HUAWEI WATCH D3 Buat Penampilan Awal di Kongres ESC 2026: Era Baharu Pengurusan Tekanan Darah Melalui Pergelangan Tangan
MUNICH, 31 Ogos 2026 /PRNewswire/ -- Kongres Persatuan Kardiologi Eropah (Kongres ESC 2026), antara persidangan akademik paling berpengaruh di dunia dalam bidang perubatan kardiovaskular, secara rasmi membuka tirainya hari ini di Munich, Jerman. Huawei mempamerkan inovasi terbaharunya dalam bidang kesihatan dan kecergasan, termasuk memberi pratonton eksklusif HUAWEI WATCH D3, alat pemantauan tekanan darah ambulatori generasi akan datang, menjelang pelancaran rasminya pada Pelancaran Produk Inovatif Huawei di Munich pada 2 September. Dengan menghubungkan penyelidikan akademik termaju dengan teknologi pengguna harian, Huawei terus menunjukkan komitmennya terhadap kerjasama terbuka dengan menghubungkan penyelidikan perintis kepada produk yang mengubah kehidupan seharian pengguna.
Legasi Kegigihan, Lonjakan ke Hadapan
Perjalanan Huawei dalam teknologi pemantauan tekanan darah bermula pada 2014, apabila syarikat mula meneroka bidang sukan dan kesihatan. Sepanjang lebih sedekad, Huawei terus memajukan teknologi pemantauan kesihatan boleh pakai bagi mendorong evolusi industri, daripada pemantauan kadar denyutan jantung dinamik dan penjejakan SpO₂ kepada rakaman elektrokardiogram (ECG), sebelum berkembang kepada pengukuran tekanan darah.
Pada 2021, Huawei melancarkan alat perakam tekanan darah ambulatori berasaskan pergelangan tangan pertamanya, HUAWEI WATCH D. Peranti ini buat julung kalinya membawakan keupayaan pengukuran tekanan darah bertaraf perubatan ke pergelangan tangan pengguna dan memperoleh pensijilan peranti perubatan di beberapa negara dan rantau, termasuk China dan Kesatuan Eropah.
Pada 2024, HUAWEI WATCH D2 dilancarkan secara rasmi dengan memperkenalkan pemantauan tekanan darah ambulatori 24 jam, sekali gus mentakrifkan semula pengurusan tekanan darah.
Pada 2026, Huawei bersedia memperkenalkan pencapaian terbaharunya dalam pengurusan kesihatan tekanan darah—siri HUAWEI WATCH D generasi baharu. Sebagai alat perakam tekanan darah ambulatori berasaskan pergelangan tangan terbaharu, HUAWEI WATCH D3 mencatat kemajuan selanjutnya dalam lebih banyak senario pengukuran tekanan darah, di samping menawarkan perlindungan kesihatan yang lebih menyeluruh.
Reka Bentuk Ringan, Profesional dan Bergaya
Bagi meningkatkan keselesaan ketika dipakai untuk tempoh yang panjang, HUAWEI WATCH D3 tampil dengan penambahbaikan pada ketebalan peranti dan berat tali jam. Ia akan ditawarkan dalam tiga pilihan warna bergaya yang diinspirasikan daripada konsep "nature's healing" (penyembuhan alam semula jadi) —bukan sahaja direka untuk keselesaan tetapi juga sebagai aksesori harian yang bergaya dan mudah disesuaikan dengan pelbagai gaya hidup serta aktiviti sukan.
Lebih Banyak Senario, Maklumat Kesihatan Lebih Menyeluruh
HUAWEI WATCH D3 memastikan pengukuran tekanan darah yang tepat ketika kadar denyutan jantung meningkat. Ia merekodkan data tekanan darah dengan tepat sebelum dan selepas bersenam, memberikan cadangan mengenai tahap intensiti senaman yang bersesuaian serta membantu pengguna membentuk tabiat kecergasan yang baik. Selain itu, HUAWEI WATCH D3 telah memperoleh pensijilan CE MDR di Kesatuan Eropah, dengan skop pensijilan merangkumi pengukuran tekanan darah secara tunggal, pemantauan tekanan darah ambulatori dan pengukuran tekanan darah sebelum dan selepas bersenam. Antara ciri baharu yang diperkenalkan ialah peringatan pengukuran tekanan darah ketika berada di kawasan altitud tinggi dan apabila berlaku perubahan suhu secara mendadak, bagi memastikan pengguna tidak terlepas waktu penting untuk membuat pemantauan.
Selain keupayaan teras pemantauan tekanan darah, HUAWEI WATCH D3 turut menawarkan lebih banyak metrik Health Glance dan kajian kesihatan, di samping penambahbaikan berterusan dalam pemantauan tidur dan kesejahteraan emosi[1]. Butiran lanjut mengenai aplikasi khusus ciri tersebut akan diumumkan kelak.
Nantikan maklumat menerusi saluran rasmi Huawei mengenai tarikh pelancaran rasmi, harga dan spesifikasi penuh HUAWEI WATCH D3.
[1] Data yang dikumpulkan menerusi ciri Health Glance dan kajian kesihatan adalah untuk rujukan sahaja dan tidak boleh digunakan bagi tujuan diagnosis atau rawatan.
SOURCE Huawei
Share this article