Dr. Morita Melancarkan Dua Masker Baharu untuk Menenangkan Kulit dan Menjadikannya Tampak Lebih Muda
Power Duo baharu ini adalah gabungan retinol, kolagen dan dua jenis peptida, serta vitamin B5 dan B3 bersama CICA.
KUALA LUMPUR, Malaysia, 15 Oktober 2026 /PRNewswire/ -- Dr. Morita memperkenalkan dua masker baharu, iaitu Vit+ Peptide Vitamin Collagen Peptide Renewal Mask dan B5+B3 Niacinamide CICA Repair Mask. Dengan gabungan ramuan tersendiri dalam setiap produk, dua masker baharu ini menawarkan pilihan penjagaan yang sesuai dengan keperluan kulit, sama ada untuk membantu kulit tampak lebih muda atau menenangkan kulit. Kedua-duanya ditawarkan dalam bentuk helaian yang mudah digunakan.
Bertemakan "Dr. Morita Power Duo for Youthful, Calm & Radiant Skin", pelancaran ini mengetengahkan penyelesaian bagi pelbagai keperluan kulit, untuk meningkatkan penampilan keanjalan kulit hingga menenangkan dan menyerlahkan seri kulit. Pengguna boleh memilih masker yang sesuai dengan keperluan kulit masing-masing.
Vit+ Peptide Vitamin Collagen Peptide Renewal Mask
Vit+ Peptide Vitamin Collagen Peptide Renewal Mask tersedia ada dalam bungkusan merah jambu terang dengan formula yang menggabungkan retinol, dua jenis kolagen kompleks dan dua jenis peptida. Formula ini direka untuk membantu menegangkan dan membaiki tekstur kulit, di samping membantu kulit kelihatan lebih licin dan anjal.
Gabungan retinol berkapsul, kolagen dan peptida dalam masker ini melengkapkan rutin penjagaan kulit yang menyasarkan tanda-tanda penuaan, khususnya bagi kulit yang nampak letih atau kurang anjal.
B5+B3 Niacinamide CICA Repair Mask
Hadir dalam bungkusan yang berwarna ungu, B5+B3 Niacinamide CICA Repair Mask menggabungkan vitamin B3 (niacinamide), vitamin B5 (panthenol) dan CICA (ekstrak Centella asiatica). Formula ini direka untuk mencerahkan dan menenangkan kulit, di samping membekalkan kelembapan serta membantu menjaga lapisan pelindung kulit.
Niacinamide membantu kulit tampak lebih licin dan berseri, manakala panthenol memberikan penjagaan yang melembapkan dan menenangkan kulit. CICA pula melengkapkan gabungan ini untuk menyokong keselesaan serta penampilan kulit yang sihat. Masker ini menjadi pilihan bagi pengguna yang mengutamakan kelembapan dan kulit yang tenang.
Dua pilihan penjagaan khusus untuk rutin harian
Setiap helaian daripada kedua-dua jenis masker mengandungi 30g esen, manakala setiap kotak memuatkan tiga helaian masker yang dibungkus secara berasingan. Selepas membersihkan wajah, gunakan masker selama 10-15 minit. Kemudian, tanggalkan dan urut perlahan-lahan baki esen pada kulit sehingga meresap ke dalam kulit.
"Pengguna mahukan penjagaan kulit yang memenuhi keperluan masing-masing. Melalui dua masker baharu ini, kami menawarkan dua pilihan penjagaan yang lebih khusus: satu untuk menegangkan kulit, dan satu lagi untuk melembapkan serta menenangkan kulit. Kami mahu pilihan penjagaan ini mudah dijadikan sebahagian daripada rutin harian pengguna," kata Dr. Jou Chun Hsu, Ketua Pegawai Eksekutif Morita Biotech Co. Ltd.
Ketersediaan Produk
Dr Morita Vit+ Peptide Vitamin Collagen Peptide Renewal Mask dan B5+B3 Niacinamide CICA Repair Mask boleh didapati mulai 11 Oktober 2026 di 765 cawangan Watsons Malaysia pada harga RM35.90 sekotak yang mengandungi tiga helai masker dan RM12.90 sehelai.
Mengenai Dr. Morita
Dr. Morita merupakan jenama masker jenis helaian terkemuka di Malaysia yang menawarkan rangkaian produk untuk pelbagai keperluan penjagaan kulit. Sejarah jenama ini bermula dengan Morita Store yang ditubuhkan di Taiwan pada tahun 1934. Sejak itu, Dr. Morita terus membina kepakarannya dalam penjagaan kulit melalui penyelidikan, pembangunan produk dan kerjasama teknikal dengan Jepun.
Kini, pasukan penyelidikan dan pembangunannya yang diterajui oleh Dr. Jou Chun Hsu menggabungkan pengetahuan penjagaan kulit dengan kepakaran Jepun dalam bidang bioteknologi kosmetik. Jenama ini turut bekerjasama dengan Tokyo University of Technology dalam penyelidikan penjagaan kulit dan pembangunan produk.
Dr. Morita turut menitikberatkan air yang digunakan dalam penghasilan maskernya. Dr Morita Vit+ Peptide Vitamin Collagen Peptide Renewal Mask dan B5+B3 Niacinamide CICA Repair Mask dihasilkan menggunakan sistem air ultratulen gred farmaseutikal. Penggunaan sistem ini mencerminkan komitmen jenama terhadap kualiti produk dan keselesaan kulit.
Dihasilkan di Taiwan, kedua-dua produk baharu ini menggabungkan ramuan penjagaan kulit terpilih dalam bentuk masker jenis helaian yang mudah digunakan dan dibungkus secara berasingan. B5+B3 Niacinamide CICA Repair Mask mengandungi vitamin B5 dan B3 bersama CICA untuk melembapkan dan melegakan kulit. Vit+ Peptide Vitamin Collagen Peptide Renewal Mask pula menggabungkan retinol, kolagen dan dua jenis peptida untuk menegangkan kulit agar kulit berseri dan anjal. Setiap produk boleh didapati dalam kotak yang mengandungi tiga helai masker. Untuk maklumat lanjut, ikuti @dr.moritamy di Instagram.
SOURCE Dr. Morita
Share this article