Envision Energy Rasmi Pusat Pengedaran Nasional Filipina, Tingkatkan Daya Tahan Rantaian Bekalan dan Perkhidmatan Kitaran Hayat Seluruh Asia Tenggara
BATANGAS, Filipina, 18 Ogos 2026 /PRNewswire/ -- Envision Energy, peneraju global dalam teknologi hijau, telah merasmikan Pusat Pengedaran Nasional Filipina yang menandakan satu lagi pencapaian penting dalam memperkukuh keupayaan rantaian bekalan setempat dan perkhidmatan kitaran hayatnya di Filipina. Kemudahan itu menegaskan komitmen jangka panjang Envision terhadap sektor tenaga boleh baharu negara tersebut, di samping memperkukuh asas operasi bagi Sistem Tenaga Masa Depan (Future Energy System) yang lebih berdaya tahan di seluruh Filipina dan Asia Tenggara.
Meliputi kawasan seluas kira-kira 1,500 meter persegi, Pusat Pengedaran Nasional Filipina berfungsi sebagai hab logistik pusat Envision Energy bagi tujuan penyimpanan dan pengurusan komponen turbin angin yang utama, serta alat ganti bersaiz sederhana dan kecil. Dengan menyokong pelbagai projek tenaga angin Envision di seluruh negara, kemudahan itu meningkatkan operasi dan penyelenggaraan di tapak dengan cara menambah baik ketersediaan alat ganti, mengupayakan tindak balas yang lebih pantas terhadap keperluan operasi serta menyokong prestasi projek yang andal.
Dengan inventori kritikal dan operasi logistik kini ditempatkan lebih dekat dengan tapak projek, kemudahan itu membantu memendekkan tempoh pendahuluan penghantaran, mengurangkan kebergantungan terhadap pengangkutan rentas sempadan serta meningkatkan kecekapan rantaian bekalan keseluruhan. Keupayaan ini membantu meminimumkan risiko masa henti projek dan kelewatan penyelenggaraan, di samping menyediakan sokongan kitaran hayat yang lebih pantas, cekap dan boleh diharapkan kepada pelanggan.
Perasmian Pusat Pengedaran Nasional Filipina terus memperluas rangkaian perkhidmatan dan logistik global Envision Energy. Dengan menggabungkan penyelarasan sumber global dengan penempatan inventori setempat, Envision Energy dapat meningkatkan keresponsifan, kecekapan dan daya tahan keupayaan perkhidmatan antarabangsanya. Kemudahan di Filipina itu akan beroperasi bersama rangkaian pusat pengedaran serantau dan nasional syarikat yang lebih luas bagi menyediakan tindak balas tempatan yang lebih pantas serta perkhidmatan kitaran hayat yang lebih andal kepada pelanggan.
Edward Hou, Naib Presiden Kanan & Presiden Asia-Pasifik di Envision Energy, berkata: "Ketika penggunaan tenaga boleh baharu meningkat dengan pantas di seluruh Filipina dan Asia Tenggara, sistem tenaga bukan sahaja memerlukan teknologi penjanaan termaju, malah infrastruktur tempatan yang boleh diharapkan serta rangkaian perkhidmatan yang responsif bagi memastikan aset tenaga bersih beroperasi dengan andal dalam jangka panjang. Pusat Pengedaran Nasional Filipina kami menempatkan komponen kritikal dan keupayaan perkhidmatan lebih dekat dengan projek dan pelanggan, sekali gus meningkatkan kecekapan penyampaian serta memperkukuh jaminan operasi jangka panjang. Dengan menggabungkan sistem tenaga masa depan berdaya AI dengan pelaksanaan setempat yang kukuh dan sokongan perkhidmatan jangka panjang, Envision Energy membantu membangunkan infrastruktur tenaga bersih yang tahan lama dan berprestasi tinggi serta mempercepat peralihan tenaga di seluruh rantau ini."
SOURCE Envision Energy
Share this article