Geely Auto Group Buat Penampilan Sulung pada Paris Motor Show Bersama Geely Auto, Lynk & Co dan Zeekr
- Geely Auto Group membuat penampilan sulungnya di peringkat kumpulan pada Paris Motor Show, dengan mengetengahkan Geely Monjaro EM-i, Lynk & Co 07GT dan Zeekr 9X.
- Penampilan tersebut mempamerkan pengembangan Kumpulan merentasi segmen arus perdana, premium dan mewah, daripada SUV keluarga hibrid hingga model utama super hibrid mewah.
- Jualan gabungan di Eropah bagi ketiga-tiga jenama melebihi 10,000 unit pada September 2026, seiring dengan pengembangan berterusan operasi peruncitan, perkhidmatan dan pembangunan produk tempatan.
PARIS, 13 Oktober 2026 /PRNewswire/ -- Geely Auto Group membuat penampilan sulungnya di peringkat kumpulan pada Paris Motor Show dengan menghimpunkan Geely Auto, Lynk & Co dan Zeekr di Paris Expo Porte de Versailles. Diterajui oleh Geely Monjaro EM-i, Lynk & Co 07GT dan Zeekr 9X, penampilan sulung itu mempamerkan penawaran produk Kumpulan yang serba boleh dan terbeza merentasi segmen arus perdana, premium dan mewah.
Geely Auto melancarkan Geely Monjaro EM-i, SUV hibrid segmen D utama miliknya, di Eropah. Dengan menggabungkan kuasa yang tinggi, keselesaan ruang yang luas, kecekapan cemerlang dan kecerdasan termaju, Monjaro EM-i menawarkan pengalaman pemanduan hibrid yang lebih mantap untuk keluarga di seluruh dunia.
Lynk & Co memperkenalkan Lynk & Co 07GT buat julung kalinya di Eropah, sekali gus memperluas rangkaian produk tempatan jenama tersebut dengan model 'sport touring' hibrid pemalam pertamanya. Model tersebut dibentuk berasaskan falsafah reka bentuk jenama tersebut, "The Next Day" yang menggabungkan keanggunan reka bentuk 'shooting brake' dengan karakter dinamik sebuah 'fastback' berorientasikan prestasi.
Zeekr mempersembahkan penampilan sulung Zeekr 9X pada pameran motor Eropah, iaitu sebuah model utama bagi pengembangannya ke dalam segmen SUV mewah Eropah. Direka di Gothenburg, SUV enam tempat duduk itu mencerminkan visi "A New Class of Luxury" ("Kelas Kemewahan Baharu") jenama berkenaan. Model tersebut sudah boleh ditempah, dengan penghantaran dijadualkan bermula pada Januari 2027. Turut dipamerkan ialah Zeekr 7X serba baharu. Sebagai pemacu utama pertumbuhan Zeekr di Eropah, Zeekr 7X merupakan salah satu model yang paling popular daripada jenama tersebut di rantau berkenaan. Versi serba baharu itu memperkenalkan penaiktarafan dari segi bantuan pemandu, kabin, gaya luaran, jarak pemanduan dan prestasi, dengan penghantaran pertama kepada pelanggan dijadualkan pada suku pertama 2027.
September 2026 menandakan pencapaian pertama seumpamanya apabila jumlah jualan bulanan gabungan ketiga-tiga jenama tersebut melepasi ambang 10,000 unit di Eropah. Selain itu, Geely Auto Group menjual sebanyak 2,235,481 unit dari Januari hingga September 2026 di peringkat global, dengan mencatatkan pertumbuhan tahun ke tahun dan bulan ke bulan selama tujuh bulan berturut-turut. Jualan terkumpul di luar Tanah Besar China mencecah 797,670 unit, satu peningkatan sebanyak 169% tahun ke tahun.
SOURCE Geely Auto
Share this article