Direka untuk Memenuhi Jangkaan Global: Kereta Konsep Global Pertama LEPAS, AURA, Membuat Penampilan Sulung di Pentas Dunia
WUHU, China, 24 Oktober 2026 /PRNewswire/ -- Pada 22 Oktober, tayangan perdana dunia kereta konsep LEPAS berlangsung pada Malam Keanggunan Global (Global Elegance Night) di Luolan Town, Wuhu, sempena Minggu Gaya Hidup Elegan Global LEPAS yang julung kali diadakan. Diperkenalkan sebagai kereta konsep global pertama jenama tersebut, AURA merealisasikan Evolusi Generasi Seterusnya (Next-Generation Evolution) dan Estetika Harimau Bintang (Leopard Aesthetics) melalui Reka Bentuk Berinspirasikan Masa Depan (Future-Inspired Design). Berteraskan falsafah "Natural Energy" (Tenaga Semula Jadi) LEPAS, kereta konsep serba baharu LEPAS ini menggabungkan perkadaran badan yang diinspirasikan oleh harimau bintang, permukaan yang mengalir lancar dan pencahayaan yang ekspresif dengan identiti reka bentuk keluarga yang baharu serta peluang penyesuaian mengikut cita rasa individu, sekali gus memberikan gambaran awal tentang visi LEPAS bagi Masa Depan Mobiliti Elegan.
"Bagi LEPAS, keanggunan ialah satu cara hidup dan janji yang kami tunaikan melalui produk kami," kata Zhai Xiaobing, Ketua Pegawai Eksekutif LEPAS. "Kami membawa keanggunan ke dalam kehidupan seharian melalui reka bentuk, teknologi dan pengalaman." AURA menzahirkan visi ini melalui bahasa reka bentuk yang baharu.
Ivan Dulanović, Ketua Pereka Global LEPAS, menjelaskan bahawa AURA dibangunkan berasaskan falsafah reka bentuk teras jenama tersebut, iaitu "Natural Energy". Diilhamkan oleh harimau bintang, AURA melambangkan keanggunan, keyakinan dan misteri. Perkadaran yang seimbang dan permukaan yang mengalir lancar menyerlahkan ketenangan, manakala garis bahu yang tegas dan lampu hadapan Leopard yang diinspirasikan oleh mata harimau bintang membangkitkan gambaran kekuatan haiwan tersebut. Dengan jarak roda yang panjang, unjuran badan yang pendek di bahagian hadapan dan belakang serta dirian yang lebar, AURA membentuk identiti keluarga yang tersendiri melalui reka bentuk muka hadapan baharu, lampu hadapan Leopard yang menjadi ciri khasnya dan kemasan porselin. Lubang udara di bahagian sisi mengimbangi bentuk dan aerodinamik, manakala skrin lampu di bahagian hadapan dan belakang membolehkan pencahayaan serta animasi disesuaikan mengikut cita rasa pengguna.
Tiga warna luaran baharu turut diperkenalkan, iaitu Dawn Pearl, Bacalar Blue dan Provence Twilight. Diilhamkan oleh suasana fajar di Tahiti, waktu tengah hari di Lagun Bacalar dan matahari terbenam di Provence, warna-warna tersebut merakamkan tiga detik pencahayaan semula jadi yang menzahirkan keanggunan dengan ciri kehangatan, kesegaran dan misteri.
Bagi acara pelancaran tersebut, LEPAS bekerjasama dengan Rakan Kongsi Gaya Hidup Elegan Global (Global Elegant Lifestyle Partners), iaitu Vassilis Zoulias, seorang pereka fesyen dari Greece, dan Pericles Kondylatos, seorang pereka barang kemas. Fesyen, barang kemas dan AURA berkongsi pentas, sekali gus mencerminkan karakter elegan kereta konsep tersebut.
"Konsep ini bukanlah penamat — sebaliknya menjadi inspirasi untuk masa depan reka bentuk LEPAS," kata Ivan Dulanović. Reka bentuk muka hadapan, pencahayaan, kemasan porselin dan penerokaan warna AURA akan terus menjadi inspirasi kepada reka bentuk LEPAS pada masa hadapan. Melalui evolusi reka bentuk dan pengalaman produk, LEPAS akan memenuhi jangkaan pengguna serta membawa falsafah "Drive Your Elegance" (Pandu Keanggunan Anda) ke dalam kehidupan seharian.
SOURCE LEPAS
Share this article