JIN JIANG HOTELS (MALAYSIA) BAKAL MEMPERKENALKAN RENJOY HOTEL PERTAMA DI ASIA TENGGARA DI DESARU
- SAND & SANDALS DESARU BEACH RESORT & SPA BAKAL DITRANSFORMASIKAN SEBAGAI DESTINASI PESISIR PANTAI BERINSPIRASI REKA BENTUK DI BAWAH JENAMA RENJOY HOTEL
JOHOR BAHRU, Malaysia, 30 Oktober 2026 /PRNewswire/ -- Jin Jiang Hotels (Malaysia) mengumumkan rancangan untuk memperkenalkan RENJOY HOTEL pertama di Asia Tenggara, yang akan terletak di Desaru, Johor, berikutan perjanjian pengurusan hotel yang dimeterai dengan Techvance Hotel & Resort, cabang perhotelan Kumpulan Techvance.
Di bawah perjanjian tersebut, Sand & Sandals Desaru Beach Resort & Spa akan diperbaharui dan dijenamakan semula sebagai Renjoy Hotel Desaru, sekali gus membawa konsep hospitaliti resort jenama tersebut ke pasaran Malaysia.
Dengan menggabungkan kepakaran pembangunan tempatan Techvance dan rangkaian antarabangsa, keupayaan operasi serta ekosistem jenama Jin Jiang Hotels, kerjasama ini bertujuan untuk meningkatkan daya tarikan lokasi tersebut kepada pelancong-pelancong riadah dan korporat domestik serta antarabangsa.
Sektor pelancongan Malaysia terus menunjukkan pertumbuhan yang menggalakkan, dengan mencatatkan 42.2 juta ketibaan pengunjung antarabangsa pada 2025, termasuk pengunjung sehari, iaitu peningkatan 11.2 peratus tahun ke tahun[1]. China kekal sebagai pasaran sumber utama, menyumbang kira-kira 4.7 juta ketibaan pengunjung, meningkat 25.1 peratus berbanding tahun 2024.[2]
Johor berada pada kedudukan yang baik untuk menerima manfaat daripada momentum positif ini. Menurut Tourism Johor[3], negeri itu menerima 10.63 juta pelancong bermalam pada 2025, terdiri daripada 7.38 juta pelancong domestik dan 3.25 juta pelancong antarabangsa. Sektor perhotelan negeri juga telah berkembang, dengan 34,986 bilik hotel direkodkan pada 2025[4], peningkatan sebanyak 9.4 peratus tahun ke tahun. Berdasarkan pertumbuhan ini, kerajaan negeri menyasarkan 12 juta pelancong[5] di bawah kempen Tahun Melawat Johor 2026. Prospek yang memberangsangkan ini menyediakan asas yang kukuh bagi Jin Jiang Hotels (Malaysia) memperkenalkan Renjoy Hotel Desaru, seterusnya memperkukuh kehadirannya dalam pasaran riadah dan perhotelan Malaysia yang semakin berkembang.
Berada dalam segmen pertengahan atas, RENJOY HOTEL berpegang pada kepercayaan bahawa pengalaman hospitaliti yang unik harus berteraskan akar umbi budaya tempatan dan mencerminkan identiti tersendiri destinasinya. Daripada mengikut templat reka bentuk yang seragam, setiap hartanah di bawah jenama RENJOY mengambil inspirasi daripada landskap sekitar serta identiti budaya setempat.
Renjoy Hotel Desaru akan membawa falsafah-falsafah ini ke suasana tepi pantai. Transformasi itu akan berlaku secara beransur-ansur, dengan fokus dahulu pada bilik-bilik tetamu yang diperbaharui, pengalaman bersantap Baharu, dan kemudahan resort yang dinaik taraf, sambil mengekalkan ciri tepi pantai yang sudah dikenali dan disayangi tetamu. Hotel ini akan disokong oleh piawaian operasi, ekosistem jenama serta platform keahlian dan tempahan Jin Jiang Hotels (Malaysia), membantu mengimbangi keselesaan kontemporari dengan layanan mesra tempatan.
"Projek ini menandakan langkah penting dalam memperkenalkan jenama RENJOY HOTEL ke Asia Tenggara dan meluaskan kehadiran kami di dalam sektor resort Malaysia," kata Li Xun, Pengurus Besar Serantau Jin Jiang Hotels di Malaysia dan Indonesia. "Lokasi tepi pantai Desaru ini menyediakan asas yang kukuh bagi jenama kami. Bersama Techvance, kami menantikan peluang membawa falsafah reka bentuk dan piawaian perkhidmatan RENJOY HOTEL ke destinasi ini sambil memelihara ciri tempatan yang menjadikan hartanah ini unik dan tersendiri."
"Perkongsian kami dengan Jin Jiang Hotels (Malaysia) mewakili lembaran baharu bagi Sand & Sandals dan perniagaan perhotelan kami," kata Dato' Edward Lau, Pengarah Urusan, Techvance Group. "Kami memilih rakan kongsi dengan rangkaian antarabangsa dan kepakaran operasi yang melengkapi kepakaran tempatan serta aspirasi kami bagi destinasi ini. Transformasi ini bertujuan mempertingkatkan pengalaman pengunjung, mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran Malaysia dan mencipta nilai jangka panjang, sambil mengekalkan layanan mesra yang sentiasa dihargai."
Malaysia kekal sebagai pasaran penting bagi Jin Jiang Hotels, disokong oleh permintaan pelancongan, kesalinghubungan serantau serta peluang pembangunan dan penukaran hotel berjenama antarabangsa. Selain Renjoy Hotel Desaru, Jin Jiang Hotels (Malaysia) menantikan kehadiran 7 Days Premium Hotel di Tanjung Malim, yang dijangka dibuka pada separuh pertama 2027. Bersama-sama, kedua-dua projek ini mencerminkan pertumbuhan berterusan syarikat merentasi segmen pasaran yang berbeza dan membantu meletakkan asas bagi pengembangan berterusan di rantau ini.
MENGENAI JIN JIANG HOTELS (MALAYSIA)
Jin Jiang Hotels (Malaysia) ialah cabang Jin Jiang Hotels di Malaysia, kumpulan hotel terbesar di China dan kedua terbesar di dunia mengikut jumlah bilik. Disenaraikan di Bursa Saham Shanghai (600754.SH / 900934.SH), Jin Jiang Hotels telah membina portfolio jenama yang pelbagai, merangkumi segmen ekonomi hingga mewah, dengan kehadiran di lebih 50 negara dan wilayah. Setakat 30 Jun 2026, Jin Jiang Hotels mengendalikan 14,404 hotel dengan 1,393,084 bilik tetamu.
Jin Jiang Hotels (Malaysia) komited untuk mengembangkan jenama dan operasi hotel Jin Jiang yang pelbagai di Malaysia, dengan bekerjasama rapat dengan pemilik hartanah tempatan, pelabur dan rakan niaga untuk memperkenalkan tawaran hospitaliti yang memenuhi keperluan pelancong domestik dan antarabangsa.
Menerusi perkongsian strategik, kepakaran pasaran tempatan dan keupayaan operasi hotel yang mantap, Jin Jiang Hotels (Malaysia) berhasrat memperkukuh kehadirannya dalam pasaran, mengembangkan portfolio hotelnya dan menyampaikan pengalaman hospitaliti yang disesuaikan dengan keperluan tempatan, sekali gus menyokong strategi pertumbuhan kumpulan yang lebih luas di Asia Tenggara.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.jinjianghotels.com.
SOURCE Jin Jiang Hotels (Malaysia)


Share this article