Hisense Realisasikan AI Companion Suite dengan Dapur Sosial
QINGDAO, China, 9 Oktober 2026 /PRNewswire/ -- Hisense, jenama terkemuka dalam industri elektronik pengguna dan perkakas rumah global, membawa visinya, "Menginovasi Kehidupan Lebih Cerah" ("Innovating a Brighter Life"), ke ruang utama kediaman menerusi PureSmart Duo Series baharu — siri peti sejuk yang direka sebagai pusat pintar dapur dan kini sedang diperkenalkan secara berperingkat di pasaran global.
Berlandaskan AI Companion Suite yang diperkenalkan pada IFA 2026, Hisense memperluas visi AInya melangkaui perkakas rumah untuk mewujudkan pengalaman saling berhubung di seluruh kediaman. Menerusi platform ConnectLife, PureSmart Duo Series menghubungkan manusia, perkakas rumah dan pengalaman, sekali gus menjadikan AI sebagai sebahagian daripada kehidupan harian dengan lebih semula jadi.
Visi ini direalisasikan menerusi Dapur Sosial Hisense — tempat teknologi membantu menjadikan dapur sebagai hab untuk mengeratkan hubungan. Daripada sekadar membantu penyediaan makanan, AI Companion Suite menggabungkan aktiviti memasak, hiburan dan komunikasi, sekali gus mewujudkan peluang untuk keluarga dan rakan-rakan meluangkan masa bersama di ruang tersebut.
Salah satu peti sejuk empat pintu dalam PureSmart Duo Series menggabungkan kapasiti penyimpanan 611 liter dengan skrin pintar 21 inci, di samping ciri-ciri yang direka untuk menyokong aktiviti memasak harian, melayan tetamu dan mengeratkan hubungan di dapur. Sistem ais dan air bersepadunya menawarkan ais berbentuk bulan sabit, ais hancur dan air yang ditulenkan menggunakan sinaran ultraungu (UV) dengan kadar pensterilan 99.9%, sekali gus memudahkan penyediaan minuman untuk sebarang acara. Hiburan turut tersedia di sini: strim rancangan menerusi platform VIDDA, tonton televisyen secara langsung atau mainkan muzik pada skrin 21 inci sambil memasak, menikmati hidangan atau bersantai — supaya gol penentu atau episod akhir musim rancangan kegemaran tidak terlepas ketika anda sedang mengikuti resipi.
Pada hujung minggu, keluarga boleh memilih resipi bersama-sama sementara perkakas yang saling berhubung memudahkan penyediaan makanan. Semasa perjumpaan, peti sejuk menjadi hab sosial — tetamu boleh menggunakan ciri Beverage Master pada skrin pintar untuk memilih minuman kegemaran mereka dan mengikuti arahan langkah demi langkah bagi menyediakannya bersama-sama, manakala tuan rumah dapat mengurangkan masa mengurus dapur dan meluangkan lebih banyak masa menikmati kebersamaan dengan orang di sekeliling mereka.
Bagi Hisense, AI Companion Suite bukan sekadar mengenai perkakas pintar. Ia bertujuan untuk mewujudkan hubungan yang lebih mesra melalui teknologi — menjadikan dapur sebagai tempat orang ramai berkumpul secara semula jadi.
Latar Belakang Hisense
Hisense, ditubuhkan pada 1969, merupakan peneraju yang diiktiraf di peringkat global dalam industri perkakas rumah dan elektronik pengguna, dengan operasi di lebih 180 negara, mengkhusus dalam penyediaan produk multimedia berkualiti tinggi, perkakas rumah dan penyelesaian IT pintar. Menurut Omdia, Hisense menduduki kedudukan No. 1 di peringkat global dalam segmen televisyen bersaiz 100 inci dan ke atas (2023–separuh pertama 2026). Sebagai The Origin of RGB MiniLED, Hisense terus menerajui inovasi RGB MiniLED generasi akan datang. Sebagai penaja rasmi FIFA World Cup 2026TM, Hisense komited terhadap perkongsian sukan global sebagai satu cara untuk berhubung dengan khalayak di seluruh dunia.
SOURCE Hisense
Share this article