, TCL mengkhusus dalam penyelidikan, pembangunan dan pembuatan produk elektronik pengguna, termasuk televisyen, sistem audio, peralatan rumah, peranti mudah alih, cermin mata pintar, paparan komersial dan banyak lagi.
¹ Ultra-besar merujuk kepada TV berukuran 85 inci dan ke atas.
Google TV dan Gemini ialah tanda dagangan Google LLC. Gemini for Google TV dioptimumkan untuk pengalaman skrin besar. Hasil mungkin berbeza-beza. Semak respons bagi tujuan ketepatan. Tersedia di negara dan bahasa terpilih, serta kepada pengguna berumur 18 tahun ke atas. Ketahui lebih lanjut di g.co/tv/gemini.
SOURCE TCL
Share this article