Dr. Morita Memperkenalkan Tiga Masker Wajah Khusus untuk Pemulihan dan Pembaharuan Kulit
Masker wajah ini dirumus dan direka khas bagi menangani pelbagai masalah kulit, daripada tanda-tanda penuaan yang ketara, kulit sensitif dan kemerahan hinggalah masalah kulit kering.
KUALA LUMPUR, Malaysia, 20 November 2026 /PRNewswire/ -- Dr. Morita memperkenalkan tiga masker wajah baharu, iaitu PDRN Exosome Repairing Facial Mask, Soothing of Skin Redness Mask dan Skin Hydration & Recovery Mask.
Selaras dengan tema pelancaran "Advanced Skin Recovery and Renewal" adalah rangkaian baharu Dr. Morita yang menampilkan tiga masker wajah dengan formulasi terkini yang dirumus untuk memenuhi pelbagai keperluan penjagaan kulit. Ketiga-tiga masker ini sesuai digunakan sebagai pelengkap rutin penjagaan kulit harian atau selepas menjalani rawatan wajah. Formulasinya membantu mengembalikan kelembapan kulit agar terasa lebih lembut, anjal dan selesa.
PDRN Exosome Repairing Facial Mask menggabungkan formulasi PDRN dan eksosom serta bahan aktif bertaraf perubatan yang dikatakan mampu menembusi lapisan kulit untuk membantu meningkatkan keanjalan dan ketegangan kulit. Sementara itu, Soothing of Skin Redness Mask dirumus untuk membantu menenangkan kulit yang mengalami kemerahan, melegakan ketidakselesaan serta mengekalkan kelembutan kulit agar kelihatan lebih sihat. Melengkapkan rangkaian ini, Skin Hydration & Recovery Mask membekalkan kelembapan intensif kepada kulit yang kering dan sensitif. Masker ini juga membantu melembutkan kulit kasar agar terasa lebih lembut dan anjal.
PDRN Exosome Repairing Facial Mask
Direka untuk kulit yang mula menunjukkan tanda-tanda awal penuaan, PDRN Exosome Repairing Facial Mask membantu mengurangkan penampilan garis-garis halus serta menangani masalah kulit yang kehilangan ketegangan dan keanjalan kulit. Formulasinya menggabungkan PDRN yang diperoleh daripada sumber salmon, eksosom susu dan kolagen terhidrolisis dari Jepun bagi membantu kulit kelihatan lebih tegang, licin dan muda.
PDRN yang diperoleh daripada salmon membantu mengurangkan penampilan garis-garis halus, memperbaiki tekstur kulit dengan ketara serta meningkatkan ketegangan dan keanjalan kulit, manakala kolagen terhidrolisis membantu mengekalkan kelembutan kulit dan mengurangkan penuaan kulit. Masker ini turut membekalkan kelembapan intensif untuk melegakan kulit kering dan mengurangkan penampilan tanda-tanda penuaan yang ketara.
Soothing of Skin Redness Mask
Dirumus khas untuk kulit sensitif yang mudah mengalami kemerahan, masker ini menggabungkan ekstrak akar Boerhavia diffusa, dipotassium glycyrrhizate dan allantoin bagi membantu melegakan kulit serta mengekalkan fungsi lapisan pelindung semula jadi kulit. Formulasi ini turut diperkaya dengan ekstrak rumpai laut, bunga daylily dan beras perang bercambah dari Hokkaido.
Dipotassium glycyrrhizate membantu melegakan kerengsaan dan mengekalkan fungsi lapisan pelindung kelembapan semula jadi kulit, manakala allantoin membantu menenangkan kulit sensitif serta membantu mengekalkan kulit yang lembut dan kelihatan sihat. Gabungan bahan ini memberikan penjagaan yang menenangkan serta kelembapan intensif agar kulit terasa lebih selesa dan kekal seimbang.
Skin Hydration & Recovery Mask
Skin Hydration & Recovery Mask dirumus untuk kulit kering dan dehidrasi, termasuk kulit sensitif yang terasa tegang atau tidak selesa. Squalane berasaskan tumbuhan membantu menyuburkan kulit dan mengunci kelembapan, manakala arginine membantu memperbaiki tekstur kulit yang kasar di samping memberikan kelembapan optimum.
Kolagen terhidrolisis bertindak sebagai humektan yang menarik dan membantu memberikan kelembapan tambahan pada permukaan kulit, agar wajah nampak lembut dan berseri. Formulasi ini turut membantu mengekalkan fungsi lapisan pelindung kelembapan semula jadi kulit agar kulit terasa lebih lembut, licin dan anjal.
Pembaharuan, Pemulihan dan Kelembapan Kulit Merangkumi Keseluruhan Rangkaian
Ketiga-tiga masker ini menggunakan formulasi 8-Free (bebas daripada 8 bahan tertentu) yang diperkaya dengan vitamin B5 dan tiga jenis asid hialuronik bagi membantu menenangkan kulit serta mengekalkan kelembapan dan keselesaan, serta mengurangkan penampilan garis halus. Setiap masker sesuai digunakan sebagai pelengkap rutin penjagaan kulit harian atau selepas menjalani rawatan wajah.
"Apabila memilih masker wajah, adalah penting untuk kita melihat manfaat keseluruhan formulasi. Kelembapan, kelegaan dan keselesaan merupakan asas kepada ketiga-tiga masker ini. Setiap satunya dirumus untuk memenuhi keperluan kulit yang berbeza, daripada masalah kekeringan dan kemerahan hinggalah tanda-tanda awal penuaan. Matlamat kami adalah untuk menjadikan penjagaan kulit khusus lebih mudah diamalkan dalam rutin harian," jelas Ketua Pegawai Eksekutif Morita Biotech Co., Ltd., Dr. Jou Chun Hsu.
Ketersediaan Produk
Dr. Morita PDRN Exosome Repairing Facial Mask, Soothing of Skin Redness Mask dan Skin Hydration & Recovery Mask kini boleh didapati secara eksklusif di semua cawangan Guardian di seluruh negara, dengan harga RM35.90 sekotak.
# TAMAT #
Mengenai Dr. Morita
Dr. Morita merupakan antara jenama masker helaian wajah terkemuka di Malaysia yang menawarkan pelbagai produk untuk memenuhi keperluan penjagaan kulit. Sejarah jenama ini bermula dengan penubuhan Morita Store di Taiwan pada tahun 1934. Sejak itu, Dr. Morita terus mengembangkan kepakarannya dalam bidang penjagaan kulit menerusi penyelidikan, pembangunan produk serta kerjasama teknikal dengan pihak di Jepun.
Kini, pasukan penyelidikan dan pembangunan (R&D) Dr. Morita yang diketuai oleh Dr. Jou Chun Hsu menggabungkan pengetahuan dalam bidang penjagaan kulit dengan kepakaran bioteknologi kosmetik Jepun. Jenama ini turut bekerjasama dengan Tokyo University of Technology dalam penyelidikan dan pembangunan produk penjagaan kulit.
Direka sebagai pelengkap rutin penjagaan kulit harian atau selepas rawatan wajah, setiap masker memenuhi keperluan kulit yang berbeza. PDRN Exosome Repairing Facial Mask membantu mengurangkan penampilan tanda-tanda penuaan, Soothing of Skin Redness Mask membantu menenangkan kulit yang mudah mengalami kemerahan, manakala Skin Hydration & Recovery Mask membantu mengembalikan kelembapan dan melicinkan kulit yang terasa tegang.
Setiap varian ditawarkan dalam pek yang mengandungi tiga helai masker. Untuk maklumat lanjut, sila ikuti akaun Instagram @dr.moritamy.
SOURCE Dr. Morita


Share this article