SHENZHEN, China, 17 September 2026 /PRNewswire/ -- Festival Kandi Antarabangsa Amos 2026 menghimpunkan pengedar, pencipta, pemimpin industri dan rakan kongsi dari hampir 50 negara untuk tiga hari penuh dengan sambutan, inovasi dan pertukaran di Shenzhen, hab inovasi global yang dikenali sebagai "Lembah Silikon China" dan bandar tuan rumah Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC pada November.
Selama lebih 20 tahun, Amos Food Group telah meneroka kemungkinan baharu dalam industri konfeksi menerusi dua peranan utama: sebagai Penginovasi Manisan Global dalam kebahagiaan dan kesihatan, yang terus membayangkan semula potensi kemanisan, dan sebagai Sweet Messenger to the World (Penyampai Pesanan Manis kepada Dunia), yang menggunakan kemanisan untuk menghubungkan manusia, budaya dan komuniti. Festival itu menghidupkan kedua-dua identiti ini menerusi pengalaman pengguna, dialog industri, inovasi produk, kerjasama global dan impak sosial.
Karnival Kandi Antarabangsa Amos: Mengubah Inovasi Menjadi Pengalaman
Festival itu dibuka dengan Karnival Kandi Antarabangsa Amos, yang mengubah Shenzhen Talent Park menjadi dunia gula-gula yang menyeronokkan, menampilkan pengalaman interaktif daripada AMOS dan Biobor, persembahan, perarakan watak serta pemasangan kreatif. Encik Amos Ma, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Amos Food Group, secara rasmi mengumumkan pembukaan Festival tersebut. Pertunjukan dron yang menakjubkan menerangi latar langit dengan imejan berinspirasikan gula-gula dan mesej "Amos Treats the World to Sweets in Shenzhen". Karnival itu mengundang pengguna dan warga kota untuk menikmati pengalaman konfeksi menerusi rasa, permainan, kreativiti dan detik yang dikongsi bersama. Ia turut mencerminkan cita-cita lebih luas untuk membangunkan Festival Kandi Antarabangsa Amos sebagai IP budaya peringkat bandar yang diadakan secara berkala, dengan menghimpunkan kandi, kreativiti dan komuniti global.
Forum Kandi Dunia: Meneroka Masa Depan Kebahagiaan dan Kesihatan
Forum Kandi Dunia menghimpunkan suara dan pandangan antarabangsa merentasi bidang sains, risikan pasaran, konfeksi, pemakanan dan peruncitan untuk meneroka masa depan industri berteraskan dua keperluan pengguna yang berkekalan: Kebahagiaan dan Kesihatan.
Pandangan daripada NielsenIQ dan Innova Market Insights mengetengahkan trend pasaran dan pengguna global yang semakin berkembang. Penceramah terkemuka termasuk Audra Vogler, Naib Presiden NCSA; Olivier De Salmiech, Nain Presiden Nutrisi APAC di Kerry; Tony Jacobs, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Bazooka Candy Brands; serta penerima Hadiah Nobel, Professor Aaron Ciechanover. Bersama-sama pemimpin global lain daripada sektor peruncitan, IP dan akademik, perspektif mereka yang pelbagai meneroka bagaimana Kebahagiaan dan Kesihatan boleh membentuk bab seterusnya dalam industri konfeksi global.
Forum itu turut memperkenalkan inisiatif "Double H Global Sweet Value Co-Creation", yang menyeru kepada inovasi produk yang lebih mendalam, piawaian kualiti yang lebih kukuh, kerjasama industri dan pertumbuhan mampan—memperluas peranan Amos sebagai Penginovasi Manisan daripada penciptaan produk kepada penciptaan bersama nilai di seluruh ekosistem konfeksi global.
Persidangan Pengedar Global: Inovasi Bertemu Pertumbuhan
Pada Pesidangan Inovasi Global, Amos Ma memperkenalkan mekanisme dan ekosistem inovasi mampan jangka panjang Amos Food Group, dengan menggariskan lima metodologi inovasi teras: Six-Senses Innovation (Inovasi Enam Deria), Scenario Innovation (Inovasi Senario), Cross-border Innovation (Inovasi Rentas Sempadan), AI Innovation (Inovasi AI) dan Functional Nutrition Innovation (Inovasi Nutrisi Fungsian). Elaine Wu, Naib Presiden Eksekutif Amos Food Group, memperkenalkan produk global baharu merentasi gula-gula kreatif AMOS dan gula-gula kenyal berkhasiat Biobor. Antara produk baharu AMOS yang dilancarkan ialah To-yah Doodle Egg, yang menggabungkan gula-gula dengan permainan kreatif, dan ZestPuck, yang direka berteraskan pengalaman perisa yang mencabar, bersama-sama pelbagai produk baharu lain. Sementara itu, Biobor memperkenalkan inovasi nutrisi terbaharunya serta kedudukan jenamanya, "Sweet Nutrition for Families Worldwide" (Nutrisi Manis untuk Keluarga di Seluruh Dunia).
Personaliti media terkenal Yang Lan menyertai Amos Ma dan pemimpin industri lain dalam satu panel mengenai inovasi, globalisasi dan pembinaan jenama jangka panjang. Persidangan itu turut mengetengahkan visi pembinaan jenama global syarikat. Menerusi "Amos Treats the World to Sweets", Amos berhubung dengan pengguna di seluruh dunia melalui peruncitan, pencipta, muzik, sukan dan pengalaman budaya—sekali gus menghidupkan peranannya sebagai Sweet Messenger to the World.
Daripada Hubungan Manis kepada Impak Positif
Misi Sweet Messenger turut merangkumi tanggungjawab sosial. Semasa festival, Amos mengumumkan kerjasama dengan Yao Foundation, yang diterajui bekas bintang NBA Yao Ming, untuk melancarkan "Sweet Ambassadors" Youth Basketball Development Program (Program Pembangunan Bola Keranjang Muda "Sweet Ambassadors"), yang menyokong peluang sukan dan pembangunan untuk golongan muda dalam komuniti luar bandar yang kurang mendapat perkhidmatan.
Inisiatif itu berlandaskan komitmen Amos yang lebih luas terhadap tanggungjawab sosial, seperti menyokong kanak-kanak kurang upaya dan yang mengalami kecacatan serta menghulurkan keprihatinan kepada kanak-kanak pelarian antarabangsa menerusi sumbangan kandi. Syarikat turut menerima Sino-European Corporate ESG Best Practice Award pada 2025. Secara bersama, usaha ini memberikan makna yang lebih mendalam kepada "Amos Treats the World to Sweets": kemanisan bukan sekadar sesuatu untuk dinikmati, tetapi sesuatu untuk dikongsi.
Masa Depan yang Lebih Manis, Bersama-sama
Daripada pengalaman pengguna dan dialog industri kepada pelancaran produk global, pembinaan jenama dan impak sosial, festival itu memperlihatkan dua peranan yang ingin dimainkan Amos di dunia: sebagai Penginovasi Manisanyang terus membayangkan semula kandi, dan "Sweet Messenger" yang menghubungkan manusia menerusi kemanisan.
Pada masa hadapan, Amos akan terus berinovasi merentasi Kebahagiaan dan Kesihatan, memperkukuh perkongsian di seluruh dunia serta membawakan lebih banyak detik manis yang menggembirakan dan bermakna kepada pengguna serta komuniti di seluruh dunia.
Latar Belakang Amos Food Group
Ditubuhkan pada 2004, Amos Food Group ialah syarikat konfeksi global dengan keupayaan pembuatan, R&D dan pengurusan jenama bersepadu, yang menjangkau pengguna di lebih 80 pasaran di seluruh dunia.
Portfolionya dibangunkan berteraskan Kebahagiaan dan Kesihatan, yang diwakili oleh kandi inovatif AMOS, termasuk Peelerz, 4D Gummies dan TastySounds, serta gula-gula kenyal berkhasiat Biobor.
Berada di kedudukan No. 48 dalam senarai Candy Industry's 2026 Global Top 100 Candy Companies, syarikat terus membawakan pengalaman manis yang inovatif, menggembirakan dan bermakna kepada pengguna di seluruh dunia.
Share this article